Khamis, 18 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID SULTAN MAHMUD

KUALA LIPIS: Pas Kawasan Parlimen Lipis telah berjaya mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis pada 16 Ramadhan 1432, bersempena malam Nuzul Al Quran. Kira-kira 300 orang ahli dan kariah setempat telah hadir. Selepas solah maghrib, Tahlil Perdana dilaksanakan, yang dipimpin oleh Ustaz Mahyuddin Ghazali. Program berikutnya ialah tazkirah. Tazkirah yang mengambil masa kurang daripada 30 minit (sehingga masuk waktu Isya') telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Lipis. Antara intipati tazkirah, "Walaupun membaca al Quran mendapat pahala di bulan Ramadhan, sebailk-baiknya kita disuruh mentadabur, menghayati dan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh al Quran."
        YDP dan AJK Pas Kawasan Lipis mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan masyarakat setempat yang menjayakan majlis ini, dengan memberi sumbangan wang dan tenaga. Khususnya kepada seorang ahli yang menyumbang seekor lembu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan