Jumaat, 4 September 2009

Soalan dari Mat not

Matnot said
24 August 2009 at 1:33 pm

-Saya nak mengadu tentang perkara ini :

KERTAS Putih bertarikh 8 November 1984 melaporkan bahawa Dewan Ulama Pas yang bersidang pada pada Ogos 1963 di kediaman Menteri Besar Kelantan, JKR 10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa seperti berikut:-
”Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram”.

-Apa pendapat Squad ADUAN Lipis tentang perkara ini dalam senario politik sekarang??

JAWAPAN SAYA;

PAS MASIH KEKAL DENGAN PERJUANGAN ISLAM SAMA SEPERTI DAHULU, KINI DAN SELAMANYA,PAKATAN PAS DAP DAN PKR ADALAH UNTUK MENJATUHKAN UMNO BN YANG TIDAK BOLEH SUDAH UNTUK DIBETULKAN KERANA SUDAH TERLALU BANYAK TERPALIT DENGAN RASUAH DAN PENYALAHGUNAAN KUASA.
Dalam realiti politik sekarang dimana hampir mustahil untuk sesuatu parti politik yang tidak bergabung dengan parti dari parti lain yang berbilanh kaum untuk memerintah negara. Pada tahun 1963 tersebut pola penduduknya bagaimana?? kawasan majoriti melayu islam masih besar dan kita boleh memerintah sendiri.
Islam itu sifatnya boleh berubah pada strategi asalkan pekara asas yang dituntut oleh Islam tidak ditinggalkan. justeru hukumnya berbeza pada ketika ini... dan agenda slam yang dibawa PAS tidak pernah dintinggalkan. mungkin perlaksanannya sahaja bersifat menunggu masa dan penjelasan yang sesuai. contohnya di kelantan kita memounyai suara yang kuat jadi kita boleh lakukan agenda islam dengan lebih mudah
tetapi di negeri yang kita tida berkuasa sepeti di selangor dan penang, kita hanya memberi nasihat dan melakukan agenda islam dalam bidang kuasa yang ada.
tidak seperti UMNO yang mempergunakan ISlam utuk politik. contoh yang nyata. dulu mereka kata politik dan islam tidak boleh campur.. tetapi setelah PAs dan NGO islam lain memberi penerang bahawa islam itu lengkap dan politik adalah sebahagian dari islam maka akhirnya mereak akur.. maka lahirlah islam hadhari. tetpi sekarang bila orang bukan islam tidak menyokong umno bn maka tukar pulak 1 malaysia , agenda islam mereka dimana?? sudah snyap sunyi??

51 ulasan:

Warisan berkata...

Kalau itulah jawapannya.....

Perangai PAS Yang Pelik, tapi itulah kebenaran

BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal.
Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).

Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang.
Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.

Bila menang pilihan raya, puji SPR.
Bila kalah, maki hamun SPR.

Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan.
Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).

Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil.
Masa dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.

Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud.
Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.

Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan.
Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.

Bila orang luar hina nabi berarak satu KL,
Bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).

Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila,
Bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.

Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir.
Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.

Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur.
Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.

Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi.
Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.

Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi.
Bila kalah, ada hantu yang mengundi.

Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat.
Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.

Bila bersendirian bertakbir,
Sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)

Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi.
Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.

Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit,
bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.

Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam,
Bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).

Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim,
Bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.

Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar,
Tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya.
(Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.)

Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan
Kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.

Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai.
Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.

Paslipis berkata...

Kenyataan yang penuh dengan emosi . Tanpa bukti yang menyokong. Kata kat orang dia yang lebih. Sila buktikan kenyataan2 anda itu.

Matnot berkata...

Assalammualaikum...

Apa jawapan/kenyataan rasmi dari Paslipis mengenai pertanyaan iklas daripada saya. Jawapan daripada 'Kie’ yang guna nombor 019-9694050 tu kurang menyegat la..

Terima KAsih weh..

kie berkata...

kpd mat not.

napa pula nama saya di sebut sebut untuk bagi jawapan.

bagi saya kita boleh bagi jawapan sekiranya orang yg ingin terima jawapan itu menerima dengan hati terbuka. kalau kita bagi jawapan sekukuh manapun tapi orang yg nak terima tutup telinga dan tutup hati ,tiada gunanya. biarlah kita berbincang untuk cara kebenaran bukan cari siapa menang hujah.

kalau nak di tengok pada kata saudara yg penuh emosi dan penuh taksub. bagi saya biar saudara sejukkan hati dan perasaan dulu.
ok. tq

Matnot berkata...

Terima KAsih jawapan saudara..

Saya akan sejukkan hati dan perasaan dulu sementara menunggu jawapan rasmi daripada Paslipis. Kehebatan saudara menilai seseorang tu mmg hebat..

Paslipis berkata...

Apa dia soklan ikhlas deme tu mat not ek. X jmpa

Matnot berkata...

Assalammualaikum..

Soklan kaweh seperti berikut :

"KERTAS Putih bertarikh 8 November 1984 melaporkan bahawa Dewan Ulama Pas yang bersidang pada pada Ogos 1963 di kediaman Menteri Besar Kelantan, JKR 10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa seperti berikut:-
”Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram”.

- Apakah pendapat/ulasan/komen rasmi PasLipis menegenai perkara diatas dalam konteks ini dalam senario politik sekarang??

*Terima kasih jika sudi menjawap. Saya amat terkeliru dengan perkara ini. Perkara ini berlaku sebelum saya lahir lagi. Namum ia masih menjadi 'modal politik' sesetengah pihak.

*Saya baru-baru ini mendengar rakaman ceramah agama/politik dari seorang ustaz (yang saya yakin dari Parti PAS)yang mengambarkan seolah-olah jika orang islam bersalam/ bersekutu/ menghormati/ bekerja dengan orang kafir, maka orang islam menjadi berdosa/menjadi kafir jugak. Tapi mungkin ceramah itu dibuat sebelum PRU ke 12 pada tahun 2008 kot..

*Sebagai seorang islam, saya tidak bermaksud untuk memprovokasi atau memperlekehkan perjuangan sebenar Parti PAS. Tapi perkara tersebut sedikit sebanyak mengelirukan saya. Kekeliruan saya mungkin diatas kelemahan saya sendiri @ kesilapan saya untuk mendapatkan maklumat yang terkini/sebenar.

*Oleh kerana saya tinggal di Lipis, maka PASLipis saya anggap saluran yang sesuai untuk saya merungkai kekeliruan saya ini.

Sekian, Terima Kasih wehhh..
MatNot

albafuni berkata...

salam..
setelah saya baca beberapa komen saudara, hanya ini yang ingin saya katakan semoga Allah merahmati saudaraku matnot, jika benr saudar pencari kebenaran InsyaAllah saudara akan dapatinya,
satu cadangan saya kepada saudara, ingat keikhlasan penting dalam setiap amalan kita terutama untuk mencari kebenaran seperti kisah nabi ibrahim mencari tuhan, baginda berusaha bersungguh2 , akahirnya bertemu juga denagn jawapan yang dicari serta beroleh ketenangan yang abadi, saya mengharapkan saudara juga seperti itu, sanagt saya tidak harapkan saudara tidak jadi seperti bani Israel segala macam bukti serta kebenaran didepan mata tapi masih ingkar melawan hukum tuham, carilh kebenaran dalam agama saudaraku, InsyaAllah saudara akan temuinya. tidak perlu harap serta tunggu jawapan dari pas lipis, saudara mampu mencarinya dengan menggunakan hujung jari seperti saudara bertanyakan kepada pas lipis juga.
akhirnya semoga Allah merahmati saudara.

Allhummahdi haza rojul wahdina il sirotiqalmustaqim ... amin

THE BOSS berkata...

tahniah mat,memang orang pas ini bila dia kalah dia akan pusing pusing macam orang mabuk,buat macamana pun dia takkan kalah punya munafik macam tula

THE BOSS berkata...

tahniah lah Mat,aku rasa bukan ko yang keliru tapi Kie dan puak pas ni yang keliru lah

Matnot berkata...

Assalammualaikum..

Saya setuju. Tapi tak elok la kita kata kat deme mcm tu. Di peringkat penyokong/pengikut PAS, mereka sebenarnya tidak bersalah. Cuma di peringkat pemimpin PAS, terlalu sangat berpolitik.

Paslipis berkata...

Eh yg g rampas negeri perak bukan berpolitik ek. Yg tuduh org tu pengkhianat n macm2 bukan politik, ko ni hipokritla matnot.Umno la yg brpolitik secr x sihat. Pernah x geng umno sokong apa yg pas buat. X pernah. Sapa mp bn yg sokong usul pmbgkg akan kn tatatertib. X waras lngsung. Tau x bgtu byk jgk mp pmbgkng skog usul bn dlm parlimen jika ia baik untk negara. Sila jwb yg aku tulis pnjg lbr tu.

mamat lepeh berkata...

betul tu paslipis. orang umno ni lagi suka putar belit. ingat x isu ppsmi. dulu beria2 kata bagus untuk anak bangsa la.pejadahnya. las2 tuko pulok. ntah pepe. dulu zaman khir johari hapuskan tulisan jawi. dah ramai yg buta jawi. ni siapa yg pengkhianat sbnarnya ni. Em pasal kejesama dgn org kapir ni ko ni mat not x tau ke pas dah lama cuba merintis hubugn itu. Bukan baru2 ni je. Tapi ianya mesti dgn syarat menguntgkan islam akhirnya. Bkn mcm umno dgn bn. Akhirnya merosakn islam. Pasal ceramah yg ko dgr tu. Ustaz tu x btl lgsg . Kalu smpai bslam pn x bole. Kalv pmpuan btl la x bole. Ko ni mat not main reka je hujah ko. Kasi la hujah ilmiah sket. Ke ko ni pun org upahan umno jgak

Matnot berkata...

Asslammulaikum Mamat Lepeh..

- Tak baik main tuduh2 saya mcm tuh.. Saya bukan mereka-reka hujah weh. Saya juga bukan orang upahan umno.

- Betul la Mamat Lepeh, kaweh dengor rakaman ceramah ustaz tuh. Ustaz tu memang kata mcm tuh. Tu yang membuatkan kaweh jadi terkeliru. Ustaz tu boleh dikatakan terkenal jugak la.

THE BOSS berkata...

salam mat,lihatlah puak pas ini dia boleh kata kat orang bermacam2 kalau dia oang hebat lama dah dia orang menang pilihan raya d lipis ni,d ceka pun x leh menang,jauh lagi lah p.t,ceka tu ada 80% orang islam,nape x menang

Warisan berkata...

Orang PAS ni memang cakap berbelit-belit... ingatkan HINDRAF saja... tapi lebih teruk.

Depan orang Melayu cakap lain.... depan orang Cina/India lain.... lihat kenyataan dibawah

Perkara : PAS Mahu Hapuskan Keistimewaan Melayu

PAS pernah berikrar di hadapan persatuan Cina di Terengganu bahawa akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika berkuasa dalam Utusan Malaysia, 15 September 1985. "Ini termasuklah tanah simpanan Melayu, Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain dasar yang memperlihatkan semata-mata kepentingan orang Melayu. PAS berjanji semua kaum akan mendapat layanan yang sama rata" ucapan Haji Hadi Awang yang ketika itu menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu di hadapan 300 orang anggota masyarakat Cina di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Terengganu. Mengapa PAS sanggup bercakap sebegitu? Apakah semuanya semata-mata untuk memancing 300 undi sahaja?


Utusan Malaysia, 11 Mac 2008, mukasurat pertama. Tersenyum puas ayah dan anak ini(Lim Kit Siang & Lim Guan Eng dari DAPig) berjaya menjayakan kata-kata Haji Hadi untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru di Pulau Pinang. DEB adalah antara salah satu janji yang pernah diucapkan oleh Haji Hadi Awang pada tahun 1985 lagi. Lim Guan Eng mendakwa DEB sebagai punca kronisme, rasuah dan tidak efisien. Sekarang apa yang berlaku di Pulau Pinang? Bukankah semakin banyak kilang ditutup? Ramai anak-anak Melayu yang terpaksa mencari pekerjaan lain akibat penutupan tersebut. Siapa pula yang menjadi taukeh kilangnya? Sesudah setahun memerintah Pulau Pinang, apakah dengan tiadanya DEB, Pulau Pinang sekarang adalah lebih baik daripada dahulu?

kie berkata...

kepada pejuang2 umno.

kami istiqamah dalam perjuangan. kami tidak berjuang untuk melayu. kami berjuang untuk islam. begitu juga nabi kita. baginda bukan berjuang atas dasar bangsa arab. tapi untuk islam. tunjukkan kami mana dasar kami yg bertengtangan dengan islam. kami sedia di tegur.

ok. jumpa lagi.

Matnot berkata...

Tahniah la..

THE BOSS berkata...

ala tak usah nak cakap berjuang fasal islam lah,nak kan kuasa tu la jugak sampai kan geng2 di perak tu dah mereng sampai meeting bawah pokok pun jadi kerana tak boleh terima hakikat kuasa dah hilang,hu hu hu.

kie berkata...

kepada the boss.
saya ulang sekali lagi. tunjukkan mana salah kami yg bertentangan dengan al quran dan sunah bukan bertentangan dengan nafsu manusia! hal di perak tu... apa salahnya. bersdosakah kami. saya akui memang kami nakkan kuasa. tapi kami nak kuasa untuk menegakkan undang2 bukan macam umno . nak kuasa untuk isi perut dan mencabul undang 2.

ok tq.. jumpa lagi

p/s. biar kita berbincang untuk cari kebenaran bukan cari siapa yg menang. tunjuk salah kami dan kami akan tunjuk salah umno.

THE BOSS berkata...

I don't think i need to discuss with you,because you all pun looking for oportunities yang boleh mengenyangkan perut jugak.

kie berkata...

laaa napa pulak tak nak bincang.

jangan biarkan ego anda menguasai diri. kita boleh tengok mcm mana hidup org pas. nepa orng mcam the boss selalu anggap semua org macam dema. saya ada pengalaman tentang hal ni. mintak la petunjuk pada allah supaya diberi hidayah yg mana satu golongan betul. kalu tanya org pas tentu mereka akan kata dia yg betul. begitu juga orng umno. jadi berdoalah pada allah dan semak al quran dan hadis yg menjadi panduan kita untuk selidiki golongan mana yg betul.
ok tq.

THE BOSS berkata...

untuk kie,di sisi tuhan tiada orang pas dan orang umno,u know hanya amalan kita yang membezakan,itu lah silap kita ni kadang2 kita rasa kita sudah melebihi orang lain,jgn jadi mcm kato urang minang,kalo sembahyang sampai lokuk batu kono dahi pun belum tontu lai masuk syurgo,sodangkan orang pelago ayam masuk syurgo dulu,apo nok kato aih,faham2 lah yo.
Itulah heih sikit sikit ajak kp umno pahang berdebat memang sah tak ado kojo.Tak apo la biarla monang sorak tak ngaponya.

kie berkata...

apa guna cakap jauh2. kita nak berdebat hanya untuk kita nak masyarakat tahu hujah sapa yg betul . belum apa apa pun takut. kalau di pihak yg benar apa yg takut.bukan salah kita berdebat dan berhujah. saya dah buka peluang. kalau ada salah saya dan kami tolong bagi tau dan saya boleh bagi tau salah umno. itu jer, kita kongsi medan untuk perbaiki diri bersama. ok

THE BOSS berkata...

he he i'm still the boss,not sivaji heh

THE BOSS berkata...

saya hairan mengapa orang pas ni c buk dgn hal umno,mcm org kata hidung x mancung pipi tsorong2,cuba lah buat kerja untuk pas saja,ini tidak apa jua yang umno lakukan c buk lah orang pas nak bincang sama,buat lah strategi untuk menang PRU depan,ini tidak bila pru calun yang bertanding entah calun datang dari langit mana,manalah nak menang,klau i lah jadi kie i pastikan i bertanding sekali lagi,buat apa bagi Ust sehak all are xpired already,young man lah yang patut bertanding,tengok jimi dah siap sedia utk nak jadi calun dun p.tengku,nak jadi calun ni bukan semisti lulusan azhar mcm ust ,bekas worker jkr pun boleh jadi ape,tgk yang ada skrg pun kan,

Tapi kenapa jemput Mat Sabu,kan ada rekod kt hotel perdana ke?di Kota Baru dlu tu.uutk rasmi mesyuarat pas lipis.komen.

kie berkata...

kpd the boss

jangan ubah tajuk kawan.

kami bukan cbuk pada umno jer.. kami akan jaga semua org sb kami diajar .menusia ini dijadikan khalifah untuk alam ini. jadi kami rasa bertanggung jawab pada semua. sapa buat salah kami tegur.
pasal pru. mamang saya akui kami masih lg tak brapa tepat pasal strategi.tema kasih kerana bagitau. macam tu laaa yg saya nak.tegur utnk kebaikan bersama . pasal calon, kami lain dengan dema.... kami tolak untuk jadi calon.... sb kami takut untuk disoal di akhirat kelak kerana jadi pemimpin ni banyak tanggungjawab. tapi yg pasti kami akan lawan.
pasal jimi tu. dia kawan saya sejak dulu lg. saya tahuuuu................... org kg pun tahu..........

pasal mat sabu. awan ni tak tahu perkembangan terkini ker. kan dia kena fitnah dan ada agenda nak perangkap dia. dah terbukti di makamah. sabab itu saya kata kita cakap bukan deengan nafsu. cakaplah dngan fakta.

ok. mana salah dan silap kami ?

THE BOSS berkata...

Salah awak orang! tak mahu mengaku kalah,biar salah sekali pun nak pertegakkan jua.Fitnah kata orang pas.orang lain kata memang kena tangkap kt otel pn.
Cakap mcmana pun awak akan pusing lah supaya menang.Tok Guru sape kan Nik Aziz kan.
Ok lah yang itu saya dah malas nak cakap fasal saya kenal semua orang pas di lipis,termasuk pe el sekali,sebutlah ust muhyidin,ust borhan,ust sehak,cikgu rashid,kassim berembang,cikgu bakar bapong,u name them i can tell about them inch by inch,oh ayah cikgu hisyam,apa nama dia.
Dato hashim bukan waris Tok 4 mamat ko.
Kalau PRU tak ada strategi macam mana nak menang,buat apa lwn kalau setakat namanya lawan saja.Takkan tak ada pakar utk nak counter BN punya strategi,Nak kata duit tak ada nampak gaya dah banyak kerana setiap kali penyokong lalu dari K.L singgah misti jihad punya,taktau lah kalau duit derma tak diodit.
Tak padan dengan ceramah saja kalau tiba masa p.raya,tak padan juga dengan pasang bendera paling besar dalam dunia,fasal kalau bergambar dengan bendera paling besar dalam dunia dia tak akan dapat menarik pengundi pun,betul tak, takpe kalau nak tahu strategi p.raya umno dan BN boleh tanye saya c kit2,saya boleh kongsi dengan awak,tapi tak usah cakap tak nak jadi calun,kalau udah ditakdir tuhan awak jadi,jadilah kan.Orang kg tahu apa fasal jimi.Baik awak sokong saja dia,kan kawan.Kalau dia jadi calun,baik kite pakat sokong dia,sekurang mya esok kedai kat simpang bercang boleh dapat yang baru,Kok iya pun awak duduk jugak kat kedai kerajaan umno tu.bercang saja yang jarang menang peti undi kalau p.raya.Nanti kalau PRU peti undi bercang menang,saya comfirm kan yang memang u yang support UMNO okeh?
2 b continue.

kie berkata...

ha ha ha.......

tema kasih ...... kerana cakap bukan bukan... kalau berani tunjukkan diri biar saya tahu sapa awak. sb aok dah tahu kami semua..ok tentu tak berani kan?


satu lagi mentaliti umno. kedai umno katanya. ha hah hah ahha. ni laaa fikiran sempit dan jumud.
di berchang. kedai kedai takyah laa nak buat baru. insaallah akan terbina juga. rezeki bukan pada umno. bangunkan dulu kuala telang, gua. felda .relong dan sbg.
apa kena tokempat mamat. dengan semua ni.

dah brapa kali nak tanya. mana salah kami.????????????????

THE BOSS berkata...

Pas tu semua salah,kan dia serpihan dari umno dulu,apa strategi awak hadapi PRaya,cakap biar saya tunjuk salahnya.Sebenar nya orang pas saja yang suka cari salah orang, saya tak kata awak salah dsb awak saja yang c kit2 tanya apa salah,dia memang kalau orang selalu buat salah memang lah dia selalu tertanya apa salah dia kan,nampak gaya awak setujulah sokong jimi ek,kalau dia jadi calun PRaya nanti fasal no komen kan,dan peti Bercang akan menang lah walaupun satu undi dan kalau menang nanti baru lah saya tunjukkan siapa saya,sebenarnya bukan mereka yang saya sebut sahaja saya kenal,tapi seluruh orang bercang,tg jambu,telang,relong,gua,beletik saya tahu,basiron, bullah,nak lawan bola anytime man.Tapi seronok jugak kalau tercari2 kan saya ek.
Ust Borhan lagi kenal,bacaan dia kalau jadi imam mcm bacaan imam masjiddilharam kan.
2 b continue

kie berkata...

memang laaa awak ni jenis tak faham soalan dan nak lari dari mencari kebenaran. dan jenis takut berdepan.
takat kenal tu sapa sapa pun boleh kenal.

kita berbincng dan nak cari salah supaya kita baiki salah kita.
nak tahu srategi? ha ha ha ha ha a haha ha ha ha

kami org pas bukan suka cari salah org, tak betul tu.. tapi bila org buat salah kami tegur. yg kami cari salah kami. supaya kami dapat menang di akhirat kelak. menang di sini hanya semantara

ok

THE BOSS berkata...

nak uka had atak kawa gnamem aumes halas,akus kagen gnaneb hasab,he he,sah memang u tak ada kerja,kah kah,alright?

THE BOSS berkata...

Aku nak tolong kau orang menang p.raya,taklah bertanding tak menang2,sampai 7 kali jadi calun pun tak pernah menang.sebab tak ada strategi,bukan dah dekat dengan p.raya baru nak buat kerja mcm nak mampus,jangan ingat kita kempen guna islam dengan berarak dgn cina dan india keliling bandar kita boleh raih undi tau,jauh lagi la,orang tengok pun lagi tak nak bagi undi.
Pulak tu yang buat round ada yang ust.kempen di iringi dengan nyonya yang pakai seluar pendek ,apa dah,ceramah kat masjig bukan main lagi,semua tak boleh,ini tak boleh tapi masa pilihanraya semua boleh,ingat orang ramai tak ingat apa yang kita cakap,ingat tau.cari lah salah awak sendiri,orang kata cermin2 lah diri.tak ada siapa nak tunjukkan awak,ayah kita saja yang selalu bagi tau apa yang kita buat yang salah,orang lain?ada aku kisah cak cak cak.

kie berkata...

alhamdulillah.....
memang ramai org umno macam aok ni nak tengok pas menang. tema kasih.

tak pe laaaa . aok buat keja aok dan kome buat kerja kome.

kalaupun aok tak sokong tapi sekurang2 ada doa daripada org mcm aok pun ok dah.

Matnot berkata...

Asslammulaikum..

Hebat sungguh perdebatan antara 'Kie' dengan 'The Boss'..

THE BOSS berkata...

Eh sape ckp saya org umno,mintak maaf lah,itu lah awak selalu buat perception silap,sebab tu org pas jarang boleh menang,u always count the chicks before it hatches.
Eh awak nak tau tak bahagian mana tubuh wanita yang dianugerahkan nama yang mulia oleh Allah SWT,kalau nak tau nanti saya bagi tau.
Dan saya tak pernah doakan parti pas memerintah malaysia ini,kerana saya takut habis lah negara ini dijual kepada yahudi dsbnya,kerana kamu bersekongkol dengan orang yang mendokong mentaliti yahudi.
Semasa dia dalam umno kamu kutuk dia tapi bila telah dihumban oleh umno kamu jilat dia habisan2 keran apa,kerana ingin dapat kuasa.ya guna apa jua cara,janji boleh perolehi kuasa,persetan dengan bangsa dan lain asalkan dapat pegang tampuk kuasa,kesian, jual lah maruah bangsa ugama,dulu nak tegakkan islam ,tapi sekarang tak pa kita boleh tolak ansur dengan DAP,biar lah depaan orang islam kita takbir,tegakkan islam,depan bukan islam tak pa,kita sokong religious council pulak.
Mintak maaf lah di pahang ini pas nak memerintah?,jauh lagi lah,kalau kepimpinan yang ada ini jgn nak mimpi lah.perintah setakat bercang dengan keledek je la.
Kenapa calun parlimen ambil orang raub,orang lipis tak berani ko,takkan lah mohd nor ramzon,m.sahbuddin tafri tak berani,razali sulaiman ke,makan gaji dengan kerajaan umno tapi gigit tangan org bagi gaji.mcm awak ok lah kan,nak lwn, kerja sendiri,jgn harap belas kasihan org,ini tak bila bonus tak dapat menjerit bukan main mcm hj.sharip risda tuh.MALU hu hu hu.dah dapat tak bahagian tubuh wanita yang mulia tu,nt saya eloborate ek.

kie berkata...

maaf banyak2 .. sb hujah aok macam org umno...

saya ingat ada 2 golongan jer kar malaysia tapi 3. 1 umno ,1 pas dan 1 lagi macam aok. takpe laa. tapi macam aok ni gayanya taksuka belaka... tapi dekat dengan umno(bukan umno). insaallah bila kami menang aok akan masuk geng kami.

pasal pas sokong golongan yahudi. saya sarukan supaya banyak baaca selain berita hairan. tv 3/4 .utusan meloya. dsbg.

mintak la datang ke ceramah ceramah dan kelas 2 pengajian yg kami anjurkan untuk aok tahu permasaalahn dan isu isu terkini. boleh jg bagi soalan pd utd2 kami.
sama sama kita bina kg dan daerah kita. tak kira siapa kita.
kalau nak kita jumpa dan borak bole jer .sambil minum2. sb saya nampak ada semangat untuk memperbiaki sesuatu dalam diri aok.
bagi saya . saya akan terima segala kritikan untuk kebaikan bersama demi islam dan negara ini.

pasal calon tu takpe laaa.. kami akan cuba atasi masaalah ni.. kami sedar perkara itu .ok.

THE BOSS berkata...

ok nampak awak dah rasional c kit kan ok saya terima lah nak borak2 blum boleh lg sebab saya blum ada masa balik lepeh weh,awak tak jawab tubuh wanita td fasal cbuk cerita politik kan jawab nya Rahim betul tak tanya ust awak bila ada kelas ye,i read a little of every paper and magazine,memang lah orang pas rasminya tak baca dn tengok mainstream media,but quietly goes and buy mainstrem papers cos if u don't read u will be out of news,kena kuar dari tempurung and our gua kan.
Wasiat Imam Shafie untuk renungan,
Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya,maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahnya.
Keredhaan maknusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianngap sudah mencapai jalan kpd mendapat keredhaan mereka.Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demikian.
Nampak gaya blog ini dah kita monopoli,jd saya nak bagi peluang untuk rakan2 lain get involved so thet we don't get too personel,right or not,and waalaikum salam to Mat Not.
PRU akan datang is still long way to go so do all the homework,and maybe ADUN P.Tengku will be confered A datukship day after 2morrow,watch my words.
OK 2 b continue

THE BOSS berkata...

FASAL 3 ASAS DAN TUJUAN

Umno adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita2 kebangsaan melayu demi mengekalkan maruah damartabat bangsa,agam dan negara.
3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara,Perlembagaan Negeri2 dan Raja berpelembagaan.
3.3 Menegak,mempertahan dan mengembangkan islam,agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama. serta di ikuti dengan fasal lain2.

Nak tanya warisan betul ke tak?
Nak tanya Kie dalam perlembagan PAS ada tak sebut fasal nak tegakkan negara islam,fasal kalau tak ada jangan cerita lah nak perjuangkan islam,orang umno dah lama perjuangkan islam ni.
Saya tengok ramai orang yang berjuang dalam pas ini bila dia tak dapat projek,tak dapat rumah murah tak dapat jawatan,bila frust masuk pas,tapi ada jugalah yang memang berjuang dengan ikhlas kerana ayah mereka dulu orang pas.bukan sebab perjuangan sangat pun.ada yang tak dapat baja risda pun masuk pas jugak.walhal baj risda itu peruntukkan kerajaan umno.

Ahli umno pulak berjuang kerana nak kejar jawatan,projek,pangkat nak dapat dato'nak dapat kerja maintenance sekolah,bekal makanan asrama,berbondong2 lah ahli umno mengejar jimi kerana dia boleh lobi dengan Dato Hisham.

Maacamanalaah DSN nak hapuskan politik wang.

THE BOSS berkata...

Salam,macamana sekarang parti pas pun ada masalah besar,terpaksa adakan EGM juga mcm MCA,sebab itu kiat jangan duk sedap kata orang,
At least MCA,MIC ada CWC,UMNO ada MKT,Pas ada juga CC tai ada orang rasa dia lebih tinggi dari itu semua dan rasa lebih tinggi dari Presiden.
Kadang2 bila orang dah lama sangat duk di tempat dia boleh jadi nyanyuk,dulu pandai sangat kata Tun Dr Mahathir nyanyuk tapi sebenarnya TGDNAA lagila nyanyuk,HIDUP HADI,NASA,HASSAN.
KIE mana

Matnot berkata...

Betuulll....... bettuullll......bbbeeettttuuulllll

Badang berkata...

Semua yang dibincang itu benar,kekacauan dalam parti benar pergolakkan dalam parti benar,sehingga ahli jadi pening benar salah kan orang lain benar,semuanya benar.
Apa komen pemimpin lipis berkaitan dengan mesyuarat khas ko egm ko,Dato Nik Aziz tak datang,memang lah dia sibuk dengan pengulungan dewan, nak dibuat mesyuarat kat KL pulok,mana lah sempat orang tua tu nak pergi,buat la meeting tu kat KB ke kat KT ko,ini jauh sangat.
Nampak gaya ahli pas dah dorman dalam blog ni pulak, yang aktip ornag luar lak ek,tapi takpo kie dok kato masa ngundi dio cayo kito bersamo dio deh,kito tengok gak.

kie berkata...

maaf kepada semua.


internet saya ada problum ckit.dan baru ni saya balik gannu dan semalam baru sampai

ok insaallah semua soalan akan di jawab
ok

THE BOSS berkata...

Welcomeback,ingatkan dah merajuk atau dah malas buat penulisan, orang ganu guane

THE BOSS berkata...

where's everybody man,takkan ahli pas kena gagged gak

THE BOSS berkata...

kie,razali tafri,razali where are you man

Matnot berkata...

Assalammualaikum..

Mungkin diaorang tengah sibuk membuat persiapan untuk Seminar Politik Pas Pusat yang akan diadakan pada hari Sabtu, 7 November tu kott..

THE BOSS berkata...

saya percaya seminar tu tidak ada perkara lain yang akan di bincang pun misti isu wang ehsan,dan royalty sahaja.
Susah juga kalau orang tak faham boundary negeri masing2 ni,ingat state of kelantan negara sendiri ke.

THE BOSS berkata...

oh lupa diaorang tu tak terlibat langsung pun saya rasa dengan seminar pada 7hb nanti,tapi ambil bahagian memerhati atau shopping entah lerr kan,atau tempat diaorang dah mula nak kena banjir tak,hehehe jangan marah.nanti kene jual eh eh eh.

Warisan berkata...

Kepada sesiapa saja yang merasakan dirinya orang melayu islam sila tonton video di youtube berikut...

Kepada semua orang PAS... belajarlah terima kenyataan dan fakta.

Dizaman serba pantas ni.... maklumat berada dimana-mana.

http://www.youtube.com/results?search_query=pas+terpesong&search_type=&aq=f

Selamat menonton ketiga-tiga siri tersebut.

THE BOSS berkata...

nanti dia orang tengok video lain lak,banyak video yang macam gaya tu,nanti ketor pula belaka,

Catat Ulasan