Rabu, 10 Ogos 2011

TPJ PAS PAHANG USTAZ YUSUF EMBONG BERSAMA PAS KAWASAN PARLIMEN LIPIS

             KUALA LIPIS, Timbalan Pesuruh Jaya Pas Pahang Ustaz Yusof bin Embong telah memperuntukkan masa berjumpa dengan ahli-ahli Pas Kawasan Parlimen Lipis bertempat di Markas Pas Tempoyang pada 6 Ogos 2011 yang lalu. Perjumpaan itu dimulakan dengan majlis iftar, solah maghrib dan tahlil. Selepas solah tarawih, TPJ Pas Pahang itu telah menyampaikan tazkirah, yang antara lain, beliau mengingatkan kira-kira 70 ahli Pas yang hadir yang terdiri daripada muslimin dan muslimat supaya menjadikan Ramadhan al Mubarak ini sebagai mentarbiah dan muhasabah diri. Sebagai pejuang Islam memerlukan iltizam yang tinggi, berdasarkan Firman Allah SWT:      يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّـهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ   "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." ( QS, Muhammad :7). Setiap ahli diminta mengawal hawa nafsu zahir dan batin, jangan sekali-kali terlalu mementingkan diri dan keluarga. Dengan nada sinis, beliau menegur di kalangan segelitir ahli yang suka berbuka puasa di rumah bersama ahli keluarga, dan mengelak diri bersusah payah bersama jemaah.



TPJ memulakan tazkirah





      Dalam majlis ini, TPJ Pas Pahang telah melancarkan Tabung Pungutan Derma PRU-13 bagi Kawasan Parlimen  Lipis daripada ahli-ahli yang hadir. Sebanyak RM 10,450 telah berjaya dikumpul sama ada kutipan wang tunai atau akujanji. Seterusnya beliau mengingatkan semua MTD dan UPU mengadakan mesyuarat dua kali sebulan, dan kalau mampu setiap minggu bagi mengahadapi PRU-13 yang dijangkakan diadakan pada November 2011. Beliau juga menyeru semua ahli supaya bekerja keras, dan menyumbangkan sama ada material atau tenaga untuk berhadapan dengana pilihanraya kali ini. Dan inilah peluang yang terbaik bagi Pas Pahang bersama-sama Pakatan Rakyat memenangi 10 atau  lebih kerusi DUN, dan 3 atau lebih kerusi parlimen.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan