Khamis, 18 Jun 2009

Selamat Jalan Saudaraku Hj. Abu Hassan

AbuHassanJenazah almarhum Hj. Abu Hassan Mohamed (1952-2009) telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Relong, Kuala Lipis pada 11.30 pagi (18. 06. 09).  Tazkirah dan talkin telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau mengingatkan semua yang hadir bahawa kematian bukanlah kesudahan penghidupan. Ia merupakan satu proses perpindahan dari alam dunia ke alam barzakh.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim juga meminta kepada semua yang hadir supaya mengambil iktibar bahawa jasad setiap kita juga akan dikebumikan pada suatu hari nanti. Maka, kita perlu membuat persediaan untuk menghadapi saat tersebut dengan melakukan amal soleh.

Terdahulu, jenazah telah disembahyangkan di rumah almarhum Hj. Abu Hassan pada pukul 10.30 pagi, yang diimamkan oleh Ketua Urusan Ulama', Ustaz Hj. Muhyiddin. Turut hadir ialah Setiausaha Badan Perhubungan, Roslan Zainal, Setiausaha Pemuda, Ustaz Junaidi dan tokoh korporat Dr. Abdul Wahab. Turut serta menyembahyangkan jenazah ialah YDP PAS Lipis, Ust. Ishak Sat; YDP PAS Cameron Highlands, Ustaz Ahmad Ludin dan YDP PAS Raub, Dr. Mohamad Nilam.

PAS Kawasan Parlimen Lipis telah kehilangan seorang aktivis yang gigih dan komited dalam perjuangan Islam. Semoga rohnya berbahagia di sisi Allah di alam persinggahan. Selamat jalan saudaraku.... Al-Fatihah.

9 ulasan:

pemuda sayangkan bangsa agama berkata...

kepada penulis blog yang befikiran cetek dan tidak betanggungjawab. siapakah anda yang ingin mengkritik penduduk kampung relong adakah anda orang kampung ini jangan cuba membuat fitnah kepada penduduk kampung relong yang selama ini hidup dalam perpaduan . Jangan cuba pecah belahkan penduduk kampung ini kerana penduduk disini keseluruhannya pandai membaca blog. Cermin diri dulu baru boleh mengkritik orang lain. ...

anak jati kg relong berkata...

kepada saudara/i airmatapagi, sy sbg anak jati kg relong berasa terpanggil untuk meninggalkan komen.Terlebih dahulu sy ingin bertanya kpd anda, adakah anda sendiri anak jati kg relong? jikalau tidak, jgn sesuka hati menuduh penduduk kg tidak dtg menziarahi.. kerana anda kenal atau tidak penduduk kg.. selama 34 tahun sy tinggal di kg ini, penduduknya tidak pernah membeza2kan golongan anti kerajaan dan pro kerajaan.. kami hidup bersatu padu, apa yg anda tulis itu, sama sekali tidak benar..jd jgnlah anda menabur fitnah di dalam bolg
ini.. sepekara lg, sy difahamkan pada malam tersebut di rumah arwah semasa kenduri tahlil, puak2 pembangkang telah bertahalil dahulu sebelum menunggu jemaah masjid smpai.. kenapa begitu? apalah slhnya menunggu jemaah dr masjid sampai dan bertahalil bersama-sama.. renung2kan dan selamat beramal...

saudara arwah berkata...

salam kepada semua.. saya turut terpanggil memberi komen di sini.. sy rasa saudara bkn lah ank jati kg relong kerana jika saudara ini merupakan ank jati kg relong mana mungkin saudara akn berkata sedemikian kerana penduduk kg relong tidak pernah membezakan penduduk mengikut fahaman politik terutamanya disaat berlaku kematian, kenduri kendara.. kami hidup bermasyarakat.. bersatu padu dan aman damai.. kalau btl pun saudara ni ank jati kg relong, mesti saudara ni jenis yg tk cmpur masyarakat kan...tlg laa jgn buat andaian yg tk masuk akal..

anti_fitnah berkata...

buat ahli jemaah pas yg suka buat fitnah(bkn semua).sudah2lah nk memecahkan perpaduan org lain. aku tnye ko lah.siape yg gali lubang kubur kalo bkn penduduk kg relong yg tolong.tiada org kt sne pun ckp ni kubur org pas.x payah nak gali.kami buat kerje tnpa memikirkan sape pun.aslkan penduduk setempat n memerlukan bantuan,kami tolong.jgnlah jadi bangsat sgt.adakah ni cara org pas,memecahkan perpaduan yg sudah lama terjalin?ingt kami org relong tdk fanatik sgt dgn politik bodo korg, dah tergolong dlm kumpulan jahil?korg ingt org relong x boleh pakai kopiah putih?asl pakai kopiah putih?org pas la?sal 2 ko x nmpak org relong. adakah kalau menyertai pas dan wat pe yg korg wat mcm terjerit2,terkinja2 mcm beruk de jaminan msk syurga?cbe tnye arwah abu hassan dlm kubur 2, de malaikat maut tnye apa parti kamu?fikir2lah

kie berkata...

salam, kepada semua anak relong saya mewakili pas lipis mohon maaf dengan kata kata airmatapagi.

yang pastinya airmatapagi tak pasti lagi dia org pas. saya mungkin kenal dia ni . dia tak kata pun dia org pas. maknanya kata kata dia tak mewakali org pas. setahu saya kami sekeluarga dan org pas lipis tak pernah bersungut pun pasal hal ni. saya rasa sebahagian besar anda semua kenal saya. kalau ada tak puasa hati hubungi saya. kita bincang. kita caci mencaci tak elok.
ramai lg yg tak kenal betul2 org pas( yg di tarbiah)
jangan pulak kita tak suka orang buat fitnah tiba tiba pulak kita yang buat fitnah. ok

bulan malap berkata...

to kie,
what do you means airmatapagi x pasti lg org pas??? Sudah terang lg bersuluh, tgk dr penulisannya sudah cukup menggambarkan dia adalah seorg aktivis pas.. Ya, sy tau anda tidak mahu mengeruhkan keadaan.. tetapi kenapa tidak airmatapagi yg memohon maaf? Sudah baling batu sorok tangan.. Pengecut!!! Kpd kie, jika anda kenal airmatapagi tlg nasihat sikit.. Jgn suka menuduh tanpa usul periksa.. Org seperti dia ini lah yg akan memburukkan nama Parti kamu.. Fikir-fikirkan lah....

kie berkata...

kpd bulan malap.
kalau nak tau sapa dia tel saya 019-9694050.

lagi pun cuba baca elok2 petikan kata airmatapagi ni.

"Setelah seminggu pemergian arwah kerahmatullah saya ada terdengar rungutan daripada orang ramai semasa dirumah ataupun ditanah perkuburan menyatakan orang Kg.Relong sendiri tak ramai yang datang kemana mereka semua, inilah persoalan yang harus dijawab oleh pihak Pas kawasan Lipis kenapa perkara ini terjadi.Haruslah kita mengambil tauladan daripada peristiwa tersebut, adakah kita kena mendekati mereka semua atau cari jalan lain bagi menyelesaikan masalah, fikir -fikirlah…………

bagi saya dia tak menyalahkan org relong bagi tapi dia suruh org pas fikir. maknanya disini mungkin org pas ada buat salah. itu saja.

kalau nak nilai dari segi tulisan tak betul. saya boleh buat untuk nampak macam org umno.tapi saya tak berhajat jadi macam tu.

ok dah laa......

kalau bulan malap tau sapa dia ni tentu akan faham situasi ini.

saya dah bagi no saya boleh hubungi saya bila bila. kata orng relong baik baik . janganlah ulangi kata kata yang tak elok tu cth "pengecut" dsb

ok.

Warisan berkata...

Itulah perangai orang PAS (Parti Ajaran Sesat)... sepatutnya ceritalah yang baik-baik apabila orang meninggal... sedekah al-fatihah ke.... ini tidak.... dalam keadaan orang kesedihan asyik sibuk berpolitik aje.... mentang-mentanglah orang PAS dah dijamin masuk syurga??... tanya nik ajis.

Matnorib berkata...

kepada 'Kie'

Tahniah menjadi hero...
Hero putar belit

Catat Ulasan