Khamis, 18 Ogos 2011

TAZKIRAH ANTARA TARAWIH

0
KUALA LIPIS: Buat pertama kalinya sepanjang bulan Ramadhan 1432 ini, tazkirah telah disampaikan antara solah sunat tarawih. Pada 18 Ramadhan 1432, selepas solah sunat tarawih 4 rakaat, Al Fadhil Tuan Kadhi daerah Lipis, Tuan Haji Mohd Fadhli Mat Saman telah menyampaikan tazkirah yang berkaitan kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan. Beliau menasihat dan menyeru para jemaah yang hadir supaya melipatgandakan amal ibadat pada 10 malam terakhir Ramadhan, rebutlah malam Lailatul qadar yang pahalanya melebihi 1000 bulan. Seterusnya mengingatkan para jemaah supaya sentiasa membaca al Quran, lebih-lebih  lagi di bulan Ramdahan, cuba khatamkan. Sekiranya sibuk sebagaimana sekalipun, mesti membaca al Quran walaupu satu ayat sekalipun.
         Seorang jemaah yang sempat ditemui, mengatakan program tazkirah antara solah tarawaih sangat baik, kerana kita sentiasa dingatkan supaya melakukan perkara-perkara  yang di suruh,  dan ditegah melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Tazkirah ini juga dapat memberi manfaat kepada jemaah, mereka bukan sahaja mendapat pahala solah sunat tarawih, malah mereka juga mendapat pahala menambah ilmu. Tazkirah antara tarawih ini perlu diteruskan pada masa-masa hadapan.




KUALA LIPIS: Pas Kawasan Parlimen Lipis telah berjaya mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis pada 16 Ramadhan 1432, bersempena malam Nuzul Al Quran. Kira-kira 300 orang ahli dan kariah setempat telah hadir. Selepas solah maghrib, Tahlil Perdana dilaksanakan, yang dipimpin oleh Ustaz Mahyuddin Ghazali. Program berikutnya ialah tazkirah. Tazkirah yang mengambil masa kurang daripada 30 minit (sehingga masuk waktu Isya') telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Lipis. Antara intipati tazkirah, "Walaupun membaca al Quran mendapat pahala di bulan Ramadhan, sebailk-baiknya kita disuruh mentadabur, menghayati dan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh al Quran."
        YDP dan AJK Pas Kawasan Lipis mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan masyarakat setempat yang menjayakan majlis ini, dengan memberi sumbangan wang dan tenaga. Khususnya kepada seorang ahli yang menyumbang seekor lembu.


Sabtu, 13 Ogos 2011

Tarikh/Tempat         Tindakan & Program                             Sasaran/Catatan

06.08.11                    PAS Kawasan Parlimen Lipis:
Markas Tempoyang    Program bersama TPJ PAS Pahang:
                                 Ustaz Yusof Embong                                   AJK Kawasan
                                 Iftar, Tarawih & Tazkirah.                            dan ahli setempat


10.08.11  
Jeram Landak              Ustaz Ishak Sat : Iftar, Tarawih & Tazkirah.  4 AJK Kawasan
Rumah Ahli                                                                                      Ahli setempat


12.08.11
 Masjid Tempoyang    Ustaz Mahyuddin Ghazali: Tahlil.                                
                                  Ustaz Azizi  Abalah: Tazkirah.                      Kariah setempat

16.08.11

Masjid Sultan Mahmud  Ustaz Mahyuddin Ghazali: Tahlil Perdana
Bandar Lipis                  Ustaz Wan Roslan Wan Osman: Tazkirah.  Kariah setempat
      
17.08.11
Masjid Tempoyang        Ustaz Mahyuddin Ghazlali: Pengerusi Kuliah Subuh
                                     Ustaz Abdul Rahman Awang Ngah:
                                     "Kewajipan Mematui Al Quran."                  Kariah setempat                                                        
19.08.11
Masjid Aur Gading        Ustaz Burhan Harun : Iftar & Tarawih
                                     Ustaz Ishak Sat : Tazkirah.                       Kariah setempat


20.08.11
Masjid Kg. Bapong      Haji Abu Bakar b. Mohamad : Iftar
                                    Ustaz Dahili Mansor: Tazkirah.                   Kariah setempat
 
21.08.11
Masjid Lama                Ustaz Jazlan Harun: Iftar& Tazkirah. 
Padang Tengku                                                                                 Ahli& kariah

24.08.11
Markas Bapong            Haji Abu Bakar Muhamad: Iftar&Tarawih.   Ahli & penyokong           

25.08.11
PASTI                          Sdr. Bullah Ludin : Iftar & Tarawih.              Ahli & penduduk
Kg. Berchang

26.08.11
Masjid Tlang. Padang   Ustaz Mahyuddin Ghazali & Ustaz Abdul                  
                                    Halim Muhammad: Iftar, Tarawih &Tazkirah. Kariah setempat

27.08.11
Masjid Tempoyang      Ustaz Mahyuddin Ghazali : QIAMUALAI.     Kariah dan ahli
         
27.08.11
Masjid Tempoyang      PAS Caw. Bandar Lipis: Iftar                         Ahli& Kariah
                                   Ustaz Mahyddin Ghazali: Tahlil.                       setempat.


Semua ahli, muslimin dan muslimat setempat dijemput hadhir.

Rabu, 10 Ogos 2011

             KUALA LIPIS, Timbalan Pesuruh Jaya Pas Pahang Ustaz Yusof bin Embong telah memperuntukkan masa berjumpa dengan ahli-ahli Pas Kawasan Parlimen Lipis bertempat di Markas Pas Tempoyang pada 6 Ogos 2011 yang lalu. Perjumpaan itu dimulakan dengan majlis iftar, solah maghrib dan tahlil. Selepas solah tarawih, TPJ Pas Pahang itu telah menyampaikan tazkirah, yang antara lain, beliau mengingatkan kira-kira 70 ahli Pas yang hadir yang terdiri daripada muslimin dan muslimat supaya menjadikan Ramadhan al Mubarak ini sebagai mentarbiah dan muhasabah diri. Sebagai pejuang Islam memerlukan iltizam yang tinggi, berdasarkan Firman Allah SWT:      يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّـهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ   "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." ( QS, Muhammad :7). Setiap ahli diminta mengawal hawa nafsu zahir dan batin, jangan sekali-kali terlalu mementingkan diri dan keluarga. Dengan nada sinis, beliau menegur di kalangan segelitir ahli yang suka berbuka puasa di rumah bersama ahli keluarga, dan mengelak diri bersusah payah bersama jemaah.



TPJ memulakan tazkirah





      Dalam majlis ini, TPJ Pas Pahang telah melancarkan Tabung Pungutan Derma PRU-13 bagi Kawasan Parlimen  Lipis daripada ahli-ahli yang hadir. Sebanyak RM 10,450 telah berjaya dikumpul sama ada kutipan wang tunai atau akujanji. Seterusnya beliau mengingatkan semua MTD dan UPU mengadakan mesyuarat dua kali sebulan, dan kalau mampu setiap minggu bagi mengahadapi PRU-13 yang dijangkakan diadakan pada November 2011. Beliau juga menyeru semua ahli supaya bekerja keras, dan menyumbangkan sama ada material atau tenaga untuk berhadapan dengana pilihanraya kali ini. Dan inilah peluang yang terbaik bagi Pas Pahang bersama-sama Pakatan Rakyat memenangi 10 atau  lebih kerusi DUN, dan 3 atau lebih kerusi parlimen.