Ahad, 17 Mei 2009

Kuliah Fadzil Nor di Markas Berchang

PAS Cawangan Berchang telah mengatur kuliah bulanan untuk muslimin dan muslimat. Hari selasa, minggu ke 2 setiap bulan, Ustaz Fadzil Nor (Jr) dari Kuantan akan datang ke Lipis. Selepas solat asar, diadakan tazkirah untuk muslimat. Para suami atau bapa, bolehlah menggalakkan isteri atau anak perempuan masing-masing datang ke majlis ilmu tersebut.

Selepas maghrib, akan disambung dengan kuliah umum yang terbuka kepada semua peringkat. Ia lebih merupakan pengisian dalaman. Antara intipati kuliah Ust. Fadzil pada 12 Mei 2009 yang lalu ialah mengajak sidang pendengar supaya melazimi diri dengan majlis ilmu. Juga, mengajak ahli jamaah supaya berusaha memahami Islam dengan sebenarnya.

Akibat kurang faham terhadap ajaran Islam secara menyeluruh, berlaku kecelaruan dalam beramal. Beliau memberikan beberapa contoh. Ada di kalangan kita yang begitu bersemangat melakukan gerak-kerja parti di malam hari tetapi tersasar waktu subuh. Ada yang mengaku beriman kepada Allah tetapi dalam realiti kehidupan seharian lebih percayakan sesama manusia berbanding janji Tuhan. Begitu juga dengan dakwaan beriman kepada al-Quran tetapi tidak jadikan ia sebagai panduan.

Insya'allah, kuliah akan diteruskan pada bulan hadapan. Sila war-warkan program ini kepada rakan dan taulan. Jika anda tak sempat hadir, sekurang-kurangnya mendapat `syer' dari kawan-kawan yang datang mendengar hasil ajakan anda semua.

Berchang

1 ulasan:

guabama berkata...

Pandangan Ust. Fadhil Nor itu memang benar. Ramai di kalangan ahli jemaah gerakan Islam begitu bersemangat untuk berjuang. Tetapi amal ibadah kurang dipraktikkan. Contoh paling mudah ialah solat fardhu secara berjemaah. Rasululah SAW dalam sirahnya tidak pernah meninggal solat fardhu berjemaah bersama para sahabat. Sebab solat berjemaah ini mengukuhkan ikatan perpaduan dan ukhwah serta semangat bekerjasama. Sallahuddin Al-Ayubi, Mohammad al-Fateh dan Tariq bin Ziyad memilih para tentera yang tidak pernah meninggalkan solat berjemaah. Seorang Paderi Yahudi pernah berkata. selagi solat Subuh umat Islam tidak seramai solat Jumaat maka selagi itulah umat Islam tidak boleh menewaskan kita. Oleh itu PAS Lipis perlu menggerakkan ahlinya supaya setiap orang ahli mesti tidak pernah sama sekali meninggalkan solat fardhu secara berjemaah. Dengan ini kita akan lihatlah hasilnya nanti, PAS akan menguasai Parlimen Lipis dengan berkat dan bantuan Allah. Jika kita membantu Allah maka Allah akan membantu kita.

Catat Ulasan