Ahad, 31 Mei 2009

Di sebalik timbunan bijih emas di Lipis

1
Bersama dengan Pengerusi Majlis Nuqaba' MTD Padang Tengku dan mantan YDP PAS Kawasan Lipis, saya berkesempatan menziarahi ahli-ahli di Cawangan Kg. Petola/Tain. Sebelum majlis beramah mesra dimulakan, saya sempat berbual dengan Pak Long Omar dari Kg. Dada Kering. Saya bertanya, asal usul nama kampung tersebut. Pak Long menjelaskan susur galur nama itu dengan aktiviti melombong emas di Dada Kering suatu waktu dahulu.

Saya agak tertarik dengan kekayaan hasil bumi di Lipis. Selain Kg. Dada Kering, perlombongan emas juga pernah dijalankan di Kg. Kechau Mas, bersebelahan Kg. Kechor Tui. Kini, terdapat banyak tinggalan lombong di situ. Allah menganugerahkan begitu banyak emas di Lipis. Sehingga kini, perlombongan emas masih dijalankan di Penjom. Terbaru, saya difahamkan bahawa syarikat Monument Gold Mining memulakan perlombongan emas berdekatan dengan Kuala Medang.

Yang agak misteri ialah Lipis tidak maju sebagaimana tempat-tempat lain yang kaya dengan hasil bumi. Di Kuala Lumpur dan sekitar MINES Resort, kawasan bekas lombong itu begitu pesat membangun. Di Perak yang kaya dengan bijih timah juga sangat maju. Kenapa Lipis masih terkebelakang ?

Mengikut sejarah, sebelum British datang ke Lipis pada tahun 1887, Lipis sudah terkenal dengan perlombongan emas. Penjajah Inggeris berusaha gigih untuk campur tangan di Pahang bagi membolot emas tersebut. Seawal tahun 1886, Frank Swettenham dan Federick Weld yang merupakan Gabenor Negeri-Negeri Selat cuba memujuk Sultan Ahmad supaya menerima Residen British. Tapi tak berjaya.

British kemudiannya mendapat bantuan daripada Sultan Abu Bakar di Johor untuk memujuk Sultan Ahmad. Dengan kesungguhan itu, Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British di Pahang. Pada tahun 1988, kematian seorang warganegara British berbangsa Cina bernama Go Hui telah diambil kesempatan oleh Inggeris untuk memaksa Sultan Pahang menerima seorang Residen dan terlantiklah J.P. Rodger sebagai Residen yang pertama di negeri ini (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu).

Berterusanlah untuk sekian lama, penjajah barat mengaut hasil bumi yang berupa emas di Lipis. Namun, emas tersebut tidak habis dan generasi baru sehingga kini masih lagi boleh bekerja di lombong emas di Penjom. Namun, Lipis sekadar menjadi bandar bersejarah. Kekayaan hasil buminya tidak membawa kepada perubahan ketara status ekonomi penduduk. Malah, pembandaran di Lipis juga agak perlahan. Siapakah sebenarnya yang mengaut keuntungan besar hasil dari perlombongan emas di Lipis ? Persoalan ini perlu dicarikan jawapan....

BN pupus di Lipis ?

0
Kini ramai penduduk Lipis yang merungut. Perlantikan PM baru yang merupakan anak kelahiran daerah ini belum menampakkan perubahan yang dikehendaki oleh orang ramai. Slogan rakyat didahulukan belum berpijak di bumi nyata. Mereka merungut tentang sukar untuk mendapatkan `khidmat BN'.

Saya membuat beberapa tinjauan untuk menyelami kesusahan rakyat. Saya bertemu dengan seorang peniaga yang sudah lama menjalankan kedai runcit di Padang Tengku. "BN dah tak ada lagi sekarang", jelas beliau. Kemudian, saya ke Kampung Bapong yang sebelum ini merupakan `kubu BN'. Mak cik yang mengusahakan perniagaan sejak sekian lama juga mengesahkan bahawa BN dah hilang.  Bagi mak cik ini, sepatutnya BN lebih banyak selepas Najib menerajui negara.

Kemudian, saya terus ke kedai Mesra Petronas di bandar Lipis. Selalunya mudah berjumpa dengan BN di sana. Semacam dilanda musibah, BN juga tiada di situ. Di Pasaraya Aktif pun tiada. Ke mana menghilang BN ? Semasa nak ke Manek Urai, saya singgah makan nasi kerabu berlauk ayam bakar di bandar lama Gua Musang. Yang saya agak terkejuk ialah banyaknya BN di bandar ini.

BN yang saya maksudkan ialah jenama beras 15% hancur iaitu Beras Nasional. Dalam kegawatan ekonomi sekarang, rakyat sepatutnya diberikan pilihan untuk membeli beras mengikut kemampuan mereka. Yang kaya, boleh membeli beras bergred tinggi dengan kadar kehancuran 5%. Yang berpendapatan sederhana, boleh memilih untuk membeli beras 10% hancur. Bagi golongan bawahan, tentulah beras 15% hancur menjadi pilihan.

Beras 15% hancur di akhir era Pak Lah dijual dengan harga RM17 sekampit (10 kg). Walaupun harganya boleh dinaikkan mengikut zon tertentu seperti yang tertera pada plastik pembungkus. Kemudian, naik RM18 sekampit. Di Gua Musang, harganya kini RM18.50. Dari pemerhatian saya, kualiti beras itu juga semakin rendah sejak akhir-akhir ini.

Menteri yang menjaga hak pengguna adalah orang Pahang. Mewakili penduduk yang berpendapatan rendah, kami memohon supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna bekerjasama dengan agensi yang berkenaan untuk memastikan beras 15% hancur mencukupi di kawasan Lipis dan tempat-tempat lain. Usah naikkan amarah rakyat sehingga mereka bertindak memberikan pukulan KO kepada kerajaan Be End dan terus pupus.

Sabtu, 30 Mei 2009

BN mengintai peluang di Manek Urai

0
Sudah beberapa hari blog ini tidak poskan kiriman baru. Nasib baiklah terdapat beberapa komen baru diterima dari pengunjung. Terima kasih kerana tidak membiarkan blog ini sepi. Pada awal minggu, saya berada di Terengganu. Walaupun negeri itu diperintah oleh BN, kemajuan tidaklah seberapa. Saya tak dapat akses internet menerusi `portable broadband' kerana liputan yang lemah. Pada hujung minggu pula, saya berada di Kuala Lumpur dan aktiviti tamat sehingga lewat malam.

Semasa saya di KLCC, saya mengambil akhbar The Sun yang diedarkan secara percuma. Ada satu artikel yang menarik minat saya dan ada kaitan dengan tulisan saya sebelum ini mengenai perebutan kerusi di DUN Manek Urai. Artikel yang berjudul `People come first, always' ditulis oleh Terence Fernandez dalam kolum tetapnya `Down2Earth'.

Saya menekuni tulisan Terence yang bertugas sebagai timbalan editor (laporan khas dan siasatan) akhbar The Sun. Saya meneliti tulisan beliau semasa berada dalam LRT untuk perjalanan dari Stesen Putra ke Bandar Tasik Selatan (saya mengunjungi pemeran buku READ Malaysia di Mines Exibition & Convention Center yang bermula 29 Mei - 7 Jun 2009).

Menurut Terence, beliau telah ke Manek Urai sejak seminggu lepas. Waktu itu, SPR belum lagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi. Nampaknya banyak pihak yang berminat membuat tinjauan dan ramalan terhadap pilihan raya kecil ini termasuk akhbar The Sun. Sepanjang pengetahuan saya, akhbar ini tidak diedarkan di Lipis dan Manek Urai. Tetapi petugas media dihantar ke sana untuk mendapatkan berita.

Rumusan Terence mengenai selera pengundi, calon anak tempatan yang mesra dengan rakyat akan menjadi pilihan untuk menang. Beliau menulis: "As far as the voters are concerned, said a SB Officer, they would rather a candidate was from the constituency irrespective of which party he came from - as long as they are fimiliar with him".

Terence juga memberikan pandangan bahawa pilihan raya kecil itu nanti memberi peluang kepada rakyat mendapat perhatian dan habuan. Rumah boleh disewa sehingga mencecah RM3000 sepanjang tempoh berkempen. Peniaga kedai makan telah menerima `tender' membekalkan makanan kepada petugas parti. Mengenai perhatian berganda, beliau menulis: "Government departments are also working over time, getting themselves prepared - not so much as to serve the rakyat but to attend to the VIPs who will be helicoptered down to woo voters".

Menurut laporan berita online pada hari ini, Tok Pa yang disifatkan sebagai `Mr Clean' dan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil, meminta semua pihak supaya tidak memperkecilkan kekuatan Bn di Manek Urai. Ya, Bn memang bersungguh-sungguh untuk menang. Namun, seperti kata YB Mohd Amar, Pakatan Rakyat perlu mempertahankan kerusi tersebut daripada dirampas. Lawan tetap lawan.

Rabu, 27 Mei 2009

Perebutan kerusi DUN Manik Urai

2
Pilihan raya kecil DUN Manik Urai dijangka menarik. Bn yang sebelum ini bercakap nak jimatkan duit rakyat turut berminat untuk meletakkan calon. Walaupun telah berlangsung pilihan raya kecil di pantai timur iaitu Parlimen Kuala Terengganu, tetapi inilah kali pertama ujian di kawasan luar bandar.

Kawasan Manik Urai berada 22 km dari bandar Kuala Krai dan 88 km dari Kota Bharu Bandaraya Islam. Dari bandar Kuala Lipis, jaraknya ialah 215 km. Semasa tinjauan awal dibuat semalam, demam pilihan raya kecil belum bermula. Bendera baru parti belum dikibarkan. Di simpang ke Manik Urai Baru telah ada selonggok bendera PAS yang telah siap diikat pada batang buloh.

Saya berhenti membeli lemang berdekatan dengan simpang ke Chuchoh Puteri. Seorang wanita tampil membungkus 4 batang lemang yang masih panas dengan harga 10 ringgit dan bersama 2 pek manisan pencicah. Mak cik tersebut mengesahkan bahawa wakil rakyat baru meninggal.

Sehari dua ini pihak KESEDAR telah mula bermurah hati bagi menarik hati pengundi. Berdasarkan laporan Sinar Harian, telah diadakan majlis sumbangan untuk membantu golongan miskin. Kawasan ini juga mempunyai FELCRA. Namun, rakyat Kelantan adalah bijak berpolitik. Semoga para pengundi akan terus memberikan undi kemenangan kepada calon PAS yang mewakili PR. Insya'allah.

Ahad, 24 Mei 2009

Sambutan 25 tahun kepimpinan ulama'

1
Pada 28 Jamadil Awal 1430/23 Mei 2009, seawal jam 6.00 pagi kami bergerak menuju ke Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, Kuala Lumpur. Turut serta ialah YDP, mantan YDP dan Ketua Urusan Ulama'. Kami menghadiri Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama'.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tn Guru Dato' Nik Abdul Aziz dan diikuti dengan Ucap Utama oleh Dato' Dr. Haron Din, bertemakan `Memperkukuh Kepimpinan Ulama'. Selepas persembahan multimedia, Dato' Hj. Mustaffa Ali dan Tn. Hj. Subky Latif telah menyampaikan pengkesahan sejarah 25 tahun kepimpinan ulama' PAS.

Tiga kertas kerja dibentang dan diulas oleh panel jemputan. Kertas kerja 1 bertajuk `Sumbangan dan Pengorbanan Ulama' dalam PAS' oleh Ust. Hassan Syukri. Diikuti dengan kertas kerja kedua berjudul `Ulama' Tonggak Kepimpinan PAS' oleh Dato' Abd. Halim Abd. Rahman.

Kertas kerja terakhir disampaikan oleh Dato' Harun Taib, bertajuk `Kepimpinan Ulama': Cabaran dan Masa Depan". Kemuncak majlis ialah penganugerahan Tokoh Kepimpinan Ulama kepada YAB Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz; pakar pengurusan organisasi PAS, Ust. Hassan Syukri; Pengarah Pilihanraya, Dato' Hj Mustaffa Ali dan pembentang usul kepimpinan ulama' semasa Muktamar 1982, Tn Hj. Subky Latif.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Presiden, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Turut dilancarkan pada hari tersebut ialah buku kompilasi `25 Tahun Kepimpinan Ulama'. Penyumbang utama karya ialah Ust. Idris Ahmad berdasarkan tesis PhD beliau.

Bagi Mursyidul Am, kepimpinan ulama' yang bermula secara rasmi dalam PAS pada tahun 1982 telah mempengaruhi cara bekerja, cara berpakaian yang Islamik dan membina etika yang menekankan aspek-aspek ubudiyyah, masuliyyah dan itqan (berkualiti dan professional). Presiden PAS pula menyifatkan bahawa PAS ditubuhkan hasil kesedaran untuk mendaulatkan Islam dengan pelopori oleh ulama'. Di antara pengasasnya ialah Tn Guru Hj Ahmad Fuad Hassan, Tn Guru Hj Hussin Che Dol, Tn Guru Hj Ahmad Tuan Hussin, Tn Guru Hj Muhammad Ghazali, Tn Hj Abdullah Abbas Nasution dan Hj Ahmad Maliki.

Sejarah juga membuktikan bahawa kemenangan pertama calon PAS dalam pilihanraya Persekutuan 1955 diperolehi oleh calon ulama' iaitu Tn. Guru Hj. Ahmad Tuan Hussin. Namun, pengukuhan PAS adalah hasil gembeling tenaga di antara ulama, professional dan aktivis parti.

Jumaat, 22 Mei 2009

SB dan kerahsiaan dalam perjuangan

1
Polis Cawangan Khas (SB), Unit Simpanan Persekutuan (FRU), trafik, forensik, siasatan jenayah adalah kakitangan kerajaan. Mereka digajikan untuk menjamin keselamatan rakyat. Rakyat membayar cukai kepada kerajaan dan sebahagian wang itu digunakan sebagai imbuhan bulanan mereka.

PAS adalah parti yang berjuang secara aman (muwajahah silmiyyah) mengikut lunas-lunas demokrasi. Dalam ceramah, pengerusi majlis lazimnya mengalu-alukan kehadiran semua hadirin termasuk polis. Namun, dalam banyak kes, pihak keselamatan seperti SB dilihat condong kepada parti pemerintah (walaupun kini PR juga memerintah di beberapa negeri).

Semasa dalam perjalanan pulang menghadiri program parti di Jerantut, seorang sahabat  melahirkan kebimbangan tentang SB yang berdampingan rapat dengan pimpinan PAS di Lipis. Saya cuma mendengar kerana tiada maklumat. Namun, perkembangan terbaru mendorong saya untuk berbicara tentang SB dan soal menjaga rahsia-rahsia perjuangan parti.

Saya telah diminta untuk mengaktifkan blog ini semenjak awal bulan Mei. Hebatnya polis dan SB, mereka menjadi antara yang terawal membuat komen di blog ini selepas diaktifkan. Nampaknya SB begitu menekuni gerak kerja parti politik. Tidak hairanlah, jika blog pahangdaily tertera peringatan bahawa blog tersebut sedang diawasi.

Pengalaman lalu memberitahu saya bahawa SB begitu tekun mencari maklumat dan melaporkan kepada pihak yang mengarahkan mereka. Sewaktu kemelut dua imam di Besut pada tahun 1980-an, ayah saya memberitahu bahawa setiap kali Jumaat, SB akan merakam khutbah. Ketika saya terlibat dengan Persatuan Mahasiswa di kampus, emak saya memberitahu bahawa ada SB datang ke rumah dan bertanya sesuatu tentang pergerakan saya.

Pada 14 Februari 2009, saya menitiskan air mata sewaktu Pn Laila (isteri tahanan ISA) yang bercerita tentang penderitaan yang ditanggungnya. Katanya, beliau amat tertekan kerana ahli keluarga di kelilingi oleh SB dan hubungan dengan sanak saudara menjadi renggang kerana hasutan pihak tertentu yang memburuk-burukkan suaminya. Belilah buku `Dunia Tanpa Suami' untuk menyelami penderitaan tersebut.

Dalam majlis yang sama, YB Shaari Sungib menyifatkan bahawa SB di negara ini adalah `political police'. Pengalaman beliau bersama SB dan ditahan ISA menyimpulkan bahawa jangan sekali-kali percayakan SB (never trust SB). Mereka boleh membawa pelbagai watak untuk mendapatkan maklumat yang diarahkan.

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW telah mengajar kita semua kepentingan menjaga kerahsiaan. Misi keluar dari kepungan maut Quraisy dan berjaya sampai ke Madinah dilalui dengan penuh strategi dan bermaklumat. Saidina Abu Bakar sendiri menyuruh anaknya Abdullah mengintip apakah yang diperkatakan tentang Muhammad SAW oleh Quraisy di siang hari dan melaporkan segala-galanya kepada beliau di waktu senja.  Beliau juga menyuruh orang suruhannya, Amir bin Fuhairah membawa kambing ternakan ke pintu Gua Thur untuk membekalkan susu dan menghilangkan kesan-kesan tapak kaki.

Perjuangan Islam perlu diteruskan. Halangan dan tribulasi adalah sunnah perjuangan. Amanah sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi mesti dilunaskan. Sesungguhnya penderitaan di dunia ini terlalu kecil dan kita mengharapkan rahmat Allah untuk menghuni syurga di negeri yang kekal abadi. Setiap amal usaha ada pertimbangan dosa-pahala. Termasuklah bertugas sebagai SB.

Pejabat PAS-PKR Lipis kini berjiran

0
Dengan pembukaan pusat komersil di Bandar Baru Lipis, sahabat Pemuda telah mengusahakan pejabat baru PAS Kawasan Lipis dengan memilih 1 unit tingkat atas pusat tersebut. Pejabat baru telah menggantikan pejabat lama di markas Tempoyang yang sering dinaiki air selepas hujan. Kibaran bendera PAS di pejabat baru menjadi syiar kebangkitan di Lipis.

Sejak seminggu lepas, PKR telah menaikkan benderanya di sebelah pejabat PAS itu. Menurut sahabat, PKR juga akan membuka pejabat baru mereka. Dengan kata lain, pejabat PAS-PKR Lipis adalah berjiran. Boleh berkongsi idea untuk menghadapi Be End (Bn), yang mana pejabat parti-parti komponen mereka masih kekal di bandar Lipis (Lama).

Sokongan ahli dan penyokong perlu untuk mempertahankan hayat pejabat PAS di Bandar Baru. Kos sewaan RM550, tanpa mengambil kira bil utiliti dan kos pengurusan lain. Terdapat juga kebimbangan sahabat sekiranya ada pihak yang cemburu dengan kibaran bendera PAS, lalu mengambil jalan pantas membeli bangunan tersebut. Akhirnya, pejabat terpaksa berpindah. Infak bulanan seminima RM700 mahu diperolehi setiap bulan. Kami mohon dokongan dan sokongan para dermawan dari seluruh alam untuk membantu PAS Kawasan Lipis.

Khamis, 21 Mei 2009

1 Malaysia mengikut pandangan 2 YB

0
YB 1: Abdul Rahman Mohamed (Umno - Padang Tengku), seperti yang dilaporkan oleh Utusan:

KUALA LIPIS 11 Mei - Belia diingatkan tidak terpengaruh dengan usaha segelintir pengendali blog yang cuba mengeliru dan memutarbelitkan konsep Satu Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Abdul Rahman Mohamed, berkata, usaha jahat itu amat berbahaya bagi sebuah negara majmuk seperti Malaysia selain ia jelas bermotif politik.

''Ramai bloggers mengemukakan pandangan yang kadangkala berunsur negatif dan mengelirukan, ini mampu menggugat kefahaman rakyat terutama belia terhadap konsep Satu Malaysia.

Menurut Abdul Rahman, konsep Satu Malaysia diperkenalkan kepada rakyat sebagai strategi baru kerajaan untuk mengeratkan hubungan kaum dalam jangka masa panjang.

YB 2: Dato' Mahfuz Omar (PAS - Pokok Sena ) seperti yang dilaporkan oleh Harakah:

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Penindasan sesama Umno sehingga menyebabkan ramai yang bertindak keluar dari parti itu adalah bukti awal yang jelas tentang kegagalan hasil mengelamun Perdana Menteri yang diriuh-riuhkan sebagai konsep Satu Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Dalam Umno pun (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) gagal mewujudkan Satu Umno, tidak perlu cakaplah tentang Satu Malaysia," katanya mengulas tindakan ahli-ahli Umno di Perlis yang bertindak keluar dari parti itu dan menyertai menyertai pembangkang.

Dengan apa yang berlaku itu, Ahli Parlimen Pokok Sena menggesa rakyat segera sedar tentang sifat sebenar Umno.

"Sesama Umno, sesama Melayu pun ditindas, dipecat dan dizalimi, tidak ada lagi keadilan yang boleh diharapkan dari Umno yang kelihatan semakin bersungguh-sungguh mempelopori penindasan ke atas sesiapa sahaja yang tidak disukainya," kata beliau.

Mahfuz mengalu-alukan kebijaksanaan ahli-ahli Umno yang keluar dari parti itu dan menyertai Pakatan Rakyat (PR).

"Dengan penuh ketulusan kita menghulurkan tangan kepada mereka dan saya yakin tindakan mereka itu pasti mengukuhkan lagi tali silaturrahim antara sesama umat Islam dan rakyat Malaysia," kata beliau.

Rabu, 20 Mei 2009

JASA dan propaganda umno

0
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) adalah agensi kerajaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Namun, ia seakan-akan agensi penerangan parti pemerintah (umno/bn). Di Lipis, saya ada menghadiri beberapa program JASA. Di Dewan Jubli Perak Lipis, pegawai JASA datang menerangkan Islam Hadhari (era Pak Lah). Antara yang saya masih ingat, pegawai yang berceramah meminta pendengar supaya tak usahlah pertikai istilah Islam Hadhari atau Hadharah Islamiyyah kerana itu perkara kecil sahaja. Yang penting, umat Islam maju dan dipandang tinggi oleh orang lain. Kini Pak Lah dah undur dan Islam hadhari nampaknya berkubur.

Menjelang PRU 12, datang juga pegawai JASA anjurkan ceramah di masjid. Sebagai ahli jamaah, saya turut sama menadah telinga. Tajuk ceramah ialah `Sayang Di Sayang'. Maka berceritalah penceramah. Katanya, jika kita memandikan mayat, jangan ceritakan keburukan mayat tersebut kepada orang lain sekiranya ternampak aib sewaktu kerja-kerja memandikan jenazah. Islam melarangnya. Ulas penceramah lagi, jika orang mati pun dilarang sebut keburukannya, bagaimana pula dengan orang yang masih hidup ? Propaganda yang nak disampaikan ialah menolak parti politik yang dikatakan selalu memburuk-burukkan kerajaan sekarang semasa berkempen atau berceramah.

Dalam Berita Harian 20 Mei 2009, pegawai JASA juga menulis seumpamanya pegawai penerangan umno. "Terdidikah nafsu politik Nizar melalui tarbiyyah PAS", begitulah tajuknya. Beliau adalah Ketua Unit Komunikasi Media JASA.  Maka dilemparkan beberapa tuduhan terhadap YAB Nizar. Antara tuduhan tersebut, Nizar gagal menerima hakikat bahawa PR telah kehilangan majoriti di DUN berpandukan sifir 28 lawan 28 + 3. Penulis tersebut turut menulis bahawa antara tanda seseorang itu cintakan dunia ialah ia terlalu kuat merindui untuk menjadi pemimpin atau penguasa. Ayob juga menuduh bahawa Nizar hendak meraih populariti supaya dipilih sebagai Naib Presiden dalam pemilihan parti. Kata Ayob, itu semua agenda peribadi yang tidak selari dengan prinsip perjuangan Islam.

Begitulah JASA yang cuba berjasa kepada kerajaan sekarang. Kalau betul JASA komited dengan ajaran Islam, perbetulkan dulu pemimpin kerajaan yang sedang memerintah. Rakyat akan mengikut agama pemimpin. Bagaimana rakyat nak dibawa menuju jalan yang lurus, sedangkan pemimpim negara mengajar seperti seekor ketam...

Melahirkan penulis pelapis PAS

0
Sewaktu minum bersama pemuda-pemuda Lipis dan Cameron Highlands di Tempoyang, seorang sahabat bertanya bagaimana nak menulis ? Katanya, blog PAS Lipis kini telah aktif. Pertanyaan itu membawa saya berfikir sejenak. Ya, gerakan Islam seperti PAS perlu melahirkan ramai penulis pelapis. Kepada Blogger, teruskan peranan anda. Namun, PAS perlu melahirkan pengganti kepada Cikgu Azizi Abdullah, Ahmad Lutfi, Hj Subky, Pak Syukor dan lain-lain.

Pejuang seperti as-syahid Hassan al-Banna telah lama pergi tapi tulisan beliau boleh dibaca oleh generasi kini. Begitu juga dengan Syed Qutb, al-Maududi, Maryam Jameelah dan HAMKA. Pimpinan kita juga  telah menunjukkan contoh seperti Tuan Guru Haji Hadi Awang, Tok Guru Nik A. Aziz Nik Mat, Prof. Dr. Harun Din dan sebagainya. Di kalangan pemuda seperti Ust. Nasruddin Hassan Tantawi dan Cikgu Ridzuan Noor.

Semasa mengikuti kursus penulisan super di KL baru-baru ini, Sdr. Fauzul Naim selaku pengendali kursus bertanya kepada peserta, apakah punca utama tidak menulis ? Pelbagai jawapan diberikan seperti tiada masa, kurang kemahiran dan bla...bla..bla. Menurut Sdr. Fauzul, itu semua alasan. Sebab utama adalah MALAS.

Kesempatan menghadiri wacana penerangan di Hotel Green Park, Temerloh bersama YB Dr. Dzulkifly Ahmad menyedarkan diri ini bahawa persepsi masyarakat terhadap PAS boleh berubah dengan penghujahan berdasarkan data dan fakta. Bukan sekadar dakwaan yang tidak berasas. Para penulis perlu banyak membaca dan suka mencatit. Mengambil dorongan dari ayat-ayat permulaan al-Quran  yang diterima oleh Rasulullah SAW di Gua Hira', mari bersama kita meningkatkan satu lagi kemahiran diri dengan kebolehan menulis.

Pengaruh Islam tidak lagi hantui BN ?

0
"Abah, Ngah jumpa nama abah dalam internet", beritahu anak kedua saya baru-baru ini. "Ya ke ?", tanya saya untuk dapatkan kepastian. "Ya, Ngah jumpa semasa masukkan nama abah menerusi Google Search", katanya lagi yang agak meminati IT. Yang dimaksudkan oleh anak saya itu ialah carian internet berhubung buku kecil yang pernah saya susun berjudul "Islam Hadhari: Tak Nak !".

Era Pak Lah baru sahaja berlalu. Tanpa disangka cucu seorang ulama' telah mengemukakan gagasan agama yang tidak tepat. Saya tidak perlu lagi ulas. Buku Tuan Guru Hj A. Hadi Awang bertajuk "Hadharah Islamiyyah, bukan Islam Hadhari" telah pun memberikan jawapan. Islam hadhari dikemukakan oleh Pak Lah ketika itu kerana mahu menarik perhatian rakyat bahawa Islam ada tempat dalam kerajaan Be End (BN). Dalam masa yang sama, mahu menyaingi pengaruh PAS yang mahu mendaulatkan Islam.

Sebelum itu, dalam menghadapi era kebangkitan semula Islam, Dr M turut mengemukakan beberapa slogan dan dasar mengenai Islam. Penerapan nilai-nilai Islam yang dijaja, telah berjaya memerangkap beberapa tokoh besar termasuk bekas presiden ABIM untuk menyertai umno. Kononnya, nak cuci umno dari dalam. Akhir sekali, turut terpalit dengan kekotoran tersebut dan ditendang keluar dalam keadaan yang sangat busuk. Baca kembali buku SHIT luahan rasa Shahnon Ahmad.

Dalam era pemerintahan yang panjang itu, Dr M telah membina Pusat Islam, Universiti Islam dan Bank Islam. Slogan Bersih, Cekap & Amanah dan Kepimpinan Melalui Teladan telah dikemukakan untuk mempromosikan bahawa kerajaannya adalah kerajaan Islam. Kemuncaknya, Dr M umumkan bahawa  Malaysia sebagai sebuah negara Islam semasa berucap dalam satu majlis anjuran parti komponen. Bagi Dr M, pengaruh Islam yang dibawa oleh parti lawan perlu disekat bagi menjamin kesinambungan pemerintahannya.

Fobia umno terhadap kebangkitan Islam bukan perkara baru. Semenjak belum merdeka lagi, telah disebutkan tentang `bahaya dari gunung'. Mereka begitu takut dengan kebangkitan semula Islam yang berpusat di Gunung Semanggol, Perak ketika itu. Lantas pemimpinnya ditangkap dan pertubuhan itu diharamkan.

Sebagai pelengkap kepada teori RAHMAN, ditabal PM ke 6 untuk meneruskan kerajaan BN yang kini tanpa majoriti 2/3 di parlimen. Seperti PM terdahulu, DS Najib pun mengemukakan slogan pemerintahannya. Bagi Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, slogan itu sebagai alat untuk menaikkan imej dan membina reputasi. "1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", begitulah rangkap slogan tersebut.

PM ke 6 belum lagi membuat penegasan tentang agenda Islam yang ingin dibawa. Cuma dilaporkan bahawa JAKIM akan menerangkan konsep 1 Malaysia dari perspektif Islam. Persoalannya, adakah pengaruh Islam kini tidak lagi menghantui BN ?. Mungkinkah dalam era `PAS for All' sekarang, BN tidak mahu lagi memperalatkan Islam. Atau, adakah ini adalah sebahagian daripada politik baru yang sedang melanda negara ini ?

Selasa, 19 Mei 2009

Di sebalik BN tak bertanding di Penanti

0
Harakah melaporkan: "KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) - Keputusan BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Penanti membuktikan bahawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak akur dengan kejayaan dan sokongan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Pulau Pinang".

Walaupun BN tidak bertanding di DUN Penanti, pilihanraya kecil itu besar kemungkinan akan berlaku. Ini kerana, dikatakan sudah ada calon bebas yang akan menentang calon Pakatan Rakyat. Samada mereka ditaja atau tidak, keputusan BN itu tidak membuahkan pengumuman menang tanpa bertanding.

Jika benar BN tidak bertanding, adakah ia akan memahat sejarah. Sebuah parti yang memerintah kerajaan pusat tidak sanggup menghadapi pilihan raya kecil. Dari satu sudut, ia memberi makna bahawa BN tak yakin menang. Namun, politik menuntut kebijaksanaan. Saya yakin mereka mempunyai strategi tertentu yang sukar dibaca. Usah terperangkap dengan muslihat mereka.

Seperti yang dicatat dalam buku Intifadhah Pilihan Raya Bersama Bulan Purnama, terdapat perbezaan antara yang tewas di medan perang dengan medan pilihan raya. Di medan perang, tentera yang kalah ramai yang mati. Dalam pilihan raya, mereka masih hidup dan menyusun strategi untuk menawan semula kerusi tersebut.

Dari harimau kepada hari-hari mau

0
Saya lahir selepas merdeka. Tidak sempat era penjajahan Inggeris. Begitu juga zaman pendudukan Jepun dan Bintang 3. Penampar Jepun dikatakan banyak kali hinggap di muka warga Tanah Melayu. Jeneral Yamashita digelar harimau. Mungkin nak gambarkan keganasan askar negara matahari terbit tersebut. Penjajah termasuk orang Jepun dibenci sewaktu Perang Dunia ke 2.

Selepas merdeka, Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan negara yang pernah menaklukinya. Dengan Inggeris, negara kita masih guna-pakai pelembagaan yang dirintis oleh Lord Reid. Tak mahu tukar. Dengan Jepun, PM yang lalu melancarkan dasar pandang ke timur. Banyak produk Jepun menjadi kesukaan rakyat kita. Bertukarlah dari `harimau' kepada hari-hari mau. Kualiti barangan Jepun menjadi kebanggaan dan pilihan orang Malaysia. Saya sendiri banyak membeli produk jenama Jepun. Bukan hanya selipar Jepun. Laptop yang sedang saya gunakan ini pun berjenama Toshiba. Sudah berubah pandangan generasi kini terhadap orang Jepun. Kisah ini boleh juga menjadi dorongan kepada ahli jamaah PAS di Lipis. Kita boleh menukar citarasa dan perspektif rakyat dari memuja umno kepada mesra perjuangan Islam bersama PAS. Walaupun kini PAS dilabelkan dengan pelbagai oleh orang umno totok.

Dasar Pandang Ke Timur sebagai wasilah telah memberi peluang kepada saya menyertai `The friendship programme for the 21st Century, Asean-Japan'. Bukan sekadar dapat makan tempura dan soba serta dapat menaiki bullet train dengan halaju biasa 280 km/jam. Tetapi, dapat belajar budaya yang baik dari orang Jepun. Orang Jepun adalah berdisiplin dalam kehidupan seharian. Ramai yang membaca ketika berada dalam keretapi. Amalan kebersihan mereka amat menakjubkan. Tidak hairanlah program 5S (sisih, susun, sapu, seragam & sentiasa amal) dipraktikkan di serata dunia. Ketika saya melawat pasar basah di Nagano, tak perlu kita lipat kaki seluar. Lantainya kering dan bersih.

Kami dibawa melawat empangan Kurobe dan bermain salji kali pertama dalam sejarah hidup. Dari puncak gunung, kami turun menggunakan sub way menaiki commuter. Ramai yang masuk toilet kerana sejuk. Air `flush' tak cukup kerana ramai yang menggunakannya. Yang saya terkedu dengan amalan kebersihan mereka, driver bas yang kami naiki menunggu sehingga tangki flush penuh. Dia sendiri yang flush sekali lagi untuk pastikan bilik air tersebut bersih. Itu tandas awam, bukan tandas rumahnya. Mereka bukan Islam tetapi amalkan kebersihan yang diajar oleh agama kita sebagai sebahagian daripada iman.

Pengalaman bekerja dengan syarikat Jepun, memberi faham erti etika kerja dan kesungguhan. Juga konsep kaizen iaitu sentiasa melakukan penambahbaikan. Pengurusan masa mereka juga cemerlang. Tiada istilah janji Jepun dalam soal menjaga masa. Tokoh politik orang Jepun juga lazimnya meletakkan jawatan jika terlibat dengan rasuah. Di negara kita ni, tokoh politik liat untuk berbuat demikian. Yang tak patut kita contohi dari orang Jepun (nipon-jin) ialah tabiah suka minum arak yang dikenali sebagai sake. Juga, usah contohi sikap frust menonggeng yang membawa kepada sanggup untuk tamatkan riwayat hidup. Bagi kita orang Islam, peganglah konsep qada' dan qadar. Usaha bersungguh-sungguh dan bertawakkal kepada Allah.

Isnin, 18 Mei 2009

Kemudahan solat kepada peniaga

1
Ramai di kalangan saudara-mara kita yang berniaga. Mereka memilih bidang yang menjadi 9/10 sumber rezeki. Antara medan niaga majoriti orang kita ialah pasar malam. Di Bandar (L) Lipis, pasar bermula dari petang Jumaat. Tiga waktu solat iaitu asar, maghrib & isyak dilalui sepanjang tempoh jual-beli. Namun, dari penelitian saya secara individu, tiada peningkatan saf solat samada di Masjid al-Firdaus, Masjid Daerah dan Surau Stesen Keretapi. Mungkin ada yang mengerjakan solat jamak (kita bersangka baik). Bagaimana pula dengan peniaga setempat ?

Di pekan Padang Tengku, pasar bermula dari petang Sabtu. Tiga waktu solat juga dilalui oleh pembeli dan penjual. Saya juga mendapati tiada peningkatan saf samada di Masjid Baru atau Masjid Lama. Surau stesen keretapi belum sempat saya buat tinjauan. Tidak bersolat bermaksud berniaga dalam persekitaran maksiat. Perkara ini perlu diberikan perhatian samada oleh agensi agama atau kita sendiri sebagai melunaskan amal makruf dan nahi mungkar.

Samada dirancang atau kebetulan, tapak pasar malam, pasar tani dan pasar basah di Lipis berdekatan dengan surau dan masjid. Maksudnya kemudahan untuk bersolat sudah ada. Apakah perlu menunggu pegawai penguatkuasa untuk berhenti sebentar untuk tunaikan solat ? Saya teringat sewaktu singgah di Kota Bharu beberapa tahun yang lepas. Padang bas di mana tempak mek-mek kelate berniaga belum pindah (dekat stesen bas). Waktu maghrib tiba. Sepanjang azan, perniagaan dihentikan sementara. Kalau tak silap saya, itu antara peraturan MPKB.

Pembeli dan peniaga boleh memainkan peranan. Kepada pembeli, di kala azan, tak usahlah turun ke pasar. Kepada peniaga, tidak rugi tinggalkan sekejap produk anda untuk solat. Lebih-lebih lagi jika berniaga dengan beberapa orang pembantu. Ketika tsunami melanda Acheh, ramai yang bertanya, kenapa orang baik pun dilambung oleh keganasan ombak ? Ustaz menjawab bahawa mereka lalai dalam soal `nahi mungkar'. Minta Allah jauhkan `tsunami, taufan atau halilintar' di Lipis dan kita perlu bersama berubah ke arah yang lebih baik.

Ahad, 17 Mei 2009

Krisis air di pertemuan 3 sungai

1
Semasa saya menulis ini, bekalan air JBA yang terputus sejak petang tadi baru nak beransur pulih. Rumah kami tiada tangki air tetapi kami menyediakan 2 bekas 100o liter sebagai takungan air bersih. Namun, dengan anak seramai 5 orang, ia hanya mampu bertahan selama sehari. Bekalan air juga terputus di Padang Tengku pada 13 Mei 2009, bermula lepas asar sehingga hampir subuh.

Pada 14 Mei 2009, saya singgah solat zohor di Masjid Bt 6, Penjom. Air juga terputus bekalan. Nasib baik dapat berwuduk dalam bilik air (baki dari tangki). Masalah air di Lipis perlukan perhatian. Bagaimana tempat pertemuan Sg. Jelai - Sg. Lipis - Sg. Pahang, sering terputus bekalan air ? Ini belum dikira kerosakan paip air dan kerja-kerja mengorek yang lambat diturap semula. Gambar yang saya lampirkan adalah tinggalan kerja membaiki paip di Kg. Berembang. Sudah lama ia dibiarkan berlopak. Apakah mahu menunggu kemalangan jalan raya berlaku ?

Saya pernah datang ke Pejabat JBA, Lipis (sebelah restoran Nasi Kandar) untuk memaklumkan kebocoran paip yang telah sekian lama di tepi jalan di kawasan perindustrian Kechau Tui. Mungkin pekerja JBA tak perasan bahawa sudah lama air bersih terbuang ke Sg. Tui.  Yang tak seronoknya, pegawai kaunter bertugas hanya memberikan no. telefon untuk saya maklumkan kepada pihak JBA (penyelenggaraan). Saya secara sukarela datang memberikan makluman, tetapi nampaknya tak dihargai.

Kepada wakil rakyat , bos JBA dan Tok 4 yang berumah batu dan bertangki air besar, tolonglah turun ke padang melihat masalah rakyat. Kalau kami tinggal di kawasan gurun, kami tak akan merungut. Tapi, Pahang kaya dengan air anugerah Tuhan dan Lipis pula berada di pertemuan 3 sungai besar...

Paip

Kuliah Fadzil Nor di Markas Berchang

1
PAS Cawangan Berchang telah mengatur kuliah bulanan untuk muslimin dan muslimat. Hari selasa, minggu ke 2 setiap bulan, Ustaz Fadzil Nor (Jr) dari Kuantan akan datang ke Lipis. Selepas solat asar, diadakan tazkirah untuk muslimat. Para suami atau bapa, bolehlah menggalakkan isteri atau anak perempuan masing-masing datang ke majlis ilmu tersebut.

Selepas maghrib, akan disambung dengan kuliah umum yang terbuka kepada semua peringkat. Ia lebih merupakan pengisian dalaman. Antara intipati kuliah Ust. Fadzil pada 12 Mei 2009 yang lalu ialah mengajak sidang pendengar supaya melazimi diri dengan majlis ilmu. Juga, mengajak ahli jamaah supaya berusaha memahami Islam dengan sebenarnya.

Akibat kurang faham terhadap ajaran Islam secara menyeluruh, berlaku kecelaruan dalam beramal. Beliau memberikan beberapa contoh. Ada di kalangan kita yang begitu bersemangat melakukan gerak-kerja parti di malam hari tetapi tersasar waktu subuh. Ada yang mengaku beriman kepada Allah tetapi dalam realiti kehidupan seharian lebih percayakan sesama manusia berbanding janji Tuhan. Begitu juga dengan dakwaan beriman kepada al-Quran tetapi tidak jadikan ia sebagai panduan.

Insya'allah, kuliah akan diteruskan pada bulan hadapan. Sila war-warkan program ini kepada rakan dan taulan. Jika anda tak sempat hadir, sekurang-kurangnya mendapat `syer' dari kawan-kawan yang datang mendengar hasil ajakan anda semua.

Berchang

Sabtu, 16 Mei 2009

Kenali markas Kg. Relong

2
Sambil bermotor ke Bandar Baru Lipis, saya sempat singgah di markas Kg. Relong. Nampaknya, bangunan dah hampir siap. Tentunya telah banyak sumbangan wang, idea dan tenaga dilaburkan. Semoga Allah menerimanya sebagai amal soleh.

Berdasarkan keputusan pilihan raya yang lepas, masih ramai pengundi di sini memangkah parti dacing. Dengan adanya markas tersebut, gerak kerja parti perlu ditingkatkan. Aktifkan aktiviti seperti di markas Kg. Berchang dan Kg. Bapong, yang merupakan kampung bersebelahan.

Relong

Jumaat, 15 Mei 2009

Warga kita diserang H1NI ?

1
Petikan berita Harakah:

"KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa seorang pelajar berusia 21 tahun menjadi mangsa pertama dijangkiti wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi di negara ini"

Apakah langkah-langkah pencegahan ?

Sila ke pautan Kementerian Kesihatan Malaysia berikut untuk muat turun beberapa maklumat Langkah Penting Pencegahan Selesema Babi (Swine Influenza)
http://www.moh. gov.my/MohPortal /newsFull. jsp?action= load&id=450

Antara RISALAH penting ialah :
- Etika Batuk
- Pandemik Influenza : Pastikan tangan anda bersih
- Influenza : Virus Influenza
- Pandemik Influenza : Soalan yang sering ditanya
- Pandemik Influenza : Apa yang anda perlu Tahu
- Pandemik Influenza : Penggunaan Penutup Mulut
- Petua pengendalian makanan yang selamat

Anda perlu tahu beza Avian Influenza , Epidemik Influenza dan paling kritikal dan bahaya iaitu Pandemik Influenza

Sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit influenza, anda dinasihatkan :
- Makan ubat demam seperti paracetamol
- Banyakkan minum air
- Berehat secukupnya
- Elakkan mengambil alkohol dan merokok
- Jangan mengunjungi tempat awam atau majlis keramaian untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain
- Tutup hidung dan mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin
- Maklumkan kepada pihak berkuasa

Tentatif Muktamar Tahunan

1
1.Muktamar PAS Dewan Ulamak Kali ke-48

Tarikh : 10 Jumada Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)

Tempat : Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam Selangor Darul Ehsan

 

2.Muktamar PAS Dewan Pemuda Kali ke-50

Tarikh : 10 Jumada Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)

Tempat : Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, Gombak Selangor Darul Ehsan

 

3.Muktamar PAS Dewan Muslimat Kali ke-49

Tarikh : 10 Jumada Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)

Tempat : Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

 

4.Muktamar Penuh PAS Kali ke-55

Tarih : 11,12 dan 13 Jumada Al-Akhir 1430 / 5, 6 dan 7 Jun 2008

Tempat : Stadium Malawati Shah Alam Selangor Darul Ehsan

 

http://muktamar55. pas.org.my

Setiap diri perlu berperanan

0
Terima kasih kepada semua pengunjung blog PAS Kawasan Parlimen Lipis. Juga, jazakallah kepada yang sudi memberikan komen dan pandangan. Kami berhasrat untuk berkongsi maklumat dengan semua rakyat. Untuk itu, sudilah kiranya memperkenalkan blog ini kepada blogger dan pengguna internet  lain di seluruh alam maya.

Menghargai komen oleh`kalamdamai' dan `umno jamban', PAS kawasan Lipis amat memerlukan sokongan dan dokongan semua ahli dan penyokong. Setiap orang boleh memainkan peranan masing-masing. Anda boleh menjadi agen untuk tarik ahli baru. Borang ahli ada disediakan di pejabat. Secara sukarela, anda boleh menghadapi serangan maklumat dari pihak lawan samada secara lisan atau bertulis (blogger).  Yang penting, setiap orang berperanan dan bukan beralasan.

Para pejuang terdahulu telah menunjukkan contoh dan teladan dalam memainkan peranan masing-masing. Kepada pegawai kerajaan, jadikan Dato' Abu Samah Ali sebagai perangsang. Beliau memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan pernah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang. Beliau aktif dalam PAS dan pernah diamanahkan sebagai Pesuruhjaya.

Kepada ustaz muda dan pendatang baru dalam PAS, jadikan Ustaz Ishak Abdullah sebagai motivator. Beliau merupakan tokoh pertama di kalangan ulamak yang dilantik sebagai Pesuruhjaya pada tahun 1964. Ketika itu, beliau baru berumur 28 tahun. Berapa umur kita sekarang, yang kita sifatkan terlalu muda dan baru ?

Sekiranya PAS di tempat kita masih lemah atau belum ada cawangan, jadikan Allahyarham Hj Mohd Dahlan Hj Idin sebagai teladan. Beliau merupakan pengasas PAS Pahang pada tahun 1954. Jasanya ialah menubuhkan ranting (kini cawangan) pertama di negeri ini di Kuala Kerdau, Kerdau. Seterusnya, bersama dengan Allahyarham Muhamad Yassin Salleh, ditubuhkan PAS cawangan (kini kawasan) di Temerloh.

Khamis, 14 Mei 2009

Selamat hari guru (16 Mei)

1
Kepada semua cikgu, ustaz-ustazah, pensyarah, tutor dan pengetua, kami nak ucapkan selamat Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei nanti. Tak dilupakan kepada guru-guru PASTI yang banyak berkorban untuk mendidik tunas-tunas Islam. Walaupun imbuhan mereka adalah termasuk di kalangan penanda aras miskin tegar, mereka terus komited dengan tugas.

PAS Kawasan Lipis pun mempunyai guru dan bekas guru yang berani bersama dengan gerakan Islam. Walaupun penyertaan mereka tidak disenangi oleh majikan (kerajaan Be End), mereka tahu tanggungjawab terhadap agama. Baru-baru ini saya ada hubungi Prof. Dr. Rosli Yunus, kini TNC di UMP. Semasa di kampus Jalan Semarak lebih 16 tahun dulu, beliau mengajar kami subjek `fuel technology'. Hebat, beliau masih kenal saya sebagai seorang bekas muridnya.

Semasa belajar di SMA Ittifaqiah (1981-83), guru Geografi saya bernama Cikgu Siti Rahimah. Mengikut mak saya, beliau baru-baru ini datang melawat ayah saya yang sedang sakit. Beliau masih ingatkan saya dan berpesan supaya berkunjung ke rumahnya jika saya balik kampung.

Sempena sambutan Hari Guru, marilah kita bekerjasama dengan semua cikgu-cikgu untuk mendidik anak-anak kita, anak bangsa dan semua warga supaya menjadi manusia yang kenal Allah dan tahu dirinya adalah Hamba Allah.  Mereka adalah harapan masa depan. Sesungguhnya, semua PM, YB, DO, DR, IR dan apa jua kerjaya adalah hasil didikan guru. Cikgu, teruskan perjuangan !!!

Kuliah Di Markas Tempoyang

0
Kita sudah sedia maklum bahawa Nabi Muhammad saw suruh tuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Lebih-lebih lagi sebagai pendokong gerakan Islam, kita semestinya menjadi contoh sebagai golongan yang suka belajar sepanjang hayat.

Antara program yang telah disusun oleh PAS Kawasan Lipis  ialah kuliah tauhid oleh Ust Juniadi pada hari sabtu, minggu kedua setiap bulan (bermula dengan solat maghrib berjemaah). Beliau menghuraikan kitab Muqaddimah Aqidah Muslimin. Pada 9 Mei 2009, beliau telah selesai mengupas bab perkara-perkara yang membatalkan iman.

Memetik kata-kata Ustaz Junaidi, manusia kini meletakkan sesuatu itu bernilai jika ada kepentingan peribadi kepada mereka. Lantas ramai yang lalai dengan habuan dan tarikan dunia. Mereka lupa bahawa nikmat yang paling besar ialah iman dan Islam. Maka belajar tentang agama adalah penting dan perlu berterusan.

Belajar ilmu feqah perlu berterusan dan wajib kerana hendak perbetulkan ibadah. Belajar tauhid wajib kerana hendak betulkan aqidah. Belajar tajwid wajib kerana nak betulkan bacaan al-Quran. 

Dalam Islam, ranking terbaik ialah menjadi pengajar ilmu agama, diikuti pelajar, seterusnya pendengar. Paling tidak pun, suka kepada majlis ilmu. Mohon dijauhkan dari menjadi golongan ke 5 (terkeluar senarai). Wassalam.

Selasa, 12 Mei 2009

Gas pemedih mata yang mencederakan

0
Kisah malang seorang pelajar di Kota Bharu yang buta sebelah mata, yang dikatakan berpunca dari hentaman kelongsong peluru gas memedih mata perlu diambil pengajaran. Anggota keselamatan di negara ini perlu lebih professional dan bertanggungjawab.

Saya tidak dapat mengulas kes di Stadium Sultan Mohamad IV. Tetapi semasa perhimpunan aman dari Masjid Negara ke Istana Negara pada 7 Mac 2009 menampakkan bahawa pihak keselamatan sukar bertolak ansur. Gas pemedih mata ditembak semacam untuk melepaskan geram.

Saya kagum dengan kekuatan semangat dan ketahanan diri para sahabat yang hadir demo pada hari tersebut. Saya sendiri tidak dapat bertahan, terpaksa undur dan membayangkan akan pengsan. Mata terlalu pedih dan tekak meloyakan. Air yang dibawa habis dibahagikan. Nasib baik ada kawan yang minta makan butiran garam.

Saya turun ke tepi sungai untuk mengurangkan kesan gas. Tapi, sebiji lagi bom asap ditembak di tempat tersebut. Seorang sahabat yang berani telah mengambil sebutir kelongsong dan membawa balik ke Lipis dan ditunjukkan semasa usrah di Tempoyang.

Kelongsong sebesar ulu parang itu tertulis `Chemical Irritating Agent' (Code: 560CS). Tertulis juga sedikit maklumat kesan gas tersebut dan tips menghadapinya: "irritating of eyes, nose, skin and respiratory system. Do not rub eyes, use cold water at the affected area'.

Bagi pendokong gerakan Islam, demonstrasi adalah satu program tarbiyyah. Ia hanya dilakukan secara aman. Jika di negara luar, pihak keselamatan boleh memantau perjalanan demo yang aman, kenapa di negara kita tidak sedemikian?. Satu lagi omongan kosong slogan `rakyat diutamakan'.

Buta KB

Isnin, 11 Mei 2009

Pilihan raya kecil 59 Kerusi DUN ?

0
Kita menyambut berita gembira dari Mahkamah Tinggi KL dengan penuh kesyukuran kepada Allah SWT. "KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah" - demikian lapor Harakah.

Seterusnya, kita berdoa semoga Sultan Perak memberi restu supaya DUN dibubarkan dan biarlah rakyat yang menentukan kerajaan pilihan mereka. Bersedialah dari sudut tenaga, masa, kepakaran dan wang ringgit untuk turun berkempen bagi menjulang kerajaan Pakatan Rakyat.

0-nizar1[1]

Ahad, 10 Mei 2009

Suatu pengajaran tentang perubahan

0
Iceberg

 

 

 

 

 

 

 Perubahan dilaungkan di sana sini. Di kalangan ahli politik, mereka melaungkan `vote for change'. Sewaktu saya bertugas dengan syarikat Samsung, pihak pengurusan pernah mempromosikan slogan `change begins with me' dan `change for success'. Dalam kesempatan ini, saya ingin berkongsi tulisan Victor S. L. Tan, yang diperolehi sewaktu menghadiri kursus `changing mind set' suatu waktu dulu.

Cerita `suatu pengajaran tentang perubahan' adalah berkaitan dengan insiden kapal mewah yang karam di tengah lautan. Titanic, kapal penumpang yang menjadi harapan ramai, pernah dianggap sebagai kapal paling selamat di dunia. Badan kapal itu sepanjang 850 kaki dengan 14 buah kompartmen kedap air. Beratnya 46,000 tan. Tiada siapa menyangka ia boleh karam. Kapal Titanic dianggap sangat kukuh dan mampu menghadapi apa jua keadaan di lautan.

Namun, kapal itu telah tenggelam, karam di dasar laut bersama-sama kapten dan 1,513 penumpang yang malang. Peristiwa kapal Titanic memberi pengajaran tentang perlunya perubahan dalam organisasi, pendekatan perjuangan, hatta kepada pegangan orang perseorangan. Bagi Victor S.L. Tan, peristiwa Titanic berpunca dari 3 kesilapan besar:

Kesilapan 1: Percaya akan kekebalan -  Setelah Titanic melanggar tepi bongkah ais (iceberg) yang tajam bercerancang, Kapten Ernest Smith sedikit pun tidak bimbang, meskipun dia sedar bahagian badan kapal itu telah merekah. Malahan, para pegawainya bersorak dengan gembira kerana kapal itu dapat melepasi iceberg. Apa yang mereka tidak sedar ialah air sedang mengalir masuk melalui rekahan sepanjang 300 kaki. Kesudahannya, kapal itu tenggelam di Lautan Atlantik.

Kesilapan ke 2: Mengambil ringan ancaman persekitaran - Seramai 2,300 orang penumpang berada di dalam kapal, tetapi terdapat hanya 16 buah bot penyelamat untuk 1,250 orang sahaja, walhal kapal itu boleh dilengkapi dengan 48 buah bot penyelamat. Meskipun laporan tentang wujudnya iceberg di sekitar perairan yang akan dilalui diterima, kapten tidak mengarahkan supaya kelajuan kapal dikurangkan atau bertukar haluan. Isyarat wireless yang menunjukkan kapal itu sedang bergerak dengan kelajuan 22 knot sejam menuju ke arah iceberg, sedikitpun tidak dihiraukan.

Kesilapan ke 3: Sudah terhantuk baru tengadah - Menurut laporan, perlanggaran berlaku tepat pada pukul 11.40 malam. Selama 25 minit berikutnya, tiada apa yang dilakukan. Hanya sejurus 5 minit selepas waktu tengah malam, barulah arahan untuk mengeluarkan bot-bot penyelamat diberi. Tetapi ia telah terlambat...

Demikianlah secebis kisah tentang perlunya PERUBAHAN. Kita sebagai individu juga perlu berubah. Apatah lagi Islam mengajar supaya `hari ini lebih baik berbanding semalam dan esok lebih baik berbanding dengan hari ini'. Kerajaan juga boleh berubah. Maka marilah kita bersam-sama melakukan perubahan ke arah sesuatu yang diredhai Allah swt.

BN tak mesra saudara baru ?

0
Kartun Rossem yang tersiar dalam akhbar Harakah baru-baru ini sepatutnya menjadi renungan kepada semua. Lebih-lebih lagi kepada tuan nazir, tok imam, tok bilal, tok siak dan yang sewaktu dengannya; yang masih mendakwa kerajaan Be End (BN) pimpinan umno sebagai pembela agama Islam yang sebenar. Keputusan kabinet kerajaan BN sangat tidak menepati kehendak Islam dalam soal status agama anak-anak saudara baru kita. Kepada pengundi setia umno, usah kemilau dengan binaan masjid yang indah, pusat zakat yang berhawa dingin atau pengumuman Malaysia sebagai negara Islam. Setelah ditulis `Islam sebagai agama rasmi' dalam perlembagaan, maka sewajarnya perintah Allah dan Rasul `diutamakan', bukan undi dan hati rakan komponen yang diutamakan.kabinet

Sabtu, 9 Mei 2009

Memutuskan talian hayat umno

0
SabuAlhamdulillah, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dibebaskan selepas ditangkap oleh polis atas tuduhan mengajak rakyat berkumpul di Perak untuk munajat. Abang Mat baru saja datang ke Lipis dan menyampaikan ceramah umum di Markas PAS Cawangan Kg. Gua.

Kampung Gua adalah kubu umno. Ia juga tempat asal Ketua Pemuda umno Pahang yang baru dilantik oleh KJ iaitu Abu Jimi. Namun, ceramah pada malam tersebut mendapat sambutan yang luar biasa. Pada malam itu, turut berceramah ialah Sofi Wahab, seorang jurutera muda yang berasal dari Lubuk Kulit, Lipis,  tetapi kini berkhidmat di Melaka. Menjadi Ketua Penerangan di negeri yang dikuasai oleh Ali `Ketam', yang partinya umum terlibat dengan politik wang sewaktu kempen pemilihan 2009.

Intipati penting ceramah Abang Mat ialah tentang 2 talian hayat umno di musim pilihan raya. Menurut beliau, talian hayat tersebut ialah undi pos dan juga undi peneroka. Ketelusan undi pos telah diperjuangkan oleh BERSIH. Rakyat pun sudah turun berarak ke istana negara tahun lepas. Ia perlu terus diperjuangkan memandangkan Menteri Pertahanan baru, Zahid Hamidi mahu mengadakan kem di setiap kawasan parlimen.

Talian hayat kedua ialah undi peneroka Felda. Di Pahang yang mempunyai banyak tanah rancangan, perkara ini turut memberi kesan kepada keputusan pilihan raya. Semasa pilihan raya umum tahun lepas, harga getah dan sawit adalah tinggi. Umno menjaja ke segenap pelusuk tanah rancangan bahawa inilah kejayaan pimpinan mereka. Ditabur pula insentif dan bonus, seolah-olah itu duit umno. Sedangkan, ia adalah duit Felda hasil kerja keras semua peneroka sendiri.

Di kawasan Lipis, terdapat gugusan Felda Kechau, di samping Felda Plantation Sdn Bhd di mukim Telang. PAS cawangan Felda Kechau khususnya, PAS kawasan dan negeri amnya, perlu memecahkan tembok yang dibina oleh umno di tanah rancangan. Menurut mantan Ketua Penerangan PAS Lipis, Cikgu Hj Abu Bakar, peneroka agak takut untuk menerima risalah-risalah penerangan yang diedarkan. Teringat saya kepada Mazlan Aliman yang mengetuai ANAK. Ada baik juga menjemput beliau memberikan penerangan, di samping mengedar buku tulisan beliau: "Dulu tolong, kini along" yang merujuk kepada pengurusan Felda.

Bersama mengubah minda rakyat

0
Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, merangkap TYDP Lipis, Roslan Zainal berpendapat bahawa jentera pilihan raya PAS di Pahang adalah antara yang terbaik. Namun, perubahan atau `tsunami politik' hanya berlaku di negeri di Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Pulau Pinang dan Kedah tetapi tidak berlaku di Pahang dan beberapa negeri lain. Beliau berkeyakinan bahawa  faktor utama fenomena tersebut ialah rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat.

Di sebelah pantai barat, terutama di kawasan bandar, perumahan baru dan kawasan perindustrian, penduduk mudah memperolehi berita alternatif menerusi internet. Mereka boleh membandingkan maklumat yang diterima dari media milik atau pro kerajaan seperti RTM, Bernama & saluran media prima dengan pandangan pakatan rakyat menerusi berita on line, klip video ceramah, blog dan sebagainya. Setelah pertimbangan yang bijak dibuat, mereka telah bersedia melakukan perubahan dengan menolak Be End (BN).

Dalam meningkatkan magnitud sokongan terhadap Pakatan Rakyat, kita semua harus berperanan lebih aktif untuk menyampaikan maklumat terutama di kawasan kampung atau luar bandar.  Kita perlu mengubah minda rakyat bahawa bukan BN sahaja yang boleh memerintah Malaysia. Tambahan pula sebagai muslim, kita memperjuangkan terlaksananya sistem pemerintahan yang diredhai oleh Allah SWT. Selepas lebih 50 tahun merdeka, tuntutan agama belum kita langsaikan.

Perubahan iklim dan landskap politik yang lebih baik boleh direalisasikan jika berlaku perubahan di peringkat pusat atau kejayaan menukar kerajaan federal. Maka, usaha perlu digerakkan dari sekarang untuk mengubah minda rakyat di seluruh negara termasuk Pahang dengan menyemarakkan aktiviti penerangan. Ia bukanlah suatu yang mustahil tetapi menuntut setiap diri untuk berperanan. Tidak cukup sebagai pemerhati atau sekadar menunggu perubahan. Semoga Allah permudahkan.

Bulan Infak PAS Pahang

0
Bulan infak PAS Pahang telah disempurnakan pelancarannya. Kupon-kupon infak sudah diedarkan ke seluruh pelusuk negeri. Kepada para dermawan, sumbangan ikhlas anda amat kami harapkan. Untuk menyumbang, boleh berjumpa dengan pimpinan kawasan atau masukkan terus ke dalam akaun (rujuk gambar). Infak

Jumaat, 8 Mei 2009

Kuliah/Ceramah Di Sana Sini

0
Kami menjemput anda semua dan seluruh lapisan masyarakat untuk hadir ke program-program berikut:

1] Kuliah Bulanan Aqidah oleh Ust. Junaidi bertempat di Markas PAS Tempoyang, Lipis pada 9 Mei 2009. Kuliah bermula selepas solat maghrib, yang akan menghuraikan kitab `Muqaddimah Aqidah Muslimin'.

2] Pidato Isu Perak oleh YAB DS Nizar dan YB Teng C Khim pada 9 Mei 2009 di Markas PAS Kg. Embun, Pekan Awah, Maran, mulai 9 malam.

3] Kuliah bulanan Ust Fadzil Nor pada 12 Mei 2009 di Markas PAS Berchang, mulai solat maghrib.

4] Forum Perdana bersama Prof. Dr. Aziz Bari (UIAM) bertempat di Markas PAS Dong, Raub, bermula selepas Isyak.

Nota: Program tertakluk kepada perubahan

Mengelak bahaya kebinasaan dengan berinfak

1
DALIL BERDASARKAN AYAT 195, SURAH AL-BAQARAH

“DAN BELANJAKANLAH (APA YANG ADA PADA KAMU) KERANA (MENEGAKKAN) AGAMA ALLAH, DAN JANGANLAH KAMU SENGAJA MENCAMPAKKAN DIRI KAMU KE DALAM BAHAYA KEBINASAAN (DENGAN BERSIKAP BAKHIL), DAN BAIKILAH (DENGAN SEBAIK-BAIKNYA SEGALA USAHA DAN) PERBUATAN KAMU; KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH MENGASIHI ORANG YANG BERUSAHA MEMPERBAIKI AMALANNYA”

TAFSIRAN AYAT DARI KITAB ASBABUN NUZUL, M/S 88

Mengikut riwayat oleh Abu Daud, Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim: Sebab penurunan ayat ini berdasarkan peristiwa di mana ketika Islam telah berjaya dan ramai pengikutnya, kaum Ansar telah berbisik sesama mereka dengan berkata: “Harta kita telah habis dan Allah telah memberikan kemenangan kepada Islam. Bagaimana sekiranya kita membangun dan memperbaiki kembali ekonomi kita ?” Maka turunlah ayat di atas sebagai teguran supaya jangan menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan.

Mengikut riwayat at-Thabrani: Sebab penurunan ayat berdasarkan peristiwa di mana kaum Ansar terkenal sebagai kaum yang suka bersedekah dengan mengeluarkan harta kekayaan yang banyak. Akan tetapi pada musim ditimpa bencana kelaparan, mereka tidak lagi memberi sedekah, maka turunlah ayat ini.

TAFSIRAN DARI KITAB TAFSIR IBNU KATSIER, JILID 1, M/S 342-343

Maksud firman Allah, surah al-Baqarah, ayat 195: “Dan dermalah kalian dalam jalan menegakkan agama Allah, dan jangan menjerumuskan dirimu ke dalam jurang bahaya, dan berlaku baiklah kalian, sungguh Allah kasih pada orang yang berlaku baik”

Hudzaifah r.a. berkata, “Ayat ini diturunkan mengenai derma, sedekah untuk membiayai perjuangan jihad fi sabilillah” (Bukhari).

Aslam Abi Imran berkata, “Ketika perang Konstantinopel (Qusthanthiniyah) terjadi suatu peristiwa, seorang sahabat Muhajir langsung maju menyerang barisan orang-orang kafir sehingga dapat menembus dan mengucar-kacirkan barisan, sedang bersama kami Abu Ayyub al-Ansori. Tiba-tiba ada orang yang berkata kepada orang yang menyerbu itu, “Ia telah melemparkan dirinya dalam jurang binasa”.

Langsung Abu Ayyub berkata, “Kamilah yang lebih mengerti tentang tujuan ayat itu, sebab ayat itu turun mengenai diri kami, kami sahabat Ansar bersahabat dengan Rasulullah s.a.w dan mengikuti semua peperangannya, kemudian sesudah tersebar Islam dan ramai pengikutnya, kami berkumpul di kalangan kami lalu berkata, “Alhamdulillah, kami telah dimuliakan Allah dengan Islam dan bersahabat dengan Nabi-Nya serta membelanya sehingga tersebar dan ramai pengikutnya, sedang kami telah lama meninggalkan ladang kami, dan kini peperangan telah selesai, maka lebih baik kami kembali mengurus kebun ladang kami, dan tinggal sahaja bersama keluarga kami, tiba-tiba turun ayat 195 ini.

Berjuanglah terus fi sabilillah dan jangan melemparkan dirimu ke dalam jurang binasa. Yakni, jangan meninggalkan perjuangan untuk menegakkan agama Allah, sebab ia bererti binasa”. (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi & an-Nasai).

Ibnu Abbas mengatakan bahawa ayat 195 ini bukanlah mengenai jihad tetapi ancaman bagi orang yang bakhil, tidak suka membantu perjuangan menegakkan agama Allah. Seseorang bertanya kepada al-Baraa’ bin Azib, “Jika aku menyerang tentera musuh sendirian sehingga mereka membunuhku, apakah itu bererti aku telah melemparkan diriku dalam binasa?”. Jawab al_Baraa’, “Tidak, sebab Allah mewajibkan kepada setiap orang untuk berjuang sendiri, sedang ayat 195 ini mengenai derma, sedekah fi sabilillah.

Khamis, 7 Mei 2009

Lipis: Cukupkah sekadar bandar bersejarah ?

2
Kuala Lipis suatu waktu dulu memang telah memahat sejarah. Pernah menjadi ibu negeri Pahang sebelum bertukar ke Kuantan. Turut dijaja oleh Um-NO & Be End sebagai tempat kelahiran PM ke 6. Para pengunjung luar boleh menyingkap sejarah Lipis di Dataran Sejarah, Dataran Informasi dan beberapa monumen yang telah disediakan oleh MDL.

Namun, hakikatnya Lipis masih banyak kekurangan berbanding bandar-bandar lain di negeri ini. Harga barangan keperluan harian adalah mahal berbanding dengan Raub atau Jerantut. Di samping itu, banyak agensi yang tiada cawangannya di Lipis. Tiada JPJ, LHDN, KWSP & JTK di bandar ini. Jika mahukan perkhidmatan tersebut, perlu pergi ke Raub atau Bentong. Jika betul `rakyat diutamakan', perkara ini perlukan perhatian dan penambahbaikan.dataran11

Program kebajikan PAS membuahkan hasil

0
Kuala Lipis: Allahyarham Sahluddin Hassan baru sebulan menyertai Skim Takaful Kelompok kendalian Takaful Etiqa dengan kerjasama Perhubungan PAS Pahang. Namun, program kebajikan PAS tersebut sudah membuahkan hasil dan memberikan manfaat kepada ahli keluarga beliau. Pada tanggal 7 Mei 2009, waris beliau telah menerima bayaran awal wang khairat kematian berjumlah RM1000 di rumahnya di Taman Muhibah, Kuala Lipis. Bakinya, RM2000 akan menyusul selepas penyerahan salinan sijil kematian yang telah disahkan. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh YDP Kawasan Lipis, Tuan Hj. Ishak Sat. Mewakili saf pimpinan, kami mendoakan semoga roh al-marhum Sahluddin Hassan ditempatkan bersama golongan solihin. Amin !!!takaful1