Pada 14 Mei 2009, saya singgah solat zohor di Masjid Bt 6, Penjom. Air juga terputus bekalan. Nasib baik dapat berwuduk dalam bilik air (baki dari tangki). Masalah air di Lipis perlukan perhatian. Bagaimana tempat pertemuan Sg. Jelai - Sg. Lipis - Sg. Pahang, sering terputus bekalan air ? Ini belum dikira kerosakan paip air dan kerja-kerja mengorek yang lambat diturap semula. Gambar yang saya lampirkan adalah tinggalan kerja membaiki paip di Kg. Berembang. Sudah lama ia dibiarkan berlopak. Apakah mahu menunggu kemalangan jalan raya berlaku ?
Saya pernah datang ke Pejabat JBA, Lipis (sebelah restoran Nasi Kandar) untuk memaklumkan kebocoran paip yang telah sekian lama di tepi jalan di kawasan perindustrian Kechau Tui. Mungkin pekerja JBA tak perasan bahawa sudah lama air bersih terbuang ke Sg. Tui. Yang tak seronoknya, pegawai kaunter bertugas hanya memberikan no. telefon untuk saya maklumkan kepada pihak JBA (penyelenggaraan). Saya secara sukarela datang memberikan makluman, tetapi nampaknya tak dihargai.
Kepada wakil rakyat , bos JBA dan Tok 4 yang berumah batu dan bertangki air besar, tolonglah turun ke padang melihat masalah rakyat. Kalau kami tinggal di kawasan gurun, kami tak akan merungut. Tapi, Pahang kaya dengan air anugerah Tuhan dan Lipis pula berada di pertemuan 3 sungai besar...

1 ulasan:
Sikap pekerja JBA Lipis sama macam JBA Temerloh, JBA Maran dan JBA Bandar Jengka. Mungkin semua pekerja JBA di seluruh Pahang berperangai sama. Kerajaan BN Pahang perlu ambil perhatian. Jangan hanya fikir nak kutip duit rakyat aje. Perkhidmatan kelas terbawah. Ini menunjukkan Kerajaan BN perlu ditukar kerana lemah dalam pengurusan.
Catat Ulasan