Selasa, 18 Ogos 2009

Squad Aduan Lipis

IMG_0087Baru baru ini squad Aduan masalah daripada PAS kawasan lipis telah turun meninjau masalah rakyat di kompleks alamanda bersebelahan dengan bangunan Maybank.

peniaga kedai disitu mengadu hal berkenaan dengan bau busuk daripada tong sampah berdekatan dengan kedai kedai mereka yang tidak diselenggara dengan baik. Walaupun sampah sampahnya dikutip namun ianya tidak dikutip sehingga bersih. terdapat banyak sisa sisa sampah yang tinggal dan ianya dibiarkan sehingga sisa sisa tersebut berbau busuk dan dapat dihidu sehingga ke kedai kedai makan mereka.

Ini menyebabkan pelanggan pelanggan disitu merasa kurang senang dengan bau tersebut. begitu juga para pejalan kaki dan pengguna kenderaan yang parking dan melalui jalan di kawasan parking alamanda tersebut berasa kurang senang dengan bau yang menusuk hidung tersebut.

justeru PAS kawasan lipis berharap pihak ALAM FlORA dan Majlis Daerah Lipis dapat mengambil tindakan lanjut mengenainya..

11 ulasan:

Matnot berkata...

-Saya nak mengadu tentang perkara ini :

KERTAS Putih bertarikh 8 November 1984 melaporkan bahawa Dewan Ulama Pas yang bersidang pada pada Ogos 1963 di kediaman Menteri Besar Kelantan, JKR 10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa seperti berikut:-
''Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram".

-Apa pendapat Squad ADUAN Lipis tentang perkara ini dalam senario politik sekarang??

Warisan berkata...

Aduan 1

Apa hukum orang PAS kerja makan gaji/pencen dengan kerajaan BN (UMNO)tapi masih mengata kerajaan? Halalkah gaji/pencen tersebut?

Aduan 2

Ada ustaz PAS di lipis berkempen semasa PRU12 lalu lebih akrab dengan cina daripada orang orang melayu (UMNO).... dengan bukan islam boleh apa saja.... dengan orang melayu (UMNO) pandang jijik... apa hukumnya

Aduan 3

Adakah PAS bersengkongkol dengan DAP adakah lebih baik daripada bersengkongkol dengan melayu UMNO? Dulu PAS asyik Takbir, sekarang "Take Beer" ?

Aduan 4

Apa status kemasukkan kesyurga member PR (Pakatan Rebah)... PKR dan DAP? sama macm UMNO atau ????

Matnot berkata...

Masih Menunggu......

Saya masih menunggu maklumbalas dari SQUAD ADUAN LIPIS, PAS Parlimen Lipis berkenaan aduan/pertanyaan saya pada 24 Ogos 2009. Saya memang keliru mengenai perkara tersebut weh deme..

Mungkin SQUAD ADUAN LIPIS, terlalu sibuk untuk mencari sampah-sarap sehingga sesuntukan masa untuk membari maklumbalas mengenai perkara ini yang menjadi prinsip/dasar perjuangan Parti PAS.. Takkan sampah-sarap lebih penting kott...

Disini juga peranan ahli/penyokong PAS mungkin boleh membantu memberi sedikit pandangan/pendapat mengenai permasalahan tersebut. Mungkin 'Kie' yang guna nombor 019-9694050 tu boleh beri komen kot..

Warisan berkata...

Aduan terkini!!!!

Dr. Asri bidas pihak bersekongkol dengan DAP

Oleh Tomyampoktek

“Saya amat berdukacita, sikap sesetengah tokoh DAP yang amat tidak menghormati perasaan orang Islam”. Kata mantan mufti Perlis Dr. Asri Zainal Abidin merujuk kepada segala senario dan perkembangan politik yang berlaku di Malaysia.

Hari ini kita menyaksikan pemimpin-pemimpin DAP telah mula memainkan isu perkauman bagi meraih sokongan kepada parti tersebut sambil memburukkan pihak lawan dengan pelbagai cara.

Sambil mengkritik tindakan orang islam yang bersekongkol dengan DAP dan membiarkan perkara itu berlaku tanpa ditegur dan diambil tindakan.

“Apatah lagi mereka disokong oleh sesetengah pihak yang ‘lantang tidak seimbang’ yang bernama muslim yang berlunak dengan mereka dan seakan membiarkan keadaan ini berlaku” kata tokoh agama itu didalam blognya.

Selain itu Dr. Asri juga seakan membidas golongan yang mengaku muslim yang berada bersama dengan DAP yang hanya hanya ‘garang dan cengih’ sesama orang muslim, tetapi membiarkan orang lain (DAP) membelasah muslim secara biadap, seperti yang terakhir mereka lakukan dengan menghina Dr. Redhuan Tee, ekoran pandangan terhadap anak luar nikah Teoh Beng Hock dan tunangnya.

Umum mengetahui selain isu hinaan terhadap Dr.Ridzuan Tee, anggota parlimen Jelutong (Jeff Oii) juga telah menghina Islam apabila mengaitkan NGO JIM dengan pengganas. Manakala di Selangor Roniu Liu pula telah mengangu kerja-kerja perampasan minuman keras sambil mengeluarkan fatwa baru bahawa bir bukan minuman keras.

Sambil menyatakan rasa kesalnya dengan keadaan itu, beliau menjelaskan senario itu berlaku mungkin disebabkan kegilaaan kuasa yang diperolehi selepas pasca pilihanraya 2008 dan memperolehi mandat memerintah 5 buah negeri, hingga sanggup mengenepikan semangat ukhuwah dan akidah islam.

sumber - tomyampoktek

Sila beri ulasan.....kalau tidak lebih baik gugurkan perkataan islam daripada nama perti PAS...

Paslipis berkata...

Warisan warisan... Patutla ko ni barang lama x update ke berita terbaru.
Pertamanya Pas tidak menyokong sebarang usaha untuk menghina islam yang suci ini daripada mana mana pihak. Celakalah bagi mereka yang menghina Islam itu.
Okay saudara, aok kata jeff ooi hina islam? Bukankah dia marahkan jim (jemaah islah malaysia) dengan mengatakan jim itu ekstrem/pengganas. Baik kalau itulah formulanya umno pun hina islam dengan mengatakan pas itu ekstrem. Memang benar kenyataan jef ooi tu x tepat pun dgn mengatakan jim itu pengganas. Aok x baca ke yang dia dah pun tarik balik perkataan tu. Warisan.. Warisan...
Satu lagi bukankah umno pernah mengatakan bahawa politik dan islam tu x boleh campur? Haa. Mcmana? Bukankah itu pun dikira menghina islam? Kerana menafikan kesyumulan islam. Islam itu perlu diamalkan dalam semua aspek termasuk politik tau tak..
Pasal isu arak.. Eh.. Umno haramkan arak ke? Sapa yg luluskan sebelum ni? Jgn hipokrit la.. Kami pas berusaha bersungguh untuk memastikan penjualan arak itu dikawal. pada suatu masa nanti akan diharamkan terus i.Allah. Tapi perubahan tidak perlu secara mendadak.

THE BOSS berkata...

Tahniah Warisan biar lah apa orang pas kata but u r good man

insan teruja berkata...

ehm teman-temanku ssungguhnya saya lihat penghujahan saudara terlalu emosi dan tidak berdasarkan hujah yang jelas sumbernya. semoga Allah mengurniakan hidayah kepada sya dan kamu semua

new age berkata...

for PAS LIPIS information,before making a statement,please read and make a full detail research ,and don't make a statement with emotion,and anger..we now living in the new era of globalization,and we need to broaden our knowledge before saying something,or else the people would think rubbish of what we said. im not into this conversation,but as a person,i want to give you an advise ; think before you act..takbir!

new age berkata...

btw, congratulation to warisan for a very good information and source,keep up the good work

THE BOSS berkata...

take beer! that's all?

Warisan berkata...

Terima kasih New Age.... kerana sepandangan dengan saya.

Saya tu bukan apa.... kasihan kepada pengikut-pengikut PAS yang tertipu oleh pemimpin mereka yang berjaya mendoktrin seolah-olah "PAS itu Islam, Islam itu PAS"

Sedangkan Islam itu agama, hak semua insan dan manusia di atas bumi Allah ini.

Manakala PAS adalah parti politik yang mengeksplotasi agama Islam yang cuma ada di Malaysia sahaja.....

Sesat dihujung jalan.... kembalilah kepangkal jalan.

Catat Ulasan