Khamis, 14 Mei 2009

Selamat hari guru (16 Mei)

Kepada semua cikgu, ustaz-ustazah, pensyarah, tutor dan pengetua, kami nak ucapkan selamat Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei nanti. Tak dilupakan kepada guru-guru PASTI yang banyak berkorban untuk mendidik tunas-tunas Islam. Walaupun imbuhan mereka adalah termasuk di kalangan penanda aras miskin tegar, mereka terus komited dengan tugas.

PAS Kawasan Lipis pun mempunyai guru dan bekas guru yang berani bersama dengan gerakan Islam. Walaupun penyertaan mereka tidak disenangi oleh majikan (kerajaan Be End), mereka tahu tanggungjawab terhadap agama. Baru-baru ini saya ada hubungi Prof. Dr. Rosli Yunus, kini TNC di UMP. Semasa di kampus Jalan Semarak lebih 16 tahun dulu, beliau mengajar kami subjek `fuel technology'. Hebat, beliau masih kenal saya sebagai seorang bekas muridnya.

Semasa belajar di SMA Ittifaqiah (1981-83), guru Geografi saya bernama Cikgu Siti Rahimah. Mengikut mak saya, beliau baru-baru ini datang melawat ayah saya yang sedang sakit. Beliau masih ingatkan saya dan berpesan supaya berkunjung ke rumahnya jika saya balik kampung.

Sempena sambutan Hari Guru, marilah kita bekerjasama dengan semua cikgu-cikgu untuk mendidik anak-anak kita, anak bangsa dan semua warga supaya menjadi manusia yang kenal Allah dan tahu dirinya adalah Hamba Allah.  Mereka adalah harapan masa depan. Sesungguhnya, semua PM, YB, DO, DR, IR dan apa jua kerjaya adalah hasil didikan guru. Cikgu, teruskan perjuangan !!!

1 ulasan:

kalamdamai berkata...

Sebelum saya memanjangkan bicara tutur kata yang tidak seindah ini izinkan saya mengambil kesempatan terlebih dahulu untuk mengucapkan selamat hari guru yang akan disambut pada 18 Mei 2009 khususnya kepada semua insan yang bergelar guru tidak kira guru apa-apa pun yang mana memberi sepatah ilmu kepada orang yang mendengarnya.
Sebelum itu saya mengucapkan jutaan tahniah kepada guru dan ustaz yang sedang bertugas mahupun guru dan ustaz yang telah bersara yang mana memberi sokongan padu didalam jemaah PAS yang mana memberanikan diri secara terang terang ataupun sembunyi sembunyi didalam memperjuangkan jemaah bagi kemenangan dunia dan akhirat.Kalau dilihat keterlibatan pada guru dan ustaz di Lipis ini didalam jemaah PAS amatlah berkurangan kalu dibandingkan dengan guru yang memberi sokongan kepada Be End kenapa ,ini dipengaruhi oleh sifat takut kepada majikan (orang) atau kita takut kepada allah.Kepada guru-guru dan ustaz yang masih berkhidmat jangan kita takut kepada manusia kita kena takut kepada allah yang menjadikan hambanya dimuka bumi ini.Kalau kita memberi sokongan yang lebih kepada Be End pun tak kemana juga.Umno hampir tersungkur dan akan lenyap dibumi allah ini sekiranya kezaliman , penyelewengan dan kerakusan menjadi agenda mereka yang mana diteruskan.Insyallah allah akan memberi kemenagan kepada hambanya yang sering didalam memperjuangkan islam.

Terdapat segelintir saja guru-guru dan ustaz dilipis ini yang saya lihat yang mana sudah bersara bergiat didalam jemaah PAS yang lain kemana? ini satu perkara yang tidak bagus.Kepada ustaz yang mempunyai ilmu didalam agama tampilkan diri anda dan memberi ilmu yang betul kepada jemaah islam jangan jadi ustaz yang menyembunyikan hukum allah yang sebenarnya dan jangan jadikan diri mu sebagai kuda tunggangan Umno yang mana islam hanya digunakan disatu ketika saja , kematian,sakit demam, kenduri kendara dan doa selamat sembahyang hajat minta doa dengan allah baru diaorang nak guna islam.Islam hendak digunakan sebagai rule model didalam kehidupan sehingga nak masuk tandas pun islam suruh baca doa.

kepada ustaz-ustz dan guru-guru yang mana masih berkhidmat tu curahkan ilmu kepada anak generasi islam supaya mereka inilah yang bakal memimpin negara nanti yang mana berilmu agama disamping ilmu dunia.

Selamat menyambut hari guru.... kalamdamai

Catat Ulasan