Khamis, 19 November 2009

Saturday : 14 November 2009 | 7:49 pm |
sidangonline
KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob membentangkan bajet defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut bagi tahun 2010, pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12, di bangunan Dun, Jumaat lalu.
Bagaimanapun menurutnya, ia berkurangan kepada RM92.48 juta berbanding defisit tahun lalu, RM98.61 juta.
Beliau berkata, sebanyak RM814,365,760 diperuntukkan dalam bajet 2010 membabitkan RM571,871,950 untuk Perbelanjaan Mengurus dan sebanyak RM242,493,810 bagi tujuan Perbelanjaan Pembangunan.
”Bajet bagi 2010 masih dalam keadaan defisit iaitu RM92,481,950,” katanya.
Adnan berkata sumbangan ekonomi negeri itu masih lagi berasaskan pertanian dan industri asas tani.
Bagaimanapun, katanya, berlaku sedikit perubahan kepada struktur ekonomi negeri apabila sumbangan sektor pembuatan mengatasi sektor perkhidmatan.
Katanya, sektor pembuatan menduduki tangga kedua berbanding tangga ketiga sebelum ini dan ini membuktikan struktur ekonomi negeri sudah bergerak ke arah aktiviti ekonomi peningkatan nilai tambah.
“Dalam aspek pendapatan per kapita pada tahun 2005 pula ialah RM6,648. Kerancakan aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, jumlah itu dijangka meningkat kepada RM8,245 pada tahun depan,” katanya.
Beliau berkata, strategi bajet bagi tahun depan ialah mengurangkan jurang defisit dengan meningkatkan hasil melalui penerokaan bidang baru yang boleh menjana pendapatan tambahan seperti royalti air dan perlombongan di samping penjimatan dalam perbelanjaan tanpa mengorbankan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
Adnan berkata, beliau ingin membetulkan persepsi bahawa kononnya negeri ini masih mempunyai tanah luas.
Sebenarnya, sebahagian besar keluasan tanah negeri ini yang berkeluasan kira-kira 3.6 juta hektar dirizabkan untuk Rizab Taman Negara, Rizab Hidupan Liar, Kawasan Tadahan Air, Rizab Tasik dan Sungai,” katanya.
Kerajaan Negeri berusaha mengambil tindakan positif bagi mengekal dan memelihara khazanah hutan demi kepentingan negara dan pewartaan kawasan hutan sebagai kawasan tadahan air dilaksanakan selaras dengan kehendak dan dasar :Kerajaan Persekutuan.
Katanya, sehingga kini kerajaan mewartakan kawasan hutan seluas 972,839 hektar sebagai kawasan tadahan air dengan tidak membenarkan semua aktiviti pembalakan sedangkan nilai komersial hasil hutan itu boleh memberi pulangan kepada kerajaan negeri melebihi RM28.1 bilion.
“Saya berharap kesanggupan Kerajaan Negeri berkorban demi kepentingan negara dengan wartakan kawasan begitu luas sebagai tadahan air, akan diberi perhatian serius Kerajaan Persekutuan.
:“Jika semua kawasan hutan negeri ini dihapuskan, ia bukan sahaja jejaskan bekalan air negeri ini tetapi bekalan air ke Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Perak terjejas kerana paras air sungai utama di negeri-negeri berpunca kawasan tadahan air di gunung dan bukit-bukau di Pahang.
:Beliau berkata, Kerajaan Negeri memohon Kerajaan Persekutuan RM280 juta setahun sebagai pengorbanan mewartakan kawasan hutan tadahan air, namun Kerajaan Persekutuan belum bersedia menimbangkan permohonan itu.
“Saya akan usulkan perkara ini kepada Perdana Menteri dan berharap permohonan ini dipertimbangkan dengan baik,” katanya
Saturday : 14 November 2009 | 7:49 pm |
sidangonline
KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob membentangkan bajet defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut bagi tahun 2010, pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12, di bangunan Dun, Jumaat lalu.
Bagaimanapun menurutnya, ia berkurangan kepada RM92.48 juta berbanding defisit tahun lalu, RM98.61 juta.
Beliau berkata, sebanyak RM814,365,760 diperuntukkan dalam bajet 2010 membabitkan RM571,871,950 untuk Perbelanjaan Mengurus dan sebanyak RM242,493,810 bagi tujuan Perbelanjaan Pembangunan.
”Bajet bagi 2010 masih dalam keadaan defisit iaitu RM92,481,950,” katanya.
Adnan berkata sumbangan ekonomi negeri itu masih lagi berasaskan pertanian dan industri asas tani.
Bagaimanapun, katanya, berlaku sedikit perubahan kepada struktur ekonomi negeri apabila sumbangan sektor pembuatan mengatasi sektor perkhidmatan.
Katanya, sektor pembuatan menduduki tangga kedua berbanding tangga ketiga sebelum ini dan ini membuktikan struktur ekonomi negeri sudah bergerak ke arah aktiviti ekonomi peningkatan nilai tambah.
“Dalam aspek pendapatan per kapita pada tahun 2005 pula ialah RM6,648. Kerancakan aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, jumlah itu dijangka meningkat kepada RM8,245 pada tahun depan,” katanya.
Beliau berkata, strategi bajet bagi tahun depan ialah mengurangkan jurang defisit dengan meningkatkan hasil melalui penerokaan bidang baru yang boleh menjana pendapatan tambahan seperti royalti air dan perlombongan di samping penjimatan dalam perbelanjaan tanpa mengorbankan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
Adnan berkata, beliau ingin membetulkan persepsi bahawa kononnya negeri ini masih mempunyai tanah luas.
Sebenarnya, sebahagian besar keluasan tanah negeri ini yang berkeluasan kira-kira 3.6 juta hektar dirizabkan untuk Rizab Taman Negara, Rizab Hidupan Liar, Kawasan Tadahan Air, Rizab Tasik dan Sungai,” katanya.
Kerajaan Negeri berusaha mengambil tindakan positif bagi mengekal dan memelihara khazanah hutan demi kepentingan negara dan pewartaan kawasan hutan sebagai kawasan tadahan air dilaksanakan selaras dengan kehendak dan dasar :Kerajaan Persekutuan.
Katanya, sehingga kini kerajaan mewartakan kawasan hutan seluas 972,839 hektar sebagai kawasan tadahan air dengan tidak membenarkan semua aktiviti pembalakan sedangkan nilai komersial hasil hutan itu boleh memberi pulangan kepada kerajaan negeri melebihi RM28.1 bilion.
“Saya berharap kesanggupan Kerajaan Negeri berkorban demi kepentingan negara dengan wartakan kawasan begitu luas sebagai tadahan air, akan diberi perhatian serius Kerajaan Persekutuan.
:“Jika semua kawasan hutan negeri ini dihapuskan, ia bukan sahaja jejaskan bekalan air negeri ini tetapi bekalan air ke Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Perak terjejas kerana paras air sungai utama di negeri-negeri berpunca kawasan tadahan air di gunung dan bukit-bukau di Pahang.
:Beliau berkata, Kerajaan Negeri memohon Kerajaan Persekutuan RM280 juta setahun sebagai pengorbanan mewartakan kawasan hutan tadahan air, namun Kerajaan Persekutuan belum bersedia menimbangkan permohonan itu.
“Saya akan usulkan perkara ini kepada Perdana Menteri dan berharap permohonan ini dipertimbangkan dengan baik,” katanya

orang umno sibuk sangat pasal DR asri ni kenapa??

0
siapa sebenarnya di belakang jais???

BUKANKAH PENGARAH JAIS INI WARISAN DARI PEMERINTAHAN BN DULU??? ADAKAH BELIAU BETUL BETUL BEBAS??? ATAU MEMPUNYAI KECENDERONGAN EPADA UMNO???

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 4 November 2009

Penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin bekas Mufti Negeri Perlis oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) telah menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat Islam terutama di Negeri Selangor.

Selaku individu yang berada ditempat berlakunya majlis ilmu berkenaan, saya rasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara yang mengelirukan berdasarkan kepada beberapa laporan akhbar yang saya rasa telah memetik dari sumber yang cuba melindungi kejadian sebenar yang berlaku.

Tetapi apa yang dikesalkan ialah cara pihak JAIS menjalankan operasi penahanan adalah tidak professional dan mempamerkan kelemahan yang tidak sepatutnya wujud dalam organisasi yang tinggi tarafnya seperti JAIS.

Lebih menghairankan apabila ditahan, pihak JAIS gagal menyediakan kertas pendakwaan bagi mengaitkan Dr Asri dengan sebarang kesalahan melainkan dengan alasan mengajar tanpa tauliah.

Sepatutnya penahan dibuat setelah terbukti sesorang itu telah melakukan kesalahan. Agak menyedihkan dalam kes ini sewaktu mahu menahan Dr Asri, kelihatan pegawai JAIS sendiri tidak membuat persediaan dan sering menggunakan telefon bagi mendapat arahan dari pegawai atasan yang dipercayai ialah Pengarah JAIS sendiri iaitu Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Bagi saya tindakan JAIS yang menggunakan khidmat polis pada malam kejadian juga adalah satu tindakan yang melampau dan meletakkan Dr Asri pada kedudukkan yang tidak sepatutnya memandangkan sebelum ini beliau telah diberi kepercayaan oleh Tuanku Raja Perlis untuk menjaga persoalan berkenaan agama Islam di Negeri Perlis sendiri.

Sepatutnya sebagai seorang bekas Mufti dan memiliki pendidikan sehingga kepada peringkat Doktor Falsafah berkenaan Islam, beliau dialu-alukan untuk mendidik masyarakat. Adakah semua ini masih lagi tidak melepasi kelayakan yang diperlukan oleh JAIS untuk seorang seperti beliau bagi menyampaikan dakwah di Selangor.

Disini saya bertegas mendesak Pengarah JAIS menjelaskan apakah garis panduan yang digunapakai oleh pihaknya untuk melayakkan seseorang itu boleh ditauliahkan untuk memberi kuliah di Selangor.

Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, sehingga kini terdapat lebih kurang 7 orang Ustaz yang diantaranya adalah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dan telah gagal mendapat tauliah untuk mengajar di Selangor tanpa alasan yang kukuh dan bertulis.

Dengan adanya garis panduan tersebut JAIS akan dapat membendung amalan mengikut selera Pengarah JAIS dan memberi keadilan kapada cendekiawan seperti Dr Asri untuk menyampaikan ilmu.

Dalam tempoh terdekat, pihak ahli parlimen Pakatan Rakyat Selangor akan menghantar petisyen kepada Duli Yang Teramat Mulia Sultan Selongor agar menilai semula kedudukan dan fungsi Pengarah JAIS yang jelas telah menjejaskan kedudukan Baginda selaku penaung kepada perkembangan Islam di Negeri Selangor yang bertuah ini.

Melalui kenyataan media ini juga saya ingin menafikan laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Pengarah JAIS bahawa saya dan seorang lagi rakan YB Shaari Sungip telah menghalang tugas pegawai JAIS untuk menjalankan tugas sehingga terpaksa menggunakan polis.

Apa yang berlaku ialah saya dan YB Shaari Sungib cuba untuk menenangkan keadaan kerana para jemaah ketika itu terkejut dengan serbuan yang dilakukan dengan kasar dan biadap oleh saudara Shahrom penolong pengarah penguatkuasa JAIS yang mengaku mempunyai ijazah dari Universiti Al Azhar.

Untuk itu, saya mengesa agar Pengarah JAIS yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan ini menarik balik dakwaan beliau. Sebaliknya beliau perlu lebih teliti dalam mengeluarkan kenyataan kerana beliau membawa imej JAIS yang dipandang tinggi oleh umat Islam.

ZURAIDA KAMARUDDIN
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat
SHAH ALAM, 2 Nov: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberikan penjelasan yang munasabah kepada orang awam berkenaan kejadian penangkapan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, pelbagai persoalan dan pertikaian timbul berikutan cara penangkapan itu dibuat, kata Khalid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya hari ini.

Khalid mengulas penangkapan yang dibuat oleh sekumpulan pegawai Jais dengan bantuan polis ketika Asri sedang mengajar di sebuah rumah dekat Ulu Klang malam tadi.

Turut mendengar kuliah itu adalah Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin.

Menurut Khalid, Kerajaan Negeri Selangor prihatin kepada pelbagai reaksi yang timbul daripada masyarakat umum berhubung dengan tangkapan yang dibuat oleh Jais ke atas Dr Mohd Asri atas alasan mengajar tanpa tauliah.




Kerajaan negeri telah dimaklumkan bahawa Jais - yang memiliki kuasa yang bebas dari kekangan Kerajaan Negeri dalam menguatkuasakan Eknamen Pentadbiran Agama Islam Selangor - sedang menyiasat perkara tersebut dan tiada sebarang dakwaan dikenakan sehingga kini.

Khalid yakin bahawa Jais akan bertindak profesional dalam menjalankan siasatan yang bebas, adil dan telus ke atas Asri.

"Saya pasti Jais akan menjalankan siasatan yang adil dan akan mengambil kira seluruh aspek bagi memastikan keadilan terjamin bukan sahaja kepada orang awam tetapi juga Dato' Asri," kata Tan Sri Khalid.

rujuk:http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23056:tangkap-asri-mb-selangor-arah-jais-beri-penjelasan2&catid=1:utama&Itemid=50

Tuan Guru Nik Aziz & Haji Dengan Wang Hadiah

0
Oleh Zaharuddin Abd Rahman

SOALAN: Apa pandangan ustaz berkenaan seseorang pergi haji dengan wang hadiah orang lain, saya rasa ustaz faham isu ini berkait dengan kenyataan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang membatalkan hasrat menunaikan haji pada tahun ini (2009) akibat pertikaian dan tuduhan rasuah. Tapi beliau masih bersedia menerima tajaan dari mana-mana pihak tahun hadapan.

JAWAPAN

Hukum asal bagi menunaikan haji dengan wang hadiah adalah HARUS tanpa sebarang khilaf. Walaupun seseorang digalakkan untuk menggunakan wang sendiri bagi menunaikan haji bagi memperolehi maksud haji yang menagih pengorbanan tenaga dari tubuh badan, minda dan wang.

Namun demikian, adalah tidak salah sama sekali sesiapa yang mampu untuk menghadiahkan sebahgain dari kurniaan kekayaannya bagi menaja sesiapa sahaja khsuusnya bagi mereka yang belum menunaikan haji untuk melunaskan rukun Islam yang kelima itu. Demikian juga diharuskan untuk menaja mana-mana alim ulama atau sesiapa juga bagi tujuan yang sama.Lebih digalakkan jika sekiranay yang taja BELUM PERNAH menunaikan Haji.

Namun begitu, hukum asal akan berubah mengikut keadaan dan situasi. Persoalan niat adalah persoalan yang sukar dijadikan sandaran dalam hal ini kerana ia adalah urusan hati yang tersembunyi, diketahui secara tepat hanya oleh Allah swt.

Justeru, jika ada mana-mana ilmuan yang menjawab dalam persoalan ini bahawa semuanya bergantung kepada niat. Sudah tentu begitu di sisi Allah, namun pandang sisi manusia juga perlukan penjelasan yang lebih mendalam sebagai satu panduan.

Menyatakan hukum dengan menyandarkan ia kepada niat semata-mata tidak akan menyelesaikan kekeliruan, malah dibimbangi akan disilap fahami oleh orang awam sehingga menyalahgunakan hujjah tersebut dalam tindakan yang terangan bersalahan dengan displin Islam, seperti berdua-duaan (berdating) di tempat sunyi kemudian mendakwa niat mereka baik dan sebagainya.

APA RASUAH ?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, perlu difahami erti rasuah menurut istilah yang diterima pakai oleh perundangan Islam adalah :-

ما يُعطى لإبطال حق أو لإحقاق باطل

Ertinya : Apa-apa yang diberikan untuk membatalkan sesuatu yang benar dan membenar yang batil (melayakkan yang batil) ( Syarh as-Sunnah, Al-Baghawi, 10/88)

Namun demikian, takrif Rasuah menurut perundangan di Malaysia pula adalah lebih pelbagai dan boleh dibaca dari tulisan saya yang lalu di SINI .

JADI APA PANDUAN HUKUM DALAM HAL INI?

Bagi memahami perubahan hukum dalam hal ini, beberapa dalil dan situasi terpilih berikut boleh dijadikan rujukan.



1) Hadiah buat seseorang berpangkat
من استعملناه على عمل فرزقناه رِزْقًا، فما أخذ بَعْدُ فهو غلولُ

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)



2) Sebuah Hadis :
استعمل النبي صلى الله عليه وسلم رجلاً من الأزد يُقال له ابن اللتبية على الصدقة، فلما قدم قال: هذا لكم وهذا أهدي لي، قال: فهلا جلس في بيت أبيه أو بيت أمه، فينظر أيُهدى له أم لا.... ثم قال: "اللهم هل بلغت ثلاثًا"

Ertinya : Nabi bersabda kepada seorang gabenornya bernama Ibn Lutbiah yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :

"Ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda

" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)

"Ya Tuhanku, adakah telah aku sampaikan (kepada umatku akan hal ini) sebanyak tiga kali..(Al-Bukhari, no 2597 & Muslim no 1832)



3) Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua; separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum Muslimin.

Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah:

"Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari separuh," Abdullah menjawab, "Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!" Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, "Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!" [Imam Malik, Al Muwattha':1450].



4) Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :

"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad].

BAGAIMANA KES MENTERI BESAR KELANTAN?

Bagi kes yang melihatkan Menteri Besar Kelantan, seorang tokoh agama yang dihormati lagi dikasihi oleh kebanyakan rakyat Kelantan dan usahawannya. Jika dilihat dari sudut rasuah menurut istilah Syariah, kemungkinan besar tajaan ini tidak berkait dengan ciri utama rasuah menurut Islam.

Berkaitan isu WANG KHIANAT pada pandangan Islam pula, ia juga mungkin TIDAK JATUH kepada beliau, jika benar-benar semua hadiah yang diberikan itu tidak bersangkut paut dengan jawatannya tetapi hanya kerana dirinya adalah seorang ulama.

PENGECUALIAN sebegini memang wujud dari teks-teks fatwa silam sebagaimana berikut

يجوز لولاة الأمور والعُمَّال قبول الهدية ممن كان يهدي إليهم قبل توليتهم مناصبهم، كهدية من قريب أو صديق بشرط أن لا تزيد قيمة هذه الهدية عما كان يُهْدى إليهم قبل تولي مناصبهم ولا تكون لها أيَّة علاقة بأعمالهم.

Ertinya : Harus hukumnya bagi seseorang pemerintah dan pegawai (pentadbir) menerima hadiah dari pemberian hadiah itu bermula semenjak sebelum ia memegang jawatannya, seperti hadiah hubungan kerabat atau rakan, namun ia dengan syarat NILAI HADIAH YANG DIBERI (SELEPAS NAIK JAWATAN) ADALAH SAMA dengan sebelum naik jawatan, serta MESTILAH HADIAH TERSEBUT TIDAK MEMPUNYAI ikatan dan kaitan sama sekali dengan jawatannya ( kuasanya) [1]

Imam AN-Nawawi pula menegaskan :-

وقد بين صلى الله عليه وسلم في نفس الحديث السبب في تحريم الهدية عليه وأنها بسبب الولاية، بخلاف الهدية لغير العامل، فإنها مستحبة،

Ertinya : Nabi s.a.w telah menjelaskan dalam hadis yang sama (di atas) bahawa sebab pengharaman terima hadiah sebegitu adalah disebabkan oleh JAWATANNYA, berbeza dengan hadiah yang diberikan kepada bukan pegawai yang mana ianya adalah digalakkan. ( Syarah Sohih Muslim, 6/462 )

WALAUPUN BEGITU

Kesimpulannya, dalam kes Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nikmat, saya dan ramai lagi yakin bahawa ia tiada unsur rasuah mahupun wang khianat. Ini kerana saya yakin, walaupun beliau tidak memegang jawatan Menteri Besar dan duduk di rumah sahaja sekalipun, masih ramai yang berlumba-lumba untuk memberikannya hadiah tajaan Haji dan lain-lain disebabkan kelebihaan ilmu dan amalan yang terzahir pada diri beliau dan bukan pada JAWATANNYA, sehinggakan seliparnya juga dicuri kerana ‘berkat'. [2]

Namun demikian, kita tidak boleh memandang hanya kepada mereka yang bersangka baik sahaja. Apa yang perlu diteliti kini, semua menyedari bahawa beliau bukan semata-mata seorang tokoh agama, namun juga adalah tokoh politik dan ketua eksekutif pentadbiran bagi sebuah negeri.

Justeru, atas dasar tersebut, menurut penilaian sederhana saya, adalah LEBIH WAJAR untuk beliau menolak sebarang tawaran hadiah haji sedemikian selagi mana beliau masih memegang jawatan Menteri Besar. Pandangan saya ini berdasarkan banyak aspek dan sandaran, sebahagiannya adalah seperti berikut :-

1) Mengelak tohmah dan sangka buruk yang memudaratkan.

Sekiranya kita menyusuri perbahasan hukum-hukum Fiqh di dalam kitab-kitab utama yang silam, akan didapati bagaimana beberapa amalan yang HARUS pada hukum asalnya menjadi HARAM atau ditegah akibat daaripada wujudnya unsur ‘tohmah' dan ‘kebolehan membawa sangkaan buruk' . Cukuplah kita ambil satu contoh dalam bab ini :

Imam Al-Kasani ketika membicarakan persoalan adab seorang qadhi (adab al-Qadha) menghurai :

ومنها : أن لا يقبل الهدية من أحدهما ، إلا إذا كان لا يلحقه به تهمة .
Ertinya : Sebahagian darinya (adab seorang qadhi) : Adalah tidak menerima hadiah dari salah seorang darinya (dua pihak yang sedang dibicarakan) kecuali jika ia tidak membawa kepada sebarang tohmahan (tuduhan buruk). (Bada'i As-Sona'ie, 7/10)

Walaupun teks di atas bukan dalam konteks menteri besar atau pemerintah, namun maqasidnya jelas, ia berkait dengan mereka yang memegang kuasa. PEMEGANG KUASA MESTILAH DIYAKINI DAN DILIHAT BERSIH OLEH ORANG-ORANG YANG BERGANTUNG DI BAWAHNYA, jika dia seorang hakim atau qadhi seperti dalam teks di atas, dia mestilah diyakini TIDAK BERAT SEBELAH oleh kedua-dua pihak di dalam mahkamahnya.

Jika dia pemerintah, hal yang sama juga terpakai, IAITU DIA MESTI DIYAKINI BERSIH DAN MAMPU MEMBERIKAN KEADILAN KEPADA RAKYAT BERDASARKAN KELAYAKAN DAN BUKAN ATAS PENGARUH-PENGARUH SAMPINGAN SEPERTI KERABAT, HADIAH YANG DIBERI DAN SEBAGAINYA.

Justeru, dalam hal Menteri besar Kelantan, umumnya mungkin yakin dengan peribadi beliau dalam menjaga keadilan. Namun perlu diingat bahawa di bawah bidang kuasa seorang Menteri Besar, terdapat pelbagai pegawai, pelbagai jenis kuasa untuk menentu dan memutuskan keputusan khsuusnya melibatkan penganugerahan jawatan dan kontrak. Sebahagian besarnya memerlukan kepada nasihat dan rundingan pegawai-pegawai ini terlebih dahulu sebelum dilulus oleh Menteri Besar. Maka sejauh mana pula, orang ramai boleh yakin kepada pegawai-pegawai ini sebegaimana keyakinan mereka kepada Menteri Besarnya.?

Saya kira, ramai orang di bawah beliau tidak mampu menyamai krebiliti, ketahanan sehebat beliau dan keyakinan ramai kepada pegawainya juga tidak seperti keyakinan kepada Menteri Besar Kelantan.

Tatakala itu, orang ramai akan menggandaikan si pemberi hadiah akan dikenali oleh para pegawai beliau, yang sebahagiannya turut mempunyai kuasa tertentu, KEADAAN INI TIDAK DINAFIKAN AKAN MEMBAWA TOHMAHAN DAN SANGKA BURUK RAMAI.

Ia boleh membawa sangkaan ramai, BAHAWA PEMBERI HADIAH TAJAAN HAJI INI MENDAPAT LEBIH KEISTIMEWAAN BERBANDING YANG TIDAK MEMBERI HADIAH, Paling kurang, ia menjadikan syarikatnya LEBIH DIKENANG DAN DIINGATI OLEH PARA PEGAWAI. Hasilnya, mungkin lebih mudah untuk memperolehi tawaran kontrak tertentu.

Saya tidak menuduh, saya cuma menyedarkan bahawa ruang sangkaan dan tohmahan itu sangat boleh untuk terbuka. Atas asas itu, saya berpandangan AMAT WAJARLAH Menteri Besar Kelantan untuk MEMBATALKAN MENUNAIKAN HAJI TAHUN INI DENGAN BERBEKALKAN WANG DAN PAKEJ TAJAAN. Namun beliau tentunya MASIH boleh pergi dengan wangnya sendiri tanpa perlu membatalkan terus.

Selain itu, saya juga berpandangan tajaan haji atau umrah di tahun-tahun akan mendatang juga wajar ditolak. Berikanlah sumbangan itu kepada alim ulama lain yang tidak berjawatan rasmi atau pembuat keputusan yang melibatkan wang dan kontrak, yang tidak mendatangkan tohmah dan fitnah dan sangka buruk. KECUALI jika ia dilakukan secara tertutup, ia terpulang kepada semua yang terlibat untuk menjaga displin hukum.

Nabi s.a.w bukan sahaja melarang umatnya bersangka buruk, namun kita juga diajar oleh baginda nabi s.a.w untuk CUBA SEDAYA UPAYA MENGELAKKAN diri dari membuak ruang yang boleh menyebabkan diri kita disangka buruk. Itulah konsep sad az-Zara'i. (penutupan pintu-pintu yang boleh membawa kepada haram oleh diri dan kepada diri).



2) Menolak kemudaratan adalah didahulukan berbanding mendapatkan kebaikan



Ia jelas dari kaedah Fiqh yang cukup terkenal. Benar, menunaikan haji membawa kebaikan kepada penderma dan yang menerima, namun jika ia sehingga menyebabkan nama baik kerajaan pimpinannya rosak akibat dari itu. Wajarlah ia dijauhi. Tidak kiralah mudarat itu akibat sangka buruk, fitnah atau dusta, namun ia tetapi membawa mudarat yang jelas. Lihatlah sekeliling dan media yang sedang mencipta sesuatu buruk dan mudarat dalam isu ini.



3) Maslahat umum didahulukan ke atas maslahat individu (atau yang lebih kecil)

Benar, menerima tajaan hadiah haji itu adalah sebuah kebajikan dan pahala buat dipenderma, pahala dan ganjaran juga bagi yang menerima. Namun jika ia jelas boleh membawa mudarat seperti tuduhan rasuah yang sehingga boleh memudaratkan kemaslahatan yang lebih ramai, bukankah ia lebih baik dijauhi. Si pemberi masih boleh menderma kepada ilmuan lain bagi mendapatkan pahala yang diinginya.

AKHIRNYA

Kesimpulan jawapan saya kepada persoalan yang dikemukakan, SAYA AMAT BERSETUJU untuk Menteri Besar Kelantan menolak tajaan hadiah bagi mengerjakan Haji pada tahun ini, namun beliau masih boleh pergi dengan wangnya sendiri tanpa perlu membatalkan terus.

Saya juga merasakan, TIDAK WAJAR untuk beliau menerima sebarang tajaan haji di tahun-tahun hadapan selagi beliau masih memegang jawatan Menteri Besar atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.

Sekdar itulah pendapat saya secara ringkasnya, ia bukan penentuan hukum, ia hanyalah sebuah pandangan dan nasihat yang boleh diterima atau ditolak oleh sesiapa sahaja. Perlu disedari juga, pandangan dan jawapan kepada soalan di atas bukan sahaja terpakai kepada Menteri Besar Kelantan ketika ini, namun bagi semua penjawat awam, swasta dan ahli politik dari mana-mana jua parti politik.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

17 Nov 2009

Selasa, 15 September 2009

Artikel ini diterbitkan di al-Banjari Online bagi menjawab beberapa komen daripada penyokong UMNO-BN yang mempersoalkan jalinan politik yg dilakukan oleh PAS dengan parti DAP dan PKR, melalui ruang komen di blog wak. Diwaktu yang lebih relax ini wak paparkan jawapannya. Maaf, artikel ini memerlukan masa yang agak panjang untuk bacaan. Seandainya terdapat mana-mana bahagian yg tidak lengkap, mohon sembah derhaka kepada para2 pandai agama memberi pandangan ( al-banjari) Usharlah, di mana-mana, khususnyadi ruang komen blog-blog pro jamaah Islam, sudah pasti akan kita ketemu dengan komen-komen dan respon daripada mereka yang mempersoalkan tentang kerjasama Parti Islam Se-Malaysia ( PAS) sebagai sebuah badan politik Islam dengan badan-badan politik sekular khususnya parti Democratic Action Party ( DAP ) dan Parti Keadilan Rakyat( PKR) tidak ketinggalan juga badan-badan bukan kerajaan ( NGO ) terutamanya yg sering disebut sebagai Hindraf. Saya percaya bahawa mereka-mereka yang memberi komen dengan menyatakan kononnya kekesalan atau persoalan tentang kerjasama politik yang dilakukan oleh PAS dan rakan-rakan politik yang lain adalah dari kalangan ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan kekalahan yang mereka alami pada PRU-12 maka dengan kejahilan mereka tentang ilmu kerjasama politik dalam Islam maka mereka bersuara dengan mepersoalkan tindakan PAS itu dengan cuba menimbulkan semula ‘kritikan2 PAS terhadap UMNO yang berkerjasama dengan parti-parti sekular lain’. Maka pendokong atau penyokong UMNO ini bertindak menyerang blog-blog pro-PAS / Pakatan Rakyat dengan mengatakan bahawa tindaskan PAS ini adalah satu tindakan “ cakap tak serupa bikin” bahawa kununnya dahulu PAS lah yang mengkritik UMNO ber”mati-matian” sehingga timbullah apa yang di istilahkan oleh orang UMNO bahawa “PAS mengatakan UMNO kafir kerana UMNO berkawan dengan parti politik KAFIR”. Antara pemimpin PAS ketika itu yang kuat mengkafirkan UMNO adalah Naib Presiden PAS, Dato’ Hj Nakhaie Bin Hj Ahmad. Namun kemudian beliau menyertai UMNO yang pernah dikafirkannya itu dan mengisytiharkan keluar dari PAS walaupun rumahnya masih di dalam kawasan Markaz Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar sehingga kini. Amanat Haji Hadi juga merunsingkan UMNO, jelas di dalamnya, Tuan Guru Haji Hadi menekankan bahawa dasar UMNO yang sekular itu adalah terkeluar dari batas-batas iman dan kufur, maka UMNO jugalah yang mula mengistilahkan bahawa PAS telah mengkafirkan UMNO . Sebenarnya istilah ’sensasi’ ini dipopularkan oleh UMNO, bukan PAS. Ia jelas. Maka mulai dari saat itu momokan UMNO berterusan dengan isu PAS mengkafirkan UMNO dan terus menyalahkan PAS atas alasan PAS mengkafirkan sesama Islam walhal perkara pokoknya adalah dasar UMNO itulah yang kufur bertentangan dengan dasar yang dibawa oleh PAS. Oleh kerana Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO dan parti-parti komponennya yang lain adalah sama sahaja dasar sekularnya, maka kerjasama UMNO dan parti komponen BN yang lain sudah pastilah berjuang menegakkan apa- apa jua sistem dengan fahaman sekular. Kerjasama sekular BN inilah yang sering menjadi perbahasan antara UMNO dan PAS dari sudut syar’ ienya. PAS berpendirian bahawa bekerjasama atas dasar sekular tambahan pula kerjasama itu adalah untuk terus melakukan kezaliman dan penyelewengan, maka ia adalah satu kerjasama yang kufur jika dipandang dari sudut Islam. PRU-12 menyaksikan parti-parti pembangkang berjaya menafikan 2 PAS-PKR-DAP berjaya membentuk kerajaan campuran di Kedah ( 16 Pulau Pinang ( 19 18 DAP- 7 PKR – 6 PAS ) dan Selangor ( 15 PKR- 13 DAP- 8 PAS ) manakala di Kelantan PAS terus mendominasi majoriti DUN Kelantan dan mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan. Bermula di Perak apabila timbul isu perlantikan MB dari PAS, seterusnya ketiga-tiga parti ini membuat keputusan untuk bergabung dengan menamakan gabungan ini sebagai Pakatan Rakyat. Cemburunya UMNO melihat perkembangan ini bukan kepalang. Dengan memanipulasikan kuasa media, UMNO secara halus memainkan peranan untuk mewujudkan suasana “was-was” dikalangan masyarakat umumnya juga dikalangan ahli-ahli PAS khususnya tentang tindakan PAS ber” kawan” dengan DAP. UMNO melalui media memainkan isu anti-Melayu dan anti-Islam yang kununnya dibawa oleh DAP yang nyata berlawanan dengan dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Tidak ketinggalan juga di dalam ruang komen dalam blog-blog yang dikendalikan oleh pimpinan mahupun ahli atau penyokong PAS, para peng”komen” ( boleh jadi upahan) berperanan melakukan perang psikologi terhadap pembaca blog yang rata-rata dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat khasnya penyokong PAS. Mereka-mereka ini (baca : orang2 kecewa) berlagak seolah-olah mereka ini adalah penyokong PAS, bahkan ada yang mengaku sebagai ahli PAS, menulis respon dengan menyatakan bahawa mereka kesal dengan suasana terkini berkenaan hubungan PAS dan DAP dengan sandaran hujahnya, ‘ dimana islamiknya ? atau sebaliknya. Malah ada juga yang menyatakan rasa ragu-ragu dengan PAS yang di”dokongi” selama ini dan ada juga yang menyatakan rasa menyesal kerana menyokong PAS kerana terasa ter”tipu” dengan tindakan dan keputusan PAS mengukuhkan hubungan bersama DAP dan juga PKR. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, tambah pula hubungan politik yang berlainan dasar ( akidah dan idealogi ). Sudah pastilah ada satu dua mungkin banyak perkara yang menjadi pertikaian antara parti-parti yang berlainan dasar. Kesempatan inilah UMNO mengambil peluang “cucuk jarum” dengan cuba melaga-lagakan parti-parti Pakatan Rakyat, malah cuba masuk ke dalam organisasi untuk melemahkan hubungan di antara pimpinan sama ada bermula dari peringkat cawangan, kawasan mahupun pusat. Suara-suara UMNO yang berusaha menyebarkan salah faham terhadap kerjasama politik sedikit sebanyak menimbulkan suasana tidak sihat antara ahli-ahli PAS khususnya walhal perkara ini disensasikan oleh UMNO. Boleh jadi juga dengan cara ini, UMNO berusaha menjauhkan pengundi Melayu atas pagar dengan harapan mereka ini berpersepsi bahawa PAS dan UMNO sama sahaja, dan cuba mewujudkan persoalan di dalam minda mereka ini bahawa PAS buat kerja yang sama yang UMNO buat dan PAS mengatakan kerja-kerja yang UMNO buat adalah kafir sedangkan kini PAS pula yang bekerjasama dengan parti kafir. Ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan orang- orang UMNO bahawa PAS sudah buang dasar perjuangannya untuk menubuhkan Negara Islam semata-mata untuk mendapat sokongan non-Muslim.

Apakah kerjasama politik PAS dan UMNO sama?

Sudah tentu tidak sama bahkan jauh bezanya seperti bezanya dunia dan akhirat, dosa dan pahala malah syurga dan neraka. Untuk mendapatkan kuasa boleh jadi bersendirian dan boleh jadi berkawan. Umpama mahu mengorek telaga untuk mendapatkan sumber air masing masing manusia mahukan air untuk terus hidup. Maka mengali telaga berseorangan boleh jadi berjaya jika kudratnya tidak ada hadnya. Namun jika kudratnya amat terbatas, maka tidak salah mengajak seorang dua manusia lain untuk membantu mengorek telaga untuk kegunaan dan kemaslahatan anak cucu mereka. Contoh mudah yang diberikan, jika masih dungu tak boleh nak faham, humban saja ke dalam telaga yg digalinya itu. Maka sudah pastilah ianya amat berbeza dengan segolongan 14 bekerjasama menimbus telaga untuk menyusahkan hidup orang lain. Maka dalam politik, dengan kemampuan yang terbatas untuk mendapatkan kuasa, maka kalau ada kawan lain yang sama-sama berjuang mengeakkan keadilan dan menolak kezaliman, maka Islam meyediakan sadu kaedah kerjasama politik dengan mereka yang berlainan dasar tapi ada beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama dengan apa yang dinamakan sebagai tahalluf siyasi. Perbahasan Tahaluf Siyasi dalam Islam Tahaluf ialah Perjanjian Persefahaman bagi kerjasama dan bantu-membantu untuk menghadapi lawan atau musuh. Persefahaman ini berlaku di kalangan sesama Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah S. A.W dengan Aus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji-panji dan tertegaknya sebuah negara Islam. Perkara ini juga berlaku dengan kumpulan-kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib yang berlaku sebelum Hijrah juga persefahaman dengan Qabilah Khaza’ah selepas Perjanjian Hudaibiyah. Rasulullah S.A.W mengiktirah Half Al-Fudul yang berlaku pada zaman Jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorag lelaki dari Kabilah Zubaid di zalimi oleh ‘Aas bin Wa’il, lalu dia meminta pertolongan namun tiada siapa yang sanggup menolongnya. Lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa tersebut, Rasulullah S.A.W telah bersabda mafhumnya; “Daripada Thalhah bin Abdullah Bin ‘Auf, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda; “ Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah ( barang yang sangat berharga ) , jikalau aku diajak kepadanya di zaman silam nescaya aku akat menyahutnya” Oleh itu Tahaluf telah menjadi suatu perkara yang berlaku dalam perjalanan gerakan Islam menurut keperluan dan cabaran yang berlaku pada zaman masing-masing. Satu kajian yang terperinci perlu dilakukan dan dibincangkan dengan teliti agar langkah yang diambil tidak bercanggah dengar dasar Islam yang wajib ditegaskan dalam semua keadaan.

Hukum Tahaluf
Tahaluf diizinkan oleh syari’at berdasarkan kepada syarat-syaratnya. Untuk memahami syarat-syaratnya, perlu dikaji perbezaan di antara tahaluf yang dilangsungkan oleh Rasulullah S.A.W dan tahaluf yang ditolak oleh baginda. Syarat-syarat Tahaluf 1) Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan dasar perjuangan. Dalil- dalilnya ialah; a) Hubungan Rasulullah S.A.W dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib, khususnya Abu Thalib. Walaupun mereka tidak menganut Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah S.A.W sehingga sanggup berkorban apa sahaja. Namun pernah Abu Thalib membuat kenyataan seolah- olah supaya Rasulullah S.A.W bertolak ansur dalam perkara dasar, lalu dengan tegasnya Rasulullah S.A.W bersabda yang mafhumnya; “Wahai bapa kesayanganku, demi Allah, jika mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kriku agar aku meninggalkan urusan ini ( menegakkan Islam ), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agama-Nya atau aku mati kerana-Nya” Akhirnya Abu Thalib dan keluarganya kecuali Abu Lahab mengambil keputusan untuk mempertahankan rasulullah S.A.W. b) Hubungan Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘ Anhu dengan Ibnu Daghnah yang bersedia untuk memberi perlindungan kepada beliau dibatalkan. Perkara ini terjadi apabila Ibnu Daghnah mensyaratkan kepada Abu Bakar supaya beliau jangan membaca Al-Quran di luar rumah kerana bimbang boleh mempengaruhi orang lain kepada Islam. Contoh maslahat yang diizinkan. a) Ke arah mendaulatkan Islam dan perlaksanaan syari’atnya. Dalam situasi kegagalan fahaman-fahaman sekular dan kebuntuannya untuk menyelesaikan masalah, terdapat kumpulan orang-orang Islam yang jahil dan terjebak ke dalam fahaman sekular dan juga dari kumpulan non-muslim yang yang memberi kesempatan kepada perlaksanaan Islam, maka mestilah di adakan satu hubungan dengan mereka ke arah dalam memberi sokongan kepada perjuangan parti politik Islam di dalam pilihanraya, dalam persidangan-persidangan dewan dan sebagainya, dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kepimpinan Islam, mengakui kedaulatan dan perlaksanaan dengan sepenuhnya dan kita tidak memaksa mereka untuk memluk Islam ( tetapi mengambil peluang berdakwah memperkenalkan Islam dan membetulkan salah faham mereka terhadap Islam kepada gambaran Islam yang sebenar ) Dalilnya ialah perjanjian Rasulullah S.A.W di Madinah Al-Munawwarah dengan orang-orang Yahudi. b) Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan akhlak. Apabila perkara ini mula dirasai akan kesan dan akibatnya kepada semua golongan dan lapisan masyarakat termasuklah golongan non-muslim, maka boleh diadakan persefahaman dalam perkara ini. Contohnya bekerjasama di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan dan sebagainya kerana Rasulullah S.A.W mengiktiraf Halfu Al-Fudul serta mengakui pakatan persefahaman golongan yang menentang Perjanjian Pemulauan ke atas keluarga Rasulullah S.A.W walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat mengakui kedaulatan Islam. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud; Diriwayatkan daripada Jabir Radhiyallahu ‘Anhu katanya: Dua orang anak muda yang mana salah seorang di antaranya kaum muhajirin dan seorang lagi dari kaum Ansar sedang bertengkar. Seorang dari kaum Muhajirin atau mungkin juga beberapa orang dari kaum Muhajirin berteriak: Wahai kaum Muhajirin..!!! Manakala kaum Ansar berteriak: Wahai kaum Ansar…!!!. Setelah mendengar suara begitu maka Rasulullah S.A.W keluar dan telah bersabda: ” Ada apakah panggilan seperti jahiliyah ini…?” Mereka menjawab: ” Tidak ada apa-apa ya Rasulullah. Hanya ada dua orang anak muda sedang bertengkar di mana salah satu dari keduanya berusaha memukul bahagian tubuh yang satunya.” Rasulullah S.A.W bersabda: ” Kamu tidak perlu menyembunyikan persoalan. Seharusnya kamu menolongnya baik yang zalim mahupun yang dizalimi. Terhadap yang zalim, maka hendaklah beliau mencegah kezalimannya. Sesungguhnya itu bererti telah menolongnya. Manakala terhadap yang dizalimi hendaklah membelanya.”( Hadith riwayat Muslim) 2) Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan dasar dan matlamat perjuangan. Dalilnya, i) Rasulullah S.A.W telah menangguhkan Tahaluf dengan Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama-sama mennegakkan negara Islam dan mempertahankannya. Perkara ini terjadi apabila Bani Syaiban menyatakan ketidak sanggupan untuk berhadapan dengan Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi Kabilah Arab sahaja. ii) Rasulullah membatalkan cadangan untuk bertahaluf dengan Bani ‘Amir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam. 3) Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka. Diantaranya ialah kepimpinan orang-orang bukan Islam dan bertahaluf dengan musuh-musuh Islam untuk memerangi orang-orang Islam. sebagaimana Firman Allah S.W.T yang bermaksud: ” Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meningglkan orang-orang beriman. Dan sesiapa yang melakukan ( larangan ) yang demikian maka tiadalah ia ( mendapat perlindungan ) dari Allah dalam suatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka ( yang kafir itu ). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya, dan kepada Allah jualah tempat kamu kembali” ( Surah Ali ‘Imran ayat 28 ) Berwala’ maknanya menjadikan sebagai pemimpin, teman yang akrab, pelindung atau penolong. Keadaan takut adalah darurat. Kesetiaan dalam keadaan itu dilahirkan secara zahir, tetapi hatinya tidak redha disamping berusaha untuk membebaskan diri dengan merancang bagi meneruskan perjuangan dengan berhijrah dan sebagainya. Muwada’ah. Di sana wujud satu titik persamaan secara sementara waktu dengan golongan bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan muwada’ah dan terdapat juga ‘ulamak meletakkannya dalam perkara hadanah ( gencatan senjata ). Disebut di dalam kitab ” Syarah Muhazaab ” yang dikarang oleh Imam An-Nawawi, diantara maslahahnya ialah mengharapkan mereka masuk Islam, mereka akan membayar jizyah atau menolong kerana memerangi golongan lain. Tetapi para ‘ulamak berselisih pendapat dalam menentukan tempoh masanya. Ada yang menghadkan setakat empat bulan sahaja dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah ( diantaranya ialah kerana orang-orang Islam masih berada dalam keadaan lemah ). Adapun jika tiada apa-apa maslahat atau mudharatnya lebih banyak dari maslahat, maka ianya adalah tidak diharuskan. Isti’anah ( meminta bantuan dan pertolongan ). Apabila adanya persefahaman, maka berlakulah tolong-menolong, iaitu mereka berjanji untuk menolong kita dan kita berjanji menolong mereka. 1. Mereka menolong kita : Menurut Shaikh Sayyid Saabiq dalam kitabnya “ Fiqhussunnah”, adalah harus bagi kita untuk menerima pertolongan daripada golongan munafiq dan fasiq kerana Rasulullah S.A.W pernah membenarkan Abdullah Bin Ubai Bin Salul (seorang munafik) menyertai peperangan bersama-sama baginda. Begitu juga kisah penyertaan Abu Mahjan (seorang fasik) yang mabuk dalam peperangan menentang tentera Parsi. Adapun pertolongan daripada orang-orang kafir, terdapat perselisihan pandangan di kalangan fuqaha’: a) Imam Malik dan Imam Ahmad Bin Hanbal tidak mengharuskannya secara mutlak. b) Imam Abu Hanifah mengharuskannya dengan syarat orang-orang Islam yang menguasai urusan. c) Imam As-Syafi’e mengharuskannya dengan syarat: * Apabila orang-orang Islam berada di dalam keadaan yang lemah. (*)Apabila didapati bahawa orang-orang bukan Islam cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadap Islam, dibenarkan dia memberi pertolongan dengan di beri imbuhan dan bukannya bahagian ghanimah. 2) Kita menolong mereka. Menurut Al-Zarkashi di dalam kitabnya “Al- Mabsut”, dan Al-Syaibani di dalam kitabnya “Al- Siyar Al-Kabir”, Rasulullah S.A.W menghantar tamar ‘Ajwat kepada Abu Sufyan dan mengutus lima ratus dinar ke Makkah supaya dibahagikan kepada orang yang perlu dibantu ketika bumi Makkah dilanda kemarau. Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauwziyyah di dalam kitabnya, “Zad Al-Ma’ad “, apabila Sumamah bin Al-Sal Radhiyallahu ‘Anhu, pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau memerintahkan supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Makkah sehingga penduduk Makkah berada dalam keadaan kesempitan hidup. Lalu pemimpin-pemimpin Makkah merayu kepada Rasulullah S.A.W menasihatkan Sumamah menghentikan sekatannya. Rumusan Penting : Tahaluf Siyasi dapat dibahagikan menurut keadaa berikut: 1) Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat ; * Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam. * Mengiktiraf negara Islam. * Menerima perlembagaan Islam dan Syari’ atnya. 2) Tahaluf Siyasi tanpa membentuk negara ; * Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar. * Maslahah bersama untuk menentang kezaliman dan menegakkan keadilan. * Berlindung sementara ketika lemah * Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan gerakan Islam. Begitulah sedikit sebanyak perbahasan berkaitan Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik yang dianjurkan oleh Islam yang menjadi panduan kepada mana-mana gerakan Islam termasuk PAS dalam menghadapi tekanan daripada musuh politiknya khusunya UMNO dan Barisan Nasional. Jawapan dari Rumusan dalam konteks politik negara : Melalui perbahasan di atas, nyatalah perbezaan kerjasama dan persefahaman politik antara PAS dan UMNO sangatlah jauh berbeza. Oleh kerana UMNO kini amat terdesak dengan kedudukannya yang amat lemah ditambah pula pergaduhan merebur jawatan sesama mereka, jalan untuk melihat pesaing politiknya, khususnya PAS adalah dengan menimbulkan keraguan dikalangan pengundi Melayu atas pagar dan juga penyokong PAS itu sendiri yang kurang terdedah dengan ilmu dan perbahasan berkaitan Fiqh Haraki dengan harapan mahu melihat akhirnya penyokong PAS beralih arah kepada UMNO atau cuba mempengaruhi pimpinan PAS di peringkat bawahan terutama golongan muda untuk meragui pimpinan peringkat atasan dan menimbulkan hubungan tidak baik antara pimpinan dan ahli PAS. UMNO bekerjasama dengan parti-parti komponen BN yang lain atas dasar sekular, bekerjasama mempertahankan kezaliman, bekerjasama menutup penyelewengan dan penindasan yang mereka lakukan, bahkan sama- sama bekerjasama menolak Islam walaupun UMNO kadang-kadang mengaku menjadi pejuang Islam. Sebalinya PAS menggunakan kesempatan ini bersama-sama PKR dan DAP bekerjasama dalam isu keadilan, kebenaran, menentang kezaliman, menentang penyelewengan, menentang rasuah menentang korupsi, menentang penyalahgunaan kuasa dan sebagainya walaupun ada beberapa perkara dilihat tidak sekata namun peluang dan masa harus diberikan untuk mereka memahami hakikat bahawa Islam adalah untuk semua setelah 51 UMNO dan BN lah yang selama ini menipu non- muslim tentang Islam, memberikan gambaran buruk tentang Islam maka denga kesempatan kerjasama politik ini, wajib bagi kita pejuang Islam, menguatkan lagi usaha dakwah agar mereka ini, rakan-rakan kita di dalam pakatan rakyat yang non-muslim, dapat menerima Islam sebagai cara hidup mereka dan setidak-tidaknya mereka menghormati dan mengetahui bahawa Islam menjamin kehidupan mereka sekalipun mereka tidak akan menganut Islam. Wallahu A’ alam. (sumber : al-Banjary)

Jumaat, 4 September 2009

Soalan dari Mat not

51
Matnot said
24 August 2009 at 1:33 pm

-Saya nak mengadu tentang perkara ini :

KERTAS Putih bertarikh 8 November 1984 melaporkan bahawa Dewan Ulama Pas yang bersidang pada pada Ogos 1963 di kediaman Menteri Besar Kelantan, JKR 10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa seperti berikut:-
”Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram”.

-Apa pendapat Squad ADUAN Lipis tentang perkara ini dalam senario politik sekarang??

JAWAPAN SAYA;

PAS MASIH KEKAL DENGAN PERJUANGAN ISLAM SAMA SEPERTI DAHULU, KINI DAN SELAMANYA,PAKATAN PAS DAP DAN PKR ADALAH UNTUK MENJATUHKAN UMNO BN YANG TIDAK BOLEH SUDAH UNTUK DIBETULKAN KERANA SUDAH TERLALU BANYAK TERPALIT DENGAN RASUAH DAN PENYALAHGUNAAN KUASA.
Dalam realiti politik sekarang dimana hampir mustahil untuk sesuatu parti politik yang tidak bergabung dengan parti dari parti lain yang berbilanh kaum untuk memerintah negara. Pada tahun 1963 tersebut pola penduduknya bagaimana?? kawasan majoriti melayu islam masih besar dan kita boleh memerintah sendiri.
Islam itu sifatnya boleh berubah pada strategi asalkan pekara asas yang dituntut oleh Islam tidak ditinggalkan. justeru hukumnya berbeza pada ketika ini... dan agenda slam yang dibawa PAS tidak pernah dintinggalkan. mungkin perlaksanannya sahaja bersifat menunggu masa dan penjelasan yang sesuai. contohnya di kelantan kita memounyai suara yang kuat jadi kita boleh lakukan agenda islam dengan lebih mudah
tetapi di negeri yang kita tida berkuasa sepeti di selangor dan penang, kita hanya memberi nasihat dan melakukan agenda islam dalam bidang kuasa yang ada.
tidak seperti UMNO yang mempergunakan ISlam utuk politik. contoh yang nyata. dulu mereka kata politik dan islam tidak boleh campur.. tetapi setelah PAs dan NGO islam lain memberi penerang bahawa islam itu lengkap dan politik adalah sebahagian dari islam maka akhirnya mereak akur.. maka lahirlah islam hadhari. tetpi sekarang bila orang bukan islam tidak menyokong umno bn maka tukar pulak 1 malaysia , agenda islam mereka dimana?? sudah snyap sunyi??

Selasa, 18 Ogos 2009

Squad Aduan Lipis

11
IMG_0087Baru baru ini squad Aduan masalah daripada PAS kawasan lipis telah turun meninjau masalah rakyat di kompleks alamanda bersebelahan dengan bangunan Maybank.

peniaga kedai disitu mengadu hal berkenaan dengan bau busuk daripada tong sampah berdekatan dengan kedai kedai mereka yang tidak diselenggara dengan baik. Walaupun sampah sampahnya dikutip namun ianya tidak dikutip sehingga bersih. terdapat banyak sisa sisa sampah yang tinggal dan ianya dibiarkan sehingga sisa sisa tersebut berbau busuk dan dapat dihidu sehingga ke kedai kedai makan mereka.

Ini menyebabkan pelanggan pelanggan disitu merasa kurang senang dengan bau tersebut. begitu juga para pejalan kaki dan pengguna kenderaan yang parking dan melalui jalan di kawasan parking alamanda tersebut berasa kurang senang dengan bau yang menusuk hidung tersebut.

justeru PAS kawasan lipis berharap pihak ALAM FlORA dan Majlis Daerah Lipis dapat mengambil tindakan lanjut mengenainya..

Selasa, 21 Julai 2009

Golf Empang Jaleh Sukar Dipulih ?

3
Menurut seorang penceramah, Golf bagi beliau adalah Golongan Orang Lemah Fikiran. Hujah beliau, di bawah panas terik mentari, pemain golf begitu asyik memukul bola di tengah padang.  Bersukan atau berjemur ? Namun bagi mereka, bermain golf ada class ! Permainan ini memakan belanja besar. Berlatih di `driving range' kena bayar. Belum lagi dikira wang yang digunakan untuk membeli set kayu golf, bola golf  dan bayaran permainan.

Di Lipis, terdapat juga padang golf yang dikenali sebagai Kelab Golf Empang Jaleh. Golf  ini terletak 14 km dari bandar Kuala Lipis dan 7 km dari jalan utama (Lipis - Gua Musang). Dulunya, ia menawarkan permainan golf 18 dan 9 lubang.

Kami bersama pemuda Lipis telah membuat tinjauan untuk melihat sendiri projek sakit ini. Padang yang luas kini terbiar. Jika ia dijadikan kawasan pertanian atau perladangan, tentulah sudah memberikan hasil lumayan. Ini kerana, ladang sawit yang mengelilingi padang golf tersebut adalah begitu subur.

Di samping itu, rumah kelab yang didirikan di bahagian pintu masuk begitu terbiar. Banyak kemudahan yang sudah dirosakkan. Bangunan rumah kelab ini agak besar dan jika ia dijadikan tempat latihan seperti`marginal training' atau program bina ketahanan diri, tentu sudah ramai yang mendapat manfaat.

Kami yakin bahawa Golf Empang Jaleh ditutup kerana tidak mendapat pulangan atau dengan kata lain, mengalami kerugian.  Projek yang menggunakan wang rakyat tetapi tidak menguntungkan rakyat. Saya ingin mengakhiri tulisan ini dengan memetik komen seorang pemain golf tentang Golf Empang Jaleh (dipetik dari blog:ahmadatalib.blogspot.com):

I CAN'T imagine why anyone would want to play golf in the jungle of Kuala Lipis. It may be a novelty in the beginning, but it has apparently worn off. I stumbled upon this yesterday on my way from Kuala Lumpur to Kota Baru via the Gua Musang road.

The signage reads Empang Jaleh Golf Club, located within the Kuala Lipis district. If you take the Gua Musang road to the east coast, just before you reach Kg Bapong, about 290km from Kota Baru, you can't miss it.

The signage says the club is located 7km from the main road. I turned in feeling very curious every step of the way. If I'm a true golfer, I'd have been quite upset at what I saw.

If the club is built by the district office, I'd be even more upset, especially if it was constructed using the rakyat's money. I hope I'm wrong, and if so I readily apologise. Spread over a large area in the jungle (one chap told me it covers some 100 hectares), the club is said to be tendered out soon by the Kuala Lipis District Office.

Does this mean the District Office owns it? Much money must have been spent to construct roads to the club house and the 18-hole course. I've not been able to get any information on the golf club, except that everything has been cleared out except for the club house which have seen better days.

Rabu, 15 Julai 2009

Projek bermasalah di Chegar Perah

1
Pada bulan Jun 2009, bersama Pemuda PAS Lipis, kami berkesempatan melawat Kg. Chegar Perah. Kampung ini berjiran dengan Kg. Aur Gading dan Felda Chegar Perah. Dulunya, penduduk menggunakan keretapi untuk ke bandar Lipis atau ke Padang Tengku. Kini, sudah disediakan jalan kecil berturap samada melalui Bukit Betong atau Kg. Kechau Tui.

Mengikut seorang penduduk yang kami temui, kampung tersebut memerlukan perhatian dari wakil rakyat dan kerajaan. Kes yang kami lawati pada hari itu ialah sebuah rumah ibu tunggal yang dirombak oleh Umno bagi tujuan membina semula secara gotong-royong. Namun, selepas `sesi gotong-royong' tersiar di akhbar Sinar Harian, pembinaan rumah tersebut terbengkalai. Antara puncanya ialah peruntukan lambat diterima bagi membeli bahan-bahan binaan.

Projek bermasalah yang saya mahu nyatakan di sini ialah kemudahan bekalan air bersih bagi kampung tersebut. Menjelang PRU 12, pihak yang mendapat projek telah menjalankan kerja pemasangan paip air beserta meter di setiap rumah. Mereka menggunakan sumber air yang berpunca dari dalam tanah (ground water) di suatu tapak yang dipilih. Umno/Bn sendiri mempromosikan projek ini dan menjadikan ia bahan kempen sempena pilihan raya tersebut.

Namun, apa yang berlaku, projek ini terbengkalai (selepas siap). Penduduk menghadapi masalah untuk menggunakan air yang dibekalkan tanpa dirawat terlebih dahulu. Menurut penduduk, jika mereka mandi dengan menggunakan air tersebut, badan tidak selesa dan rambut menjadi `keras'. Masalah ini telah dikemukakan kepada pihak yang bertanggungjawab, namun belum ada tindakan pembetulan atau penambahbaikan dilakukan. Projek ini difahamkan menelan kos yang tinggi.

Saya telah merujuk kepada seorang ahli kimia, Prof. Md Pauzi Abdullah mengenai perkara ini. Menurut beliau, jika mahu menggunakan telaga atau air bawah tanah, tempat yang hendak digali atau digerudi perlu diselidiki dari segi kualiti air dan komponen logam yang terkandung dalam tanahnya. Katanya, jika di situ terdapat air jenis liat (hard water), pengguna akan mendapati sabun tidak berbuih sewaktu membasuh. Ini kerana, terdapat kandungan kalsium dan magnesium yang terlarut di dalam air tersebut.

Jika di dalam tanahnya mengandungi logam-logam atau mineral seperti besi dan Manganese, pengguna air akan mendapati badan mereka dilitupi oleh selaput yang berpunca dari mendakan seperti karat atau `stain'. Jika air itu digunakan untuk membasuh, kesan kotor ini akan jelas kelihatan pada pakaian.

Projek air yang bermasalah ini perlu diselesaikan. Wang rakyat telah habis digunakan. Apakah pihak yang menawarkan tender tidak membuat kajian kesesuaian tapak dan kualiti air bawah tanah sebelum memulakan projek ? Atau ada misteri lain yang perlu dibongkar ? Wahai YB dan bakal YB, turunlah ke kampung ini untuk mencari jalan penyelesaian.

Lemas dalam lautan janji

4
Syukur kepada Allah kerana DUN Manek Urai dapat dipertahankan oleh calon PAS dengan majoriti 65 undi. Pelbagai pihak akan membuat ulasan dan kesimpulan terhadap keputusan tersebut. Bagi pemimpin Bn, mereka mendakwa angin perubahan (wind of change) sedang bertiup kencang. Mereka juga mendakwa kepimpinan baru kerajaan dan parti mereka mula mendapat kepercayaan rakyat.

Bagi saya, keputusan tersebut menggambarkan betapa orang Melayu mudah lemas dalam lautan janji. Walaupun sejarah dan rekod mungkir janji Umno-Bn telah didedahkan, mereka masih boleh kelabu mata. Kali ini Bn menjanjikan Manek Urai sebagai anak emas (menerusi pakej kawasan angkat), jambatan besar dan berbagai kemudahan untuk rakyat.

Orang Melayu juga boleh rebah pegangan setelah dipukul oleh badai habuan yang datang mencurah. Bagi penoreh getah, pelbagai insentif dan bantuan dihulurkan sepanjang tempoh berkempen. Hatta, majlis penyerahan habuan itu diadakan dalam sebuah ladang getah, bukan di dewan orang ramai. Penduduk juga boleh beralih angin selepas menerima habuan kebendaan yang lain.

Sepanjang tempoh berkempen juga, Umno-Bn mendodoi pengundi Melayu dengan pelbagai slogan yang menyenangkan. Contohnya, mereka berpantun: Pok amai-amai, belalang kupu-kupu, Undi Bn ramai-ramai, senang anak cucu. Begitu juga mereka mempopularkan slogan `Bn mene, rakyat sene' (Bn menang, rakyat hidup senang'. Awas,  jangan termakan slogan. Bn bukanlah penentu rezeki anak cucu. Jangan lupa kepada Yang Maha Pemberi Rezeki.

Slogan

Selasa, 14 Julai 2009

Rakyat dan sisa buangan

0
SampahMelihat gambar timbunan sampah di Sg. Sabai, Kuala Kalumpang, Selangor yang tertera di utusan online, mendorong saya untuk merenung sejenak perihal rakyat dan sisa buangan. Terdapat dua kategori utama bahan buangan. Pertama, sisa domestik yang boleh dilupuskan di tapak pelupusan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Kedua, buangan terjadual yang terdiri daripada sisa merbahaya dan hanya dilupuskan di tapak yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar seperti di Kualiti Alam, Negeri Sembilan.

Islam amat mementingkan kebersihan. Ia diletakkan sebagai sebahagian dari iman. Dalam isu sisa buangan ini, jangan terlalu awal menuding jari kepada pihak lain. Kita, ahli keluarga dan masyarakat boleh memainkan peranan masing-masing. Di jalan raya, kita masih melihat pemandu dan penumpang membuang sampah di atas jalan. Di masjid, selepas menggunakan air masjid secara percuma, kita sering melihat lampin terpakai ditinggalkan di dalam bilik air. Sangat jijik perilaku orang Islam  kini.

Saya pernah berhenti rehat di Pusat Rekreasi Sungai Yu, Kuala Lipis. Begitu juga pernah  mandi bersama keluarga di sungai Empang Jaleh. Tempat itu menjadi kotor kerana sampah dibuang di merata tempat. Kebersihan alam tercemar angkara perbuatan kita sendiri. Jika di sana tiada kemudahan pengutip sampah, buangan tersebut sepatutnya kita kumpulkan dan bawa balik untuk dibuang ke dalam tong yang disediakan (akan dikutip oleh pekerja Alam Flora atau pihak berkuasa tempatan-PBT).

Dengan pertambahan penduduk dan industri, kuantiti sampah kini meningkat dengan mendadak. Semasa saya bertugas di Kawasan Perindustrian Kechau Tui, Lipis, kami menghadapi masalah pelupusan buangan. Bagi buangan domestik, PBT tidak mampu menyediakan tapak pelupusan yang mempunyai sistem kawalan pencemaran kerana kekurangan peruntukan. Sampah hanya dibuang di sebuah lembah di Kechau Mas, yang diluluskan oleh PBT. Buangan terjadual yang tidak boleh dikitar semula, terpaksa dihantar ke Kualiti Alam, Negeri Sembilan dengan kos pelupusan yang mahal. Bos agak liat untuk meluluskan penghantaran atas faktor kewangan syarikat.

Kempen kitar semula telah lama dilakukan. Namun, kita masih belum serius mengamalkannya. Terdapat juga buangan yang boleh digunakan semula. Manfaatkan buangan tersebut dan bukan sekadar membuang sebagai sampah. Di negara maju, terdapat galakan membawa bakul atau bekas barangan dari rumah semasa ke pasaraya, bagi mengurangkan penggunaan plastik.

Di atas semangat kebersihan adalah sebahagian dari iman dan mematuhi firman Allah supaya tidak melakukan kerosakan di muka bumi, marilah kita berusaha menjadikan alam sekitar kita sentiasa bersih, segar dan kondusif. Usah jadikan bumi ini tercemar dan tidak mampu lagi dihuni oleh hidupan seperti di planet-planet lain.

Ahad, 12 Julai 2009

Bulan terang di Tempoyang

2
Kuliah aqidah di Markaz Tempoyang pada malam tadi mendapat sambutan yang membanggakan. Tuan guru, Ustaz Junaidi turut bersemangat menyampaikan kupasan kitab `Muqaddimah Aqidah Muslimin'. Ia merupakan program bulanan, pada minggu ke 2, setiap hari Sabtu, bermula dengan solat Maghrib berjemaah.

Tajuk perbincangan semalam adalah berdasarkan bab `Perkara-Perkara Yang Membatalkan Dua Kalimah Syahadah', sebab ke 2 iaitu tidak mengakui nikmat zahir dan batin adalah kurniaan Allah SWT. Menurut Ustaz Junaidi, antara contoh nikmat zahir itu ialah diberi peluang untuk hidup dan panjang umur. Manakala contoh nikmat batin ialah kurniaan akal dan nikmat Iman.

Beliau turut mengupas fenomena hari ini termasuk dalam berkempen di PRK Manek Urai, di mana manusia mempromosikan sumbangan dari kerajaan dan sesama manusia. Hakikatnya, ia adalah nikmat pemberian Allah. Jasa dan nikmat Tuhan adalah tidak terhitung, namun manusia mudah lupa.

Beliau turut mengupas firman Allah dalam surah al-Qasas, ayat 76-78 mengenai kisah Qarun. Qarun mendakwa kekayaan miliknya adalah hasil ilmu yang ada padanya. Sehingga ada di kalangan pengikut Nabi Musa merasa ingin kaya seperti Qarun. Lantas, Allah tunjukkan bagaimana Qarun ditelan oleh bumi di depan mata mereka.

Mengikut tafsir, pada hari kejadian, Qarun telah mencabar Nabi Musa untuk membuktikan siapakah yang benar. Masing-masing telah berdoa kepada Tuhan. Doa Qarun tidak diterima, manakala doa Nabi Musa telah makbul dan tubuh Qarun mula ditelan oleh bumi sedikit demi sedikit sehingga lenyap bersama harta-hartanya.

Mengenai peristiwa ini, Ustaz Junaidi menjelaskan bahawa tak usah kita hairan jika pihak lawan pun membaca Yaasin dan berdoa kepada Allah termasuk di PRK Manek Urai. Qarun pun berdoa. Kebenaran Islam adalah berdasarkan kepada hujah dan bukan faktor-faktor harta, jawatan dan kekuasaan.

Tempoyang

Rabu, 8 Julai 2009

Tawaran bonus ibadah

0
Alhamdulilllah, kita kini berada pada rangkaian Rejab-Syaaban-Ramadhan. Bulan-bulan yang Rasulullah SAW menggandakan amal ibadah dan meningkatkan pengabdian kepada Allah. Semasa solat Zohor di Surau Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET) di Bangi semalan, seorang ustaz yang menyampaikan kuliah Zohor turut mengingatkan perkara yang sama. Usahakan berpuasa sunat, lebih-lebih lagi dapat temankan isteri tersayang jika dia masih belum selesai mengqada' puasa wajib yang lepas. Banyakkan membaca al-Quran dan berzikir. Mulakan sekarang tanpa menunggu saat kemuncak bonus ibadah di bulan Ramadhan nanti.

PAS Kawasan Lipis pada tahun ini bercadang meneruskan program-program kebajikan dan penghayatan ibadah di sepanjang Ramadhan 1430. Antara yang sedang dirancang ialah menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, tahlil Ramadhan, moreh, tazkirah dan lain-lain program berbentuk Ihya' Ramadhan. Dengan itu, kami menyeru kepada anda yang ingin menghulurkan infak atau menaja tahlil atau moreh, supaya menghubungi kepimpinan PAS Lipis mulai sekarang. Kami juga menghargai pemberian makluman mengenai golongan yang layak diberikan bantuan yang berada di tempat tinggal anda atau di seluruh pelusuk Parlimen Lipis.

Walaupun dalam Ceramah PRK di Manek Urai, Umno terus mengelirukan rakyat bahawa PAS berterusan `minta duit' dari orang ramai, tentunya kita telah sedia faham. Derma atau infak adalah antara galakan ajaran agama kita. Duit yang ada di tangan kita, hanyalah amanah. Tetapi duit yang kita dermakan terutama sedekah jariah membolehkan kita mendapat pahala yang berterusan. Semoga dengan sedikit pahala tersebut boleh menjadi visa untuk memasuki syurga Allah, yang nikmatnya tidak pernah dipandang mata, didengar telinga atau difikirkan oleh lamunan kita semua. Moh ! Kita berinfak bersama jamaah Islam ... Takbir

Khamis, 2 Julai 2009

Di sebalik runtuhan tebing Sg. Kerpan, Lipis

0
Runtuhan cerun jalan, yang juga tebing Sg. Kerpan, Lipis telah lama berlaku. Ia bermula selepas kerja-kerja menggantikan paip air lama setahun yang lalu. Diikuti dengan kedatangan musim tengkujuh pada tahun 2008, yang membawa kepada kejadian tanah runtuh yang teruk.

Di sebalik runtuhan tebing tersebut, terdapat satu keruntuhan yang lebih besar. Ia melibatkan keruntuhan nilai dan tamadun kemanusiaan. Akhbar harian pada minggu ini melaporkan bahawa seorang pelajar dirogol oleh bapa tirinya dalam semak di Sg. Kerpan, Lipis. Bapa haruan itu dalam perjalanan untuk menghantar pelajar tersebut ke asrama. Namun, nafsu kebinatangan telah menodai kesucian seorang gadis pada siang hari (waktu petang).

Sumbang mahram kian meningkat. Jenayah seksual masih berterusan. Perkara ini amat membimbangkan. Namun, sekadar menjadi pemerhati dan pengkritik tidak memadai. Setiap individu dalam masyarakat perlu memainkan peranan. Fenomena jenayah ini adalah suatu petanda gersangnya nilai iman. Hidup bertunjangkan nafsu dan keseronokan.

Gerakan Islam seperti PAS perlu tampil memimpin perubahan. Usahlah menunggu sehingga rakyat berikan mandat memerintah untuk memulakan tindakan. Masyarakat perlu dibimbing ke jalan yang lurus. Dalam politik, PAS telah menuntut sebuah pemerintahan yang adil. PAS turut menentang PPSMI demi kelangsungan pendidikan anak bangsa. Parti juga menuntut pemansuhan akta-akta zalim seperti ISA. Menerusi Amal Malaysia, misi kemanusiaan dihulurkan.

Namun, program-program dakwah umum dan pemantapan institusi kekeluargaan belum begitu menonjol.  Inilah cabaran kepada PAS dan semua ahlinya untuk membuktikan bahawa tugas amal makruf dan nahi mungkar adalah diutamakan. Tugas kita adalah melakukan kerja agama. Allah SWT yang akan memberikan hidayah kepada hamba-hambanya.

Rabu, 1 Julai 2009

Antara itik dan telor - mana nak diutamakan ?

0
Semasa belajar di sekolah Arab dulu, saya berkesempatan belajar ilmu mantik (ilmu logik). Jika berhujah dengan ilmu ini, lawan boleh terpukul (akan kelu seribu bahasa). Penggunaan kiasan dan perumpamaan pula, membolehkan pendakwah menegur tanpa melukakan hati mad'ul (dakwah dengan hikmah). Maklumlah kita berhadapan dengan pelbagai lapisan dan latar belakang rakyat.

Pernah dalam satu ceramah, Tok Guru ditanya oleh seorang peserta. Kenapa Islam tak benarkan makan daging penyu, sedangkan telornya boleh dimakan ? Tok Guru menjawab secara perbandingan dan ia merupakan jawapan yang boleh diterima akal. Kata Tok Guru, kita susui ibu sewaktu kecil tapi haram kita memakan daging manusia.

Semasa saya cadangkan program dalaman (seminar dan kursus) untuk ahli parti, ada juga di kalangan sahabat lama yang menolaknya. Hujahnya, dah banyak program sebegini dianjurkan tapi hasil tak seberapa. Habiskan duit je !. Tumpukan sahaja program luaran (turun terus ke medan).

Dalam hal ini, saya suka merujuk kisah itik dan telor. Ramai penternak utamakan telor. Mereka mahukan telor yang banyak dan berterusan. Kalau boleh, itik-itik mereka asyik bertelor sahaja. Satu aspek yang kurang diberikan tumpuan ialah keperluan itik tersebut supaya ia mampu bertelor lebih. Ia perlu diberikan makanan yang berzat. Tahap kebersihan air perlu dijaga. Jika sakit, perlu diubati.

Begitulah kita sebagai petugas parti. Untuk pastikan tugas dapat disempurnakan dengan berkesan, ilmu dan kemahiran perlu diberikan secara berterusan. Maka, program dalaman adalah satu bentuk pelaburan. Untuk itu, kami menjemput para sahabat untuk hadir ke seminar penerangan PAS Lipis  bersama YB Dr Dzul dan Timbalan Presiden ANAK pada 18 Julai 2009 di Dewan Pejabat Bandar Baru Lipis. Juga, jangan lupa Munaqasah Ucapan Dasar di KIAS anjuran BPPNP pada 25 Julai 2009. Jumpa di sana...

Khamis, 25 Jun 2009

3 pimpinan Umno tumbang di tepi jalan

0
Kontijen PAS Pahang Barat (Raub-Cameron Highlands-Lipis) telah digantikan dengan gelombang baru di Manek Urai. Kami kembali semula ke Pahang untuk meneruskan tugas-tugas jemaah di kawasan masing-masing. Dalam perjalanan pulang, kami nampak beberapa papan kempen `gergasi' Umno tersungkur di tepi jalan. Alahai... kesiannya. Padanya tertera gambar Tok Jib-TS Muhyiddin-Tok Pa. Papan besar tersebut baru 2 hari dipasang oleh petugas Bn. Berderetan di sepanjang jalan besar dari Laloh ke Kuala Krai. Ada di kiri-kanan dan juga di simpang jalan.  "Rakyat Didahulukan, Manek Urai Diutamakan" - begitulah bunyi slogan yang tertera.  Semacam tak di restu oleh bumi. Ia tumbang selepas hujan.

Sebelum ini Umno-Bn menyifatkan bahawa PRK sebagai membazir. Namun, yang jelas di Manek Urai, mereka yang menabur banyak duit untuk memikat hati pengundi. Jumlah bendera mereka banyak. Saiz banner dan billboard adalah besar dan berwarna warni. Kontraktor dan anak-anak muda mendapat habuan `upah' memasang bahan-bahan kempen tersebut. 

Slogan 1 Malaysia dibuang begitu saja oleh penceramah Umno ketika berkempen kepada orang-orang kampung. Mereka masih mengamalkan politik lama yang berteraskan ugutan. Seorang penceramah wanita dari Perhubungan Umno (memperkenalkan diri sebagai Cikgu Norhayati Yaakob) berkata hanya Umno yang boleh selamatkan Melayu. Lantas dia menakutkan orang kampung bahawa `orang kito' disembelih oleh kaum lain di Malaysia Barat. Apakah ini bukan suatu hasutan ? Harap SB dapat hantar laporan untuk tindakan selanjutnya.

Dalam ceramahnya juga, Cikgu Yati (mendakwa bekas ahli PAS) meminta supaya Tok Guru Nik Aziz tumpukan kepada mengajar agama, bukan sibuk berpolitik. Beri jawatan MB kepada orang lain. Oleh kerana Tok Guru `tinggal' tugas mengajar agama, maka banyak berlaku jenayah di Kelantan. Nampak sangat orang Umno masih memisahkan politik dan agama. Kepada Cikgu Yati, awak sendiri pun tak usahlah sibuk ceramah politik. Awak tu cikgu. Buka kelas tambahan kepada murid-murid. Kalau nak jumpa juga dengan orang kampung, buka je kelas dewasa. Baru bertepatan dengan `nasihat' awak kepada Tok Guru Nik Aziz.

Selasa, 23 Jun 2009

Tarbiah siasah di medan Manek Urai

0
Syukur kepada Allah yang masih menghidupkan kita semua. Kini, sudah 5 hari kami diberikan kesempatan bertugas di Manek Urai. Berguru secara langsung dengan orang-orang Kelantan yang diakui bijak mengendalikan kerja-kerja pilihan raya. Saya begitu kagum dengan Penghulu yang mengenali setiap isi rumah di kampung-kampung di bawah jagaannya. Peta lokaliti adalah lengkap. Culaan dibuat dengan dengan menyeluruh. Kerja-kerja kempen lebih berfokus kepada sasaran.

Bergaul dengan YB-YB Kerajaan Kelantan juga meninggalkan banyak kesan. Tok Guru berjaya melahirkan pimpinan yang bukan sahaja mesra rakyat tetapi rapat dengan Allah. Setiap kali ke masjid untuk qiamullail, saya dapati bahawa YB adalah antara orang yang sedang bermunajat. Mereka menunjukkan contoh. Mereka boleh menyampaikan kuliah dan menjadi imam sembahyang walaupun bukan seorang lulusan agama. Bacaan al-Quran juga bagus dari segi tajwidnya. Kuliah-kuliah Maghrib dan Subuh yang disampaikan termasuk dari kalangan pimpinan PAS Pahang begitu menyentuh jiwa. Kami kini semacam berada di sebuah madrasah tarbiah siasah.

Gerak kerja awal bertemu dengan para pengundi diteruskan oleh PR dan Bn. Seperti biasa Bn menawarkan janji pembangunan. Mereka tawarkan jambatan walaupun jambatan Sultan Yahya Petra ke 2 yang dijanjikan semasa PRK Pengkalan Pasir belum ditunaikan. Hanya `signboard' usang yang kelihatan di Kota Bharu. Mereka juga membawa slogan `pade doh 18 tahun' PAS memerintah Kelantan. Bagi Speaker Kelantan, YB Nasaruddin, 18 tahun jika dibandingkan dengan manusia, merupakan umur yang sangat muda. Berbanding dengan Bn yang sudah memerintah selama 52 tahun di Pusat - sudah terlalu lama. Umno juga menampal risalah di sana sini berhubung dengan kerjasama dengan orang kafir. Mereka mendakwa pimpinan PAS berbohong. Dulu kata tak boleh, kini boleh. Begitulah Umno yang suka membangkitkan `fitnah yang sedang tidur'. Mereka perlu belajar agama tentang siasah syariyyah dan tahaluf  siasi sebelum cuba menjadi `pejuang agama'.

Ahad, 21 Jun 2009

Sentuhan mesra di Manek Urai

0
Kami kini berada di Manek Urai. Hadir sebagai petugas kempen sebagaimana yang diarahkan oleh pimpinan parti. Dalam perjalanan, saya menceritakan perihal seorang timbalan menteri kabinet Bn yang datang menoreh getah di Manek Urai untuk menunjukkan bahawa Umno mesra rakyat. Jawab seorang aktivis, apa perlu seorang Pak Menteri turun menoreh. Tugas mereka yang lebih aula pada waktu ini ialah membantu rakyat dengan menurunkan harga barang. Bukan turun berlakon.

Kami sampai di Manek Urai dengan disambut oleh petugas lain yang lebih awal tiba. Perang bendera sudah bermula. Apa yang menarik dalam kempen PRK kali ini ialah kedua-dua belah pihak ingin bermesra dengan pengundi. Seorang aktivis setempat mengingatkan kami supaya tidak lagi `memerah limau' ke atas orang-orang Umno. Mereka telah cukup pedih. Yang mereka perlukan sekarang ialah sentuhan untuk mendekatkan mereka kepada perjuangan Islam.

Usah lagi menggunakan sumpah seranah dan kata nista. Jangan gunakan strategi kekerasan dan pertembungan. Mereka adalah sasaran dakwah yang perlu didekati, bukan dijauhi. Pengundi lebih senang dengan jalinan ukhuwah yang hangat dan matang. Mereka akan membuat pilihan yang bijak pada hari pembuangan undi tanpa ugutan dan tekanan.

Kami sebagai petugas awal diarahkan menyediakan keperluan-keperluan yang bakal digunakan oleh para petugas yang akan datang kemudian. Kami bergotong royong di markas, menyediakan penunjuk arah dan mengenal pasti rumah-rumah penduduk setempat. Di masjid, program-program disusun supaya ia hidup. Kuliah Maghrib, qiamullail dan tazkirah Subuh dijalankan di kalangan petugas yang kian bertambah.

Di kalangan muslimat, mereka mengadakan ziarah, munajat dan bacaan Yaasin. Selepas majlis, mereka berpelukan dengan penuh semangat kekeluargaan. Ada di kalangan penduduk yang begitu tersentuh dengan belaian tersebut dan menitiskan air mata. Semoga para pengundi lembut hati untuk memilih calon PAS. Kami para petugas akan pastikan mereka akan `menoreh' Umno dengan luka yang parah.

Jumaat, 19 Jun 2009

Manfaatkan hasil bumi untuk rakyat

0
Rakyat di negeri Pahang diseru supaya membuat penilaian terhadap prestasi kerajaan Bn yang telah memerintah negeri ini sejak 52 tahun yang lalu. Demikian seruan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal sewaktu berceramah di Kg. Telok Gunung. Beliau mempersoalkan sejauh manakah kebijaksanaan para pemimpin tersebut dalam menguruskan khazanah dan hasil bumi.

Katanya, negeri ini mempunyai kekayaan balak dan bijih emas namun ia tidak memberikan kesejahteraan yang ketara kepada rakyat. Tambah malang lagi, kerajaan negeri Pahang kini telah diarahkan oleh mahkamah supaya membayar saman ganti rugi kepada sebuah syarikat pembalakan dan rakyat akan menanggung beban bayaran tersebut.

Sementara itu, Pemuda PAS Lipis telah membuat beberapa tinjauan berdasarkan aduan rakyat. Di Empang Jaleh, Kuala Lipis didapati kerja-kerja mengeluarkan balak sedang rancak dilakukan. Terdapat timbunan kayu balak yang sedia untuk dibawa keluar (rujuk gambar). Sementara itu, di Kg. Chegar Perah, Kuala Lipis dikatakan terdapat usaha oleh pihak tertentu untuk mengeluarkan balak di kawasan penempatan PPRT.

Sejauh manakah rakyat telah mendapat manfaat dari projek pembalakan dan perlombongan emas di negeri Pahang ? Para pemimpin tertentu diingatkan supaya jangan terlalu rakus mengumpul kekayaan dengan melupakan rakyat  yang masih  miskin dan memerlukan. Rakyat juga tidak perlu bimbang untuk menukar kerajaan supaya khazanah alam dan hasil bumi dapat diuruskan secara bijaksana untuk kebaikan semua.

Balak

Khamis, 18 Jun 2009

PAS Lipis Sampaikan Khairat Kematian

0
Majlis menyampaikan sumbangan wang khairat kematian kepada waris almarhum Hj. Abu Hassan Mohamed telah disempurnakan oleh YDP PAS Lipis, Ustaz Hj. Ishak Sat. Penyampaian telah dilakukan sebaik sahaja selesai menguruskan pengkebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kg. Relong.

Sumbangan pendahuluan tersebut diterima sendiri oleh balu almarhum dan diperhatikan oleh anak-anak beliau. Wang khairat kematian adalah manfaat daripada Skim Takaful Berkelompok yang diuruskan oleh Badan Perhubungan PAS Pahang dengan kerjasama Takaful Etiqa. Ia merupakan sebahagian daripada program kebajikan yang boleh disertai oleh ahli mahupun bukan ahli PAS.

Takafulabu

PAS Kawasan Parlimen Lipis ingin merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarham Hj. Abu Hassan Mohamed. Semoga tabah menghadapi sedikit ujian daripada Allah Azza Wajalla. Al-Fatihah.

Selamat Jalan Saudaraku Hj. Abu Hassan

9
AbuHassanJenazah almarhum Hj. Abu Hassan Mohamed (1952-2009) telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Relong, Kuala Lipis pada 11.30 pagi (18. 06. 09).  Tazkirah dan talkin telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau mengingatkan semua yang hadir bahawa kematian bukanlah kesudahan penghidupan. Ia merupakan satu proses perpindahan dari alam dunia ke alam barzakh.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim juga meminta kepada semua yang hadir supaya mengambil iktibar bahawa jasad setiap kita juga akan dikebumikan pada suatu hari nanti. Maka, kita perlu membuat persediaan untuk menghadapi saat tersebut dengan melakukan amal soleh.

Terdahulu, jenazah telah disembahyangkan di rumah almarhum Hj. Abu Hassan pada pukul 10.30 pagi, yang diimamkan oleh Ketua Urusan Ulama', Ustaz Hj. Muhyiddin. Turut hadir ialah Setiausaha Badan Perhubungan, Roslan Zainal, Setiausaha Pemuda, Ustaz Junaidi dan tokoh korporat Dr. Abdul Wahab. Turut serta menyembahyangkan jenazah ialah YDP PAS Lipis, Ust. Ishak Sat; YDP PAS Cameron Highlands, Ustaz Ahmad Ludin dan YDP PAS Raub, Dr. Mohamad Nilam.

PAS Kawasan Parlimen Lipis telah kehilangan seorang aktivis yang gigih dan komited dalam perjuangan Islam. Semoga rohnya berbahagia di sisi Allah di alam persinggahan. Selamat jalan saudaraku.... Al-Fatihah.

SU PAS Lipis Kembali Ke Rahmatullah

0
Setiausaha PAS Kawasan Parlimen Lipis, Allahyarham Hj. Abu Hassan Hj Mohamed, 57, telah kembali ke rahmatullah malam tadi (17 Jun 2009). Mengikut maklumat yang diterima, beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Daerah Lipis selepas mengadu sakit dada. Al-fatihah.

Beliau dilahirkan pada 8 Julai 1952 dan kembali menetap di Kg. Relong, Kuala Lipis selepas bersara dari RTM pada tahun 2004. Allahyarham kemudiannya menjalankan perniagaan sendiri sebagai agen takaful (Agensi Ar-Rawa) di bangunan MARA, bersebelahan stesen keretapi Kuala Lipis.

Antara program parti terakhir bersama beliau ialah menghadiri Mesyuarat PAS Kawasan Parlimen Lipis pada 13 Jun 2009. Terdahulu, kami bersama beliau menjalankan usrah di Kg. Tain/Petola, Kuala Lipis. Semasa sesi taaruf, Allahyarham memakmumkan bahawa beliau mempunyai 4 orang cahaya mata.

Pada waktu Zohor semalam, beliau menunaikan solat berjamaah di Madrasatul Firdaus (Masjid Lama Kuala Lipis). Beliau kelihatan sihat dan memaklumkan kepada saya untuk menguruskan kebenaran polis (permit) bagi ceramah Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Kg. Telok Gunung pada hari ini (18 Jun 2009).

Saya sempat hadir ke pejabat beliau di bangunan MARA. Beliau mahu memberikan perisian jawi tetapi saya tidak membawa Pendrive. Beliau menunjukkan kepada saya slogan `Islam Memimpin Perubahan' yang telah ditaip dengan menggunakan tulisan jawi. Tiada tanda-tanda bahawa beliau akan meninggalkan kami.

Selepas solat Isyak, kami dikejutkan dengan deringan telefon dan SMS dari ahli keluarga beliau dan para sahabat seperjuangan, yang memaklumkan bahawa beliau baru sahaja dijemput mengadap ke hadrat Ilahi. Inna lillahi Wa  Inna Ilaihi Rajiuun. Kami bersegera ke hospital. Dalam perjalanan, seorang sahabat memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke rumahnya di Kg. Relong.

Bersama sanak-saudara, para penduduk dan hadirin-hadirat, majlis bacaan Yaasin dan tahlil telah disempurnakan di rumah beliau pada malam tadi. Saya sempat melihat wajahnya yang tenang. Semoga Allah SWT menempatkan rohnya bersama para syuhada' dan golongan solihin. Amim ! Ya Rabbal 'Alamin.

Jumaat, 12 Jun 2009

Memastikan Umno terburai di Manek Urai

0
Selepas tewas di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Umno kini dikatakan sedang menyusun strategi baru untuk memenangi hati pengundi di Manek Urai. Mereka sanggup berubah menjadi `khadam' rakyat. Menerusi slogan `KBSM' mereka akan muncul bersama rakyat sekiranya ada kenduri (K), bersalin (B), sakit (S) dan mati (M). Kesungguhan mereka meliputi semua waktu samada pagi-petang dan siang-malam.

Ketua Dewan Ulama' PAS, YB Dato' Harun Taib mengingatkan petugas PAS/PR supaya tidak berputus harap dalam meraih undi daripada orang-orang Umno. Beliau sempat berkongsi beberapa cerita di Stadium Malawati tempoh hari. Pertama, perihal seorang wanita umno yang tegar. Hidup-mati bersama parti dacing dan keris. Namun, kesungguhan wakil PAS telah berjaya mendapat satu undi dari wanita tersebut dengan hanya melemparkan senyuman sewaktu bertemu di pintu masuk tempat mengundi.

Kedua, perihal seorang pak cik yang boleh dianggap sebagai Umno totok. Hatinya sebiru dacing. Jika ada perayu undi PAS datang ke rumahnya, lantas ditutup pintu. Tak beri peluang ! Namun, ada petugas PAS yang bersungguh. Beliau nampak di hadapan rumah pak cik tersebut terdapat pohon nangka yang sedang berbuah. Masih muda lagi. Datanglah beliau ke rumah pak cik dan memberitahu bahawa dia  hendak membeli buah nangka tersebut setelah masak nanti.

Selang seminggu datang lagi. Nangka memang belum masak tapi puji pak cik bahawa baka nangkanya adalah baik. Jangan lupa untuk beritahu bila sudah masak. Beberapa minggu kemudian datang lagi. Kali ini, pak cik dah tak berbulu dengan aktivis PAS. Pintu rumah di buka dan dibuat kopi. Menurut pembawa cerita, sementara menunggu tempoh nangka masak, pak cik telah terbuka hati untuk masuk PAS.

Medan di Manek Urai adalah terbuka kepada bakal YB. Segala ramuan perlu diadun bagi memikat selera pengundi. Misi besar PR ialah memastikan Umno terburai di Manek Urai dengan score card 6 - 0. Insya'allah.

Kuliah/Ceramah Setempat

0
Berikut adalah beberapa program kuliah/ceramah setempat di Parlimen Lipis & Cameron Highlands. Anda dijemput hadir dan tolong hebahkan:

1] Kuliah aqidah bulanan oleh Ust. Junaidi di Markas Tempoyang, Lipis pada 13 Jun 2009, mulai solat Maghrib. Kitab: Muqaddimah Aqidah Muslimin.

2] Kuliah tajwid mingguan oleh Ust. Abd. Rahman di Markas Bapong (hari Khamis) dan di Markas Berchang (hari Sabtu). Kuliah bermula selepas solat Maghrib.

3] Ceramah umum oleh Sdr. Mohamad Sabu di Markas Sg. Koyan Satu pada 13 Jun 2009, selepas Isyak. Jamuan makan tengahari di Darul Hidayah pada hari yang sama.

4] Ceramah perdana oleh Ybh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Sdr. Roslan Zainal al-Ahmadi di Kg. Telok Gunung (berhampiran markas PAS) pada 18 Jun 2009, selepas Isyak.

Sila hadir hadir beramai-ramai. Wassalam.

Sabtu, 6 Jun 2009

Bersolat di negeri maju

0
Sempena muktamar PAS ke 55 dari 5 - 7 Jun 2009, kami menginap di Seksyen 13, Shah Alam. Pada keheningan pagi 5 Jun, kami berjalan kaki menuju ke Surau Munawwarah pada jam 5.30 pagi. Sudah ramai ahli jamaah yang sedang menunggu azan subuh. Terdapat ramai juga musafir lain yang menjadikan surau tersebut sebagai tempat berehat (tidur). Saya dapati ada yang tidak menjaga adab-adab tidur di rumah Allah. Alas tidak digunakan dan mereka tidur tanpa berbaju di atas karpet surau. Saya sempat mengejutkan beberapa orang yang masih belum terjaga.

Surau Munawwarah telah dinaikkan taraf menjadi tempat mendirikan solat Jumaat. Dewan solat utama dilengkapi dengan penghawa dingin. Pagi itu, imam membacakan surah as-Sajadah. Dalam tempoh solat Subuh yang panjang tersebut, 3 kali konsentrasi solat terganggu dengan deringan panggilan telefon bimbit. Papan tanda matikan handphone tertera jelas. Namun, kenapakah mereka ini tidak boleh tinggalkan sejenak handphone sewaktu mengadap Ilahi ?

Kemudiannya, kami ke Stadium Malawati untuk mengikuti Ucapan Dasar dan perasmian Muktamar ke 55. Saya agak kagum dengan kemampuan Tuan Guru Presiden yang menyampaikan ucapan dasar selama 1 jam 20 minit yang bertema Islam Memimpin Perubahan. Satu tempoh yang agak lama dan beliau mampu sempurnakan ucapan tersebut dengan penuh bersemangat.

Kami kembali semula ke Surau Munawwarah untuk Solat Jumaat. Jemaah yang hadir melimpah ruah. Sehinggakan air tidak mencukupi terutama di tandas dan tempat wudhuk. Dalam keterbatasan itu, kami teruja dengan khutbah yang disampaikan sendiri oleh Exco Kanan Kerajaan Selangor, Dato' Dr Hassan Ali. Intipati penting khutbah ialah mengajak semua yang hadir supaya mencintai Allah, Rasul dan Berjihad melebihi kecintaan yang lain seperti kecintaan terhadap keluarga, harta dan lain-lain.

Selepas sesi petang muktamar, kami bergerak ke Seksyen 7 pada jam 6.30 petang. Badan Perhubungan PAS Selangor mengadakan majlis makan malam di kediaman rasmi Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Dalam perjalanan itu, kereta kami hampir dilanggar oleh sebuah kereta lain di sebuah roundabout. Syukur, Allah selamatkan kami. Kami tiba beberapa minit sebelum azan Maghrib. Kami bersolat Maghrib Isyak di surau yang turut dibina di kediaman rasmi tersebut. Surau itu juga berhawa dingin.

Kediaman rasmi Menteri Besar terletak di atas bukit. Kami boleh memandang panorama bandaraya Shah Alam. Kemudiannya, kami masuk ke Dewan Megawati, tempat jamuan diadakan. Tan Sri Khalid bermurah hati menyediakan makan malam berlauk daging rusa. Semasa ucapan aluan, Timbalan Presiden berseloroh bahawa sebelum ini kecoh semasa Tan Sri agihkan lembu korban. Harapnya, daging rusa yang dihidangkan kepada perwakilan muktamar tidak menjadi isu politik.

Di negeri maju seperti Selangor, kemudahan solat yang disediakan adalah bertaraf 5 bintang. Namun, usaha perlu digerakkan supaya surau dan masjid diimarahkan. Semua perlu memainkan peranan dalam usaha menyedarkan penduduk di negeri maju ini dan juga di tempat lain supaya rumah Allah sentiasa makmur dan ramai para jamaahnya.

Jumaat, 5 Jun 2009

Forum di perkarangan stadium

0
Sempena Muktamar ke 55, satu forum agama telah diadakan di perkarangan Stadium Malawati, Shah Alam pada 4 Jun 2009. Forum yang bertajuk `Islam Memimpin Perubahan' membariskan 3 panel iaitu Ustaz Nik Zawawi Salleh, YB Khalil Idham Lim dan YB Dato' Dr. Hassan Ali.

Selaku ahli panel yang pertama, Ustaz Nik Zawawi menegaskan bahawa ideologi ciptaan manusia tidak menjamin kesejahteraan sebenar. Tambahan pula, tiada ideologi yang benar-benar mampu menyelesaikan semua masalah manusia. Manusia diciptakan oleh Allah. Maka, Allah juga yang tunjukkan penyelesaian terhadap masalah manusia dengan sistem Islam.

Tambah beliau, sistem Islam menyelesaikan masalah manusia dengan hebat. Di kala wanita di pandang rendah, Islam mengangkat martabat wanita. Ketika manusia membezakan darjat, Islam menegaskan bahawa orang yang terbaik di sisi Allah ialah mereka yang bertaqwa, samada orang miskin atau kaya.

Ahli panel ke-2, YB Khalil Idham Lim melahirkan rasa syukur kerana kita tidak memilih bangsa sebagai asas perjuangan. Beliau menegaskan, walaupun seseorang itu berbangsa Arab seperti Nabi Muhammad SAW, tetapi jika menolak Islam, mereka tidak selamat. Beliau menyindir golongan yang mendakwa Melayu itu Islam sedangkan terdapat ramai orang Melayu yang tidak amalkan ajaran Islam.

Ahli panel ke 3, menyifatkan bahawa Malaysia mempunyai sumber yang terbaik untuk laksanakan Islam. Ada ramai mufti dan banyak jabatan agama. Di negara besar seperti Mesir dan Saudi, hanya mempunyai seorang mufti. Di Malaysia, terdapat 14 orang mufti. Namun, oleh kerana sebelum ini mereka yang diberikan kuasa tidak berhasrat mendaulatkan Islam, pencapaian Islam tidak membanggakan, Katanya, Selangor kini sedang menggerakkan semua institusi agama termasuk menggandakan usaha bagi memakmurkan sepenuhnya masjid-surau.

Khamis, 4 Jun 2009

Bermuhasabah di Stadium Malawati

0
Bersama dengan perwakilan, kami berkereta meninggalkan bandar Lipis pada jam 2.15 petang. Sebaik sahaja memasuki daerah Gombak, bendera PAS dilihat mewarnai tiang-tiang elektrik di sepanjang jalan. Kami memilih untuk melalui jalan Kg. Melayu Subang, sebelum tiba di Stadium Shah Alam pada jam 5.15 petang menerusi tol Bukit Jelutong.

Dengan bantuan dari petugas Amal, kami mendaftar dan mendapatkan pas rasmi Muktamar ke 55. Mesra dan lancar. Kesempatan masa yang masih banyak berbaki, kami meninjau gerai-gerai jualan dan makan malam. Nasi gulai kawah yang kami makan berharga RM6.00 sepinggang. Agak mahal bagi kami yang kurang berada.

Bersama dengan perwakilan dari seluruh negara, kami akan mengikuti ucapan dasar pada 5 Jun 2009. Prestasi parti akan dimuhasabah. Kami akan mengikuti muktamar dengan penuh amanah dan akan menyampaikan rumusan-rumusan penting kepada ahli-ahli di Lipis. Kami bukan datang untuk misi cuti-cuti Malaysia. Kami mahu PAS terus cemerlang selaras dengan slogan PAS For All.

1 Malaysia Yang Gempar

0
Ia bukan lagi slogan. Bukan impian, tetapi suatu kenyataan. Malaysia memang satu dan 1 Malaysia kini gempar dengan pencapaian yang luar biasa. Terbaru, 1 Malaysia gempar apabila dikejutkan dengan kejadian bumbung stadium di Gong Badak runtuh. Stadium yang menggunakan wang rakyat sebanyak RM292 juta dan baru dirasmikan pada 10 Mei 2008 runtuh 50% bumbungnya.

Mengikut rekod, ia mula dibina pada tahun 2005 semasa dinasti Idris Jusoh (merampas kerajaan Islam Terengganu). Dinasti itu berazam untuk memahat sejarah dengan memberikan pembangunan yang tidak pernah dilihat oleh rakyat. Nah !, kini memang memahat sejarah apabila sebuah bangunan stadium yang canggih runtuh dalam keadaan bayu Laut China Selatan bertiup sepoi-sepoi bahasa. Piramid di Mesir tersenyum melihat kualiti binaan abad 21.

1 Malaysia turut terkejut melihat gambar lelaki yang dipasang rantai pada leher. Ia bukanlah peristiwa di kem tahanan politik. Memang di kem tahanan politik berlaku penyiksaan seperti yang ditulis oleh bekas-bekas tahanan seperti YB Shaari Sungib, Shuhaimi Said dan Dr Syed Hussin Ali. Tapi gambar ini merupakan tahanan dalam rumah kedai di Selangor. Mereka adalah mangsa ah long. Asalnya nak menolong, akhirnya melolong.

Rakyat 1 Malaysia kini mengharapkan pertolongan terus dari Yang Maha Pencipta. Musibah apakah yang sedang menimpa kami di bumi. Kami berada di dalam ketakutan. Di jalanan ada samseng dan peragut. Hantar anak ke sekolah, makmal komputer runtuh. Pergi ke pejabat kerajaan, siling runtuh. Balik ke rumah, pencuri memecah masuk. Pergi ke tempat kerja, kilang pula tutup. Ya Allah, bantulah kami 1 Malaysia. Turunlah rahmat dari sisi-Mu walaupun tugas sebagai khalifah belum kami sempurnakan sepenuhnya. Amin ! Ya Rabbal 'Alamin....

Rabu, 3 Jun 2009

Hujan emas di Manek Urai

0
Manek Urai tiba-tiba menjadi terlalu istimewa. Ia menjadi sebutan dan perhatian para menteri. Para penduduk di Laloh, Lata Rek, Chuchuh Puteri, Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru kini seolah-olah menerima hujan emas.

Akhbar urus perdana menyiarkan gambar ketua penerangan umno beraksi sebagai seorang penoreh getah. Kononnya hendak selami kehidupan rakyat dan merasai perit jerih menyara keluarga. Saya ceritakan perkara ini kepada YDP PAS Lipis. Beliau begitu geli hati dan berharap batang getah tidak rosak gara-gara Umno nak mendapatkan undi.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pula meminta supaya gerakkan jentera di Manek Urai. Tapi, kita kena ingat. Jentera yang dimaksudkan tersebut bukan dari umno tapi milik kerajaan. Beliau meminta Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Jabatan Penerangan dan RTM bergabung untuk mendasari hati penduduk (Sumber: UM, 3/6/09, ms 8).

Wahai pak menteri. Ramai lagi rakyat yang melarat di Malaysia ini. Dari Perlis hinggalah ke Sabah, mereka juga perlukan perhatian. Mereka juga rakyat 1 Malaysia. Untuk mendapatkan 1 kerusi DUN, semua tumpuan hanya di tumpukan di Manek Urai. Kalau betul hendak selami kesusahan hidup rakyat, datanglah selepas pilihan raya nanti.

Membantu rakyat adalah bagus. Tetapi memberikan bantuan menjelang pilihan raya adalah mengesahkan bahawa bantuan itu bersifat `ada udang di sebalik mee'. Kepada penduduk Manek Urai, bersyukurlah dengan durian runtuh yang diterima. Tapi ingat, berilah undi kepada calon Pakatan Rakyat.

Selasa, 2 Jun 2009

Sianida dan tragedi di Miyamata

0
Akhbar hari ini melaporkan bahawa penduduk Kg Bukit Koman, gagal menghalang projek lombong emas di Raub. Ia adalah keputusan mahkamah terhadap permohonan oleh Jawatankuasa Bertindak Menentang Penggunaan Sianida Dalam Perlombongan Emas. Jawatankuasa tersebut menuntut supaya syarikat Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd menyediakan Laporan Kesan Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment -EIA) yang baru (EIA terdahulu telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar).

Gagal dimahkamah bukan bermakna perjuangan penduduk tersebut suatu yang sia-sia. Ia membuktikan bahawa kesedaran terhadap kesan alam sekitar akibat perindustrian atau pembangunan yang tidak lestari kian meningkat. Oleh kerana sebelum ini saya ada poskan artikel mengenai perlombongan emas di Lipis, saya ingin berkongsi satu cerita `bencana' yang berpunca dari pencemaran bahan toksid.

Terdapat 2 kejadian besar yang sering disingkap oleh aktivis alam sekitar iaitu tragedi di Miyamata, Jepun dan Love Canal, di Eropah. Dalam kesempatan ini, saya cuma hendak imbas malapetaka yang telah menimpa penduduk Miyamata. Difahamkan bahawa suatu waktu dahulu, terdapat perlombongan logam raksa di pinggir laut Miyamata. Tiada sesiapa menjangka bahawa suatu musibah bakal menimpa generasi baru di sana.

Dilaporkan bayi-bayi yang lahir adalah dalam keadaan cacat dan tidak sempurna kejadian. Tumbesaran mereka juga terbantut. Selepas kajian dilakukan, pakar mengesahkan bahawa ibu bapa mereka telah termakan ikan yang keracunan raksa, yang ditangkap di tapak bekas lombong tersebut. Kerajaan Jepun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk membiayai kos perubatan mereka yang terlibat. Miyamata  kini dijadikan sebagai kawasan peringatan (Yayasan Miyamata) terhadap bahaya pencemaran bahan toksid.

Di Empang Jaleh, kini dijalankan ternakan ikan air tawar. Di samping itu, pencari etak masih ramai yang datang untuk mencari rezeki. Kawasan ini yang berdekatan dengan lombong emas Penjom perlu dipastikan selamat dari pelepasan atau tumpahan bahan kimia berbahaya. Semoga Allah SWT jauhkan Empang Jaleh dari menjadi `Miyamata 2'.

Isnin, 1 Jun 2009

Tanpa Bn, pilihan raya sangat aman

0
Bersama YDP, kami menginap di Hotel Wali, bandar Chukai. Ada urusan penting di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), cawangan Timur yang terletak di Taman Chukai Utama. Sementara menunggu azan Subuh, saya sempat meneliti berita-berita yang tertera di akhbar yang berada di lobi hotel.

Berita pilihan yang saya nak kongsi bertajuk `Pilihan raya kecil paling aman'. Kenyataan di atas dikeluarkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob sempena PRK Penanti. Sewaktu ditanya oleh pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam, Datuk Ayub berkata: "Keadaan aman dan terkawal dan ini adalah PR kecil paling aman".

Terang lagi bersuluh. Keadaan tegang semasa pilihan raya adalah angkara provokasi Be End. Tanpa ugutan dan tekanan mereka, rakyat dapat melaksanakan tugas sebagai pemilih dengan lancar. Polis sendiri tidak perlu berkampung dengan jumlah yang luar biasa. Mereka boleh jaga keselamatan di kawasan kerja masing-masing. Juga, duit rakyat tak habis berjuta ringgit.

Jika polis dah buat peristiharan bahawa PR kecil aman tanpa kehadiran Be End, maka fahamlah kita siapa sebenarnya yang mencetuskan ketegangan. Usah lagi menuduh Pakatan Rakyat yang cetuskan suasana panas sepanjang berkempen dan merayu undi.

Kembali ke masjid, surau

0
Komen seorang pengunjung blog ini mengenai kehadiran solat berjemaah sebagai faktor kemenangan perjuangan Islam wajar diberikan perhatian. Sebelum ini, Tn. Hj. Subky A. Latif pernah memperkatakan perkara yang sama dalam tulisannya di akhbar. Masing-masing meletakkan penanda aras kehadiran solat berjamaah waktu subuh menyamai solat Jumaat sebagai saat akan tiba kemenangan Islam.

Sebagai seorang muslim, kita perlu berjuang supaya Islam kembali berdaulat. Samada saat tibanya kemenangan itu, kita masih hidup atau pun telah mati bukanlah suatu yang penting. Ini kerana, kita bukan orang yang memulakan perjuangan ini dan bukan pula orang yang mengakhirinya. Namun, kita yang beriman dengan al-Quran tetap yakin bahawa kesudahan hayat bumi berakhir dengan kemenangan Islam.

Dalam perjalanan ke Kemaman pada hari ini, saya bersama YDP bersolat Zohor-Asar di Masjid Kerambit. Masya'allah. Hanya seorang sahaja yang hadir di masjid itu selain kami berdua. Beliaulah yang mengalunkan azan dan menjadi imam. Kami tak pasti, siapakah yang akan menjadi makmum jika kami tidak singgah bersolat berjamaah. Kalau begini keadaannya, tak usah nak dibandingkan dengan solat Subuh.

Saya mendapati kebanyakan masjid di daerah Lipis tidak diimarahkan dengan majlis ilmu. Program yang masih dikekalkan hanya membaca Yaasin pada malam Jumaat. Apakah benar hipotesis seeorang kawan bahawa Be End memang suka tiada majlis ilmu di masjid atau surau daripada membenarkan program ceramah dan tazkirah yang membawa kepada kesedaran Islam dan menyokong gerakan Islam seperti PAS ?

Saya acap kali singgah di masjid-masjid di Kelantan. Kehadiran makmumnya adalah membanggakan. Ada pula kuliah selepas solat. Ketika sampai di bandar Chukai, kami menunaikan solat Maghrib-Isyak di Masjid Jamek Chukai. Syabas ! Ada kuliah Maghrib disampaikan oleh seorang ustaz yang masih muda.

Marilah kita kembali menghidupkan sunnah Nabi dengan mendirikan solat secara  berjemaah samada di masjid, surau, musolla atau lain-lain tempat. Usah terlalu menuding jari terhadap kesalahan orang lain. Bagaimana dengan kita sendiri ? Sudahkah kita `masuk Islam sepenuhnya' ?