Sabtu, 16 Mei 2009

Kenali markas Kg. Relong

Sambil bermotor ke Bandar Baru Lipis, saya sempat singgah di markas Kg. Relong. Nampaknya, bangunan dah hampir siap. Tentunya telah banyak sumbangan wang, idea dan tenaga dilaburkan. Semoga Allah menerimanya sebagai amal soleh.

Berdasarkan keputusan pilihan raya yang lepas, masih ramai pengundi di sini memangkah parti dacing. Dengan adanya markas tersebut, gerak kerja parti perlu ditingkatkan. Aktifkan aktiviti seperti di markas Kg. Berchang dan Kg. Bapong, yang merupakan kampung bersebelahan.

Relong

2 ulasan:

Pelita Hati berkata...

Dengan terdirinya sebuah markas perjuangan
Berdiri megah dibawah sebuah lembah sepi
Sungai Batu nama diberi

Dulu Kg.Relong penoh bereri
Sekarang penyokong sudah lari
Kubu kuat PAS seantero negeri
Namun ku kira kini, sudah ada bangunan sendiri

Teruskan perjuangan mu bersama jemaah walau kini
Anak peribumi Relong sendiri tidak mengerti
Apa kehendak yang kita cari,namun mereka tidak sedari
Perjuangan agama sudah dicaci
Ku harap sumbangan terus diberi
Jangan cepat menyepi diri

Di sebuah markas yang berdiri tegak teruskan usrah sesama ahli disamping berdakwah kepada jemaah yang lain.PAS Lpis sudah ada kemajuan sendiri kalau dibandingkan dengan dahulu, sekarang sudah ada bangunan sendiri bagi menjalankan segala aktiviti.Mesyuarat Agung tahunan sudahpun berakhir dimana pemilihan dan perlantikan jawatan sudah pun diketahui,tahniah kepada yang berjaya dilantik dan kepada mereka yang tidak berjaya jangan putus asa pula teruskan perjuangan dan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Organisasi bagi menghadapi PRU 13 nanti.Jangan jadi barisan pemimpin Umno yang kalah merajuk diri.

guabama berkata...

Tahniah PAS Relong di atas tertegaknya Markas PAS Relong. Jazakallah khairan kathira kepada para penderma yang membantu menegakkan Markas PAS Relong. Kepada ahli-ahli PAS yang berasal dari Kg. Relong yang berada di seluruh Negara marilah sama-sama kita bantu PAS Kg. Relong melakukan gerak kerja dakwah supaya penduduk Kg. Relong memahami ajaran Islam yang sebenarnya. Bukan ajaran Islam yang dibawa oleh UMNO Hadhari.

Catat Ulasan