Jumaat, 15 Mei 2009

Warga kita diserang H1NI ?

Petikan berita Harakah:

"KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa seorang pelajar berusia 21 tahun menjadi mangsa pertama dijangkiti wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi di negara ini"

Apakah langkah-langkah pencegahan ?

Sila ke pautan Kementerian Kesihatan Malaysia berikut untuk muat turun beberapa maklumat Langkah Penting Pencegahan Selesema Babi (Swine Influenza)
http://www.moh. gov.my/MohPortal /newsFull. jsp?action= load&id=450

Antara RISALAH penting ialah :
- Etika Batuk
- Pandemik Influenza : Pastikan tangan anda bersih
- Influenza : Virus Influenza
- Pandemik Influenza : Soalan yang sering ditanya
- Pandemik Influenza : Apa yang anda perlu Tahu
- Pandemik Influenza : Penggunaan Penutup Mulut
- Petua pengendalian makanan yang selamat

Anda perlu tahu beza Avian Influenza , Epidemik Influenza dan paling kritikal dan bahaya iaitu Pandemik Influenza

Sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit influenza, anda dinasihatkan :
- Makan ubat demam seperti paracetamol
- Banyakkan minum air
- Berehat secukupnya
- Elakkan mengambil alkohol dan merokok
- Jangan mengunjungi tempat awam atau majlis keramaian untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain
- Tutup hidung dan mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin
- Maklumkan kepada pihak berkuasa

1 ulasan:

kalamdamai berkata...

Kementerian Kesihatan suadah mengesahkan bahawa seorang pelajar berusia 21 tahun menjadi mangsa pertama dijangkiti wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi di negara ini”

Allah swt telah menurunkan bala demi bala kepada hambanya khususnya makhluk bernama manusia.Selagi manusia dimuka bumi ini tidak meningati allah sedkit demi sedikit allah turunkan bala yang mana dikenakan kepada penghuni dunia ini dari itu mulai sekarang marilah kita semua yang berpegang kepada syahadah mengaku allah taala itu tuhan kita dan nabi muhammad rasul kita selagi manusia berpegang kepada hukum allah dan mengamalkan segala perintah tuhan nescaya allah akan menolong kita dengan itu marilah sama sama kita berdoa kepada allah semoga bumi malaysia ini dan khususnya semua para jemaah dalam memperjuangkan islam dilindungi dari segala bala.

kita semua hendaklah menghindarkan dari segala perbuatan mungkar.

Apakah langkah-langkah pencegahan ?
1. Kita hendaklah berbalik kepada hukum allah
2. Alquran dan dan hdis adalah rujukan kita
3. Gunakan hukum allah didalam pentadbiran negara
4. Jauhkan diri dari segala peyelewengan dan rasuah
5. Jalankan hukum hudud dalam pemerintahan negara
6. Jangan hina ulamak
7. jangan tolak quran dan hadis
dan banyak lagi yang mana berkaitan dengan hukum allah, nescaya allah akan selamatkan kita dari segala bala. yang datang itu adalah bala dari allah bagi menguji hambanya di bumi ini.

Kepada mangsa yang yang pertama dijangkiti wabak H1N1 didoakan semoga allah selamatkan hambnya tidak kira dari kaum mana sekalipun.Insyallah.

kalamdamai.......H1N1...

Catat Ulasan