Rabu, 27 Mei 2009

Perebutan kerusi DUN Manik Urai

Pilihan raya kecil DUN Manik Urai dijangka menarik. Bn yang sebelum ini bercakap nak jimatkan duit rakyat turut berminat untuk meletakkan calon. Walaupun telah berlangsung pilihan raya kecil di pantai timur iaitu Parlimen Kuala Terengganu, tetapi inilah kali pertama ujian di kawasan luar bandar.

Kawasan Manik Urai berada 22 km dari bandar Kuala Krai dan 88 km dari Kota Bharu Bandaraya Islam. Dari bandar Kuala Lipis, jaraknya ialah 215 km. Semasa tinjauan awal dibuat semalam, demam pilihan raya kecil belum bermula. Bendera baru parti belum dikibarkan. Di simpang ke Manik Urai Baru telah ada selonggok bendera PAS yang telah siap diikat pada batang buloh.

Saya berhenti membeli lemang berdekatan dengan simpang ke Chuchoh Puteri. Seorang wanita tampil membungkus 4 batang lemang yang masih panas dengan harga 10 ringgit dan bersama 2 pek manisan pencicah. Mak cik tersebut mengesahkan bahawa wakil rakyat baru meninggal.

Sehari dua ini pihak KESEDAR telah mula bermurah hati bagi menarik hati pengundi. Berdasarkan laporan Sinar Harian, telah diadakan majlis sumbangan untuk membantu golongan miskin. Kawasan ini juga mempunyai FELCRA. Namun, rakyat Kelantan adalah bijak berpolitik. Semoga para pengundi akan terus memberikan undi kemenangan kepada calon PAS yang mewakili PR. Insya'allah.

2 ulasan:

munawir jambul berkata...

ini yang palaing penting....



Patutlah yahudi berkata kepada pemuda islam di palestin..”selagi solat subuh umat islam tidak seperti solat jumaat, jangan harap kamu akan dapat menewaskan kami !

ada paham ke?

munawir jambul berkata...

Sejak dianugerahkan oleh Allah sedikit kemenangan, agak jelas terlihat kian ramai yang mula meninggalkan siri-siri pentarbiyahan, hatta ada YB sebelum ini begitu rajin melaksanakan siri-siri tazkirah di masjid-masjid dan surau juga kian tidak terpandang kelibatnya. Kemanakah mereka ?

Lebih hairan lagi, ada di kalangan ahli-ahli yang nampaknya, sudah tidak mahu diri di tarbiyah untuk menjadi lebih baik..lebih takutkan Allah. Lebih mengenali maksud iman, lebih sedar betapa apa sebenarnya islam dalam hidup kita. Saya rasa inilah dia suara-suara mereka-mereka yg memang mula menjauhi tarbiyah, nak ajak solat jemaah pun susah.

Patutlah yahudi berkata kepada pemuda islam di palestin.."selagi solat subuh umat islam tidak seperti solat jumaat, jangan harap kamu akan dapat menewaskan kami !

Begitu juga ketika Rasulullah pergi berperang, hanya mereka yang bangun tahajjud sahaja yang Rasulullah benarkan keluar berperang. Apakah maksudnya semua ini ? Maksudnya kekuatan kita yang sebenar adalah islam, iman dan taqwa, juga disertai doa. Maka kekuatan berdasarkan semangat tanpa memperbaiki diri agar lebih beriman dan bertaqwa kepada Allah adalah kekuatan yg amat sementara. Apabila habis semangat, habislah perjuangan !

Maka tidak hairanlah ada sebilangan jemaah PAS di dalam hatinya sering berkata-kata, buat apa nak usrah, pergi kuliyah, pengajian dan program tarbiyyah yang lain, berjuang tegak keadilan sudahlah ! Inilah natijahnya, benar.., bukan nak suruh jadi ulamak semua, tapi kita kena ingat bahawa merekalah (ulamak) orang yang mewarisi kerja2 para nabi dan Allah sendiri berfirman " sesungguhnya yang takutkan ulamak dari kalangan hambaku adalah ulamak".

Dewan ulamak berperanan untuk mencorak dan menggerakan program tarbiyah bukan nak suruh jadi ulamak, tapi nak suruh kita lebih kenal tanggungjawab kita dengan Allah dan Rasulullah. Rasanya itu agaknya ada di dalam jemaah yg habis-habisan menentang ulamak dengan barbagai jajaan label yg tidak sedap didengar.

Kita sudah semakin jauh dengan islam sebenarnya. Inilah hakikatnya. Kita tak jadikan akhlak sebagai ukuran dalam tindakkan kita. Kita sudah tidak minat nak dengar dasar-dasar ilmu yang digariskan Allah dan Rasulnya. Inilah kelemahan kita yang nyata. Kekuatan berdasarkan semangat, kita takkan kemana-mana..takkan kemana, percayalah ?

Sepatutnya sebagai ahli jemaah kita patut rasa bersalah kalau kita sendiri tidak mentarbiyah diri kita dengan program yang ada. Berapa ramai yang lebih utamakan kerjaya dan dunia dengan memandang sinis golongan2 tua yang menyeru kepada tarbiyah. Ingat ! Kita kalau tidak hadir mesyuarat cawangan, kalau tidak ada sebab yg munsabah, sudah dikira berdosa..ya..ini bukan nak salahkan sesiapa..tetapi kenapa kita tak pernah ada rasa bersalah dan kenapa ? Kerana kita tak ajar diri kita untuk ingat bahawa dalam hidup kita takkan terlepas dari dosa dan pahala.

Kalau golongan profesional kata golongan ugamawan/ulamak tidak berfikir secara profesional, kenapa golongan yang begitu bangga dengan profesional mereka tidak mahu mendalami tentang dasar-dasar islam dari agamawan/ulamak ? Dan kenapa sungguh2 suruh golongan2 agamawan terbuka minda sedangkan ada golongan yg bangga dengan profesionalnya itu tak mahu terbuka hati mengikut program2 tarbiyah. Soalan ini hanya hati yg boleh menjawabnya.

Patutlah sampai ada yang tidak mahu bersama dengan program ini berkata, " payahlah macam ni..nak mengorat awek pon tak boleh ! Inikah jenis manusia yg hendak kita lahirkan dalam jemaah? Saya secara terbuka agak terkilan dengan mereka2 ini yang tidak mahu mendidik hati dengan tarbiyah tapi salahkan ahli2 jemaah yg menegur dengan istilah menghukum dan menyalahkan..bukankah itu suara yang sama dikeluarkan oleh Umno dan golongan sekular yang lain...!!!!???

Saya amat risau sekiranya sekarang di dalam jemaah PAS semakin ramai lahir manusia beranam Abdullah bin Ubai bin Salul, benar...saya amat risau, mohon kepada Allah hindarkan dari bala sekularisasi dalam PAS ! Takbir !! (albanjary)

Catat Ulasan