Jumaat, 29 Julai 2011

KUALA LIPIS, Baru-baru ini Pas Cawangan Bandar Lipis dan PKR Cabang Lipis (PR) telah membuat kunjugan ziarah terhadap keluarga Abd Wahab bin Dollah yang tinggal di Taman Sg. Kerpan 3. Abd Wahab seorang pesara, beliau sebelum ini bekerja sebagai pekerja sekolah, dan telah berkhidmat di beberapa buah sekolah di daerah Lipis. Isterinya Nazmah binti Mat Salim telah menghidap penyakit lumpuh sejak 9 tahun yang lalu. Segala urusan diri Nazmah, semuanya dilakukan oleh Abd Wahab, kadang-kadang ada juga anak-anaknya membantu.Kesemua anak-anak Abd Wahab sudah berkeluarga, bila ada kelapangan, mereka pastnya tidak akan lupa menziarahi kedua-dua ibu bapa mereka.
                                                Tahlil dan Doa selamat

             Ketibaan  rombongan PR  telah disambut oleh Abd Wahab, anak-anaknya, keluarga serta jiran-jiran. Kunjugan ziarah oleh PR itu telah dimulakan dengan Majlis Tahlil dan  Bacaan Doa Selamat, yang dipimpin oleh seorang kakitangan Masjid Sultan Mahmud  Bandar Lipis.
                                                                                                 
   
         Saudara Idris menyampaikan cenderahati

         Pada penghujung majlis kunjungan ziarah Pakatan Rakyat itu, Saudara Idris mewakili PR Lipis telah menyampaikan sedikit cenderahati kepada Nazmah, iaitu isteri Abd Wahab Dollah.

Sabtu, 23 Julai 2011

Kuala Lipis, 24 Julai 2011, PAS Kawasan Lipis memandang berat dan memohon kepada MDL supaya memberi perhatian serius terhadap kebersihan longkang di hadapan 10 pintu kedai di Jalan Cheneras. Sudah agak lama longkang ini tidak dibersihkan. Keadaannya agak menjijikan, air bertakung dan sampah sarap seperti kotak rokok, plastik bakas  minuman dan makanan terbiar begitu sahaja. Sementelahan pula terdapat dua buah kedai makan yang menjadi tumpuan pelanggan dari dalam dan luar Lipis. Longkang yang kotor ini pastinya memberi peluang kepada nyamuk untuk membiak, dan memeberi imej yang buruk kepada bandar Kuala Lipis dan penduduknya.


                                                          Jijik!!!!

                                 Air bertakung! Sakit mata memandang.




        Selain itu, longkang besar di sebelah kiri Jalan Chenaras menghala ke Padang Tengku tidak diselengarakan dengan sempurna. Rumput dibiarkan tumbuh di tepi dan di dalam longkang, pokok tumbang sudah sekian lama terbiar. Sudah beberapa kali berlaku bajir kilat terutamanya di hadapan kedai sehingga ke persimpangan Taman Cheneras Jaya. Beberapa buah kerta pernah tenggelam di dalam banjir kilat ini. Kereta penulis sendiri pernah terlibat dengan banjir kilat ini pada tahun lepas dan mengalami kerosakan dan terpaksa mengeluarkan wang lebih daripada RM 1000 untuk membaikinya. Kebelakangan ini walaupun ada usaha MDL membaiki longkang ini, tetapi masih lagi tidak memuaskan dan menyakinkan pengguna-pengguna yang melalui jalan itu setiap hari.
                             Rumput panjang dan pokok tumbang di dalam longkang.


              Kerja-kerja penyelanggaran longkang besar yang tidak memuaskan.


           Dengan pendedahan gambra-gambar ini, PAS Kawasan Lipis merayu kepada PBT terutamanya MDL supaya membuat tindakan segera demi keselesaan dan kesejahteraan pemilik-pemilik kedai, para pelanggan yang datang makan, dan pengguna-pengguna Jalan Cheneras, Kuala Lipis. Rakyat sentiasa menilai selogan
"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan."

        

Isnin, 11 Julai 2011

Kerosakannya semakin membimbangkan


Di jalan masuk Taman Cheneras Jaya. Mohon PBT membaiki segera demi keselamatan penduduk TCJ  dan orang ramai yang melalui jalan ini. Keadaan ini sudah agak lama terbiar.