Sabtu, 9 Mei 2009

Bulan Infak PAS Pahang

0
Bulan infak PAS Pahang telah disempurnakan pelancarannya. Kupon-kupon infak sudah diedarkan ke seluruh pelusuk negeri. Kepada para dermawan, sumbangan ikhlas anda amat kami harapkan. Untuk menyumbang, boleh berjumpa dengan pimpinan kawasan atau masukkan terus ke dalam akaun (rujuk gambar). Infak

Jumaat, 8 Mei 2009

Kuliah/Ceramah Di Sana Sini

0
Kami menjemput anda semua dan seluruh lapisan masyarakat untuk hadir ke program-program berikut:

1] Kuliah Bulanan Aqidah oleh Ust. Junaidi bertempat di Markas PAS Tempoyang, Lipis pada 9 Mei 2009. Kuliah bermula selepas solat maghrib, yang akan menghuraikan kitab `Muqaddimah Aqidah Muslimin'.

2] Pidato Isu Perak oleh YAB DS Nizar dan YB Teng C Khim pada 9 Mei 2009 di Markas PAS Kg. Embun, Pekan Awah, Maran, mulai 9 malam.

3] Kuliah bulanan Ust Fadzil Nor pada 12 Mei 2009 di Markas PAS Berchang, mulai solat maghrib.

4] Forum Perdana bersama Prof. Dr. Aziz Bari (UIAM) bertempat di Markas PAS Dong, Raub, bermula selepas Isyak.

Nota: Program tertakluk kepada perubahan

Mengelak bahaya kebinasaan dengan berinfak

1
DALIL BERDASARKAN AYAT 195, SURAH AL-BAQARAH

“DAN BELANJAKANLAH (APA YANG ADA PADA KAMU) KERANA (MENEGAKKAN) AGAMA ALLAH, DAN JANGANLAH KAMU SENGAJA MENCAMPAKKAN DIRI KAMU KE DALAM BAHAYA KEBINASAAN (DENGAN BERSIKAP BAKHIL), DAN BAIKILAH (DENGAN SEBAIK-BAIKNYA SEGALA USAHA DAN) PERBUATAN KAMU; KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH MENGASIHI ORANG YANG BERUSAHA MEMPERBAIKI AMALANNYA”

TAFSIRAN AYAT DARI KITAB ASBABUN NUZUL, M/S 88

Mengikut riwayat oleh Abu Daud, Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim: Sebab penurunan ayat ini berdasarkan peristiwa di mana ketika Islam telah berjaya dan ramai pengikutnya, kaum Ansar telah berbisik sesama mereka dengan berkata: “Harta kita telah habis dan Allah telah memberikan kemenangan kepada Islam. Bagaimana sekiranya kita membangun dan memperbaiki kembali ekonomi kita ?” Maka turunlah ayat di atas sebagai teguran supaya jangan menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan.

Mengikut riwayat at-Thabrani: Sebab penurunan ayat berdasarkan peristiwa di mana kaum Ansar terkenal sebagai kaum yang suka bersedekah dengan mengeluarkan harta kekayaan yang banyak. Akan tetapi pada musim ditimpa bencana kelaparan, mereka tidak lagi memberi sedekah, maka turunlah ayat ini.

TAFSIRAN DARI KITAB TAFSIR IBNU KATSIER, JILID 1, M/S 342-343

Maksud firman Allah, surah al-Baqarah, ayat 195: “Dan dermalah kalian dalam jalan menegakkan agama Allah, dan jangan menjerumuskan dirimu ke dalam jurang bahaya, dan berlaku baiklah kalian, sungguh Allah kasih pada orang yang berlaku baik”

Hudzaifah r.a. berkata, “Ayat ini diturunkan mengenai derma, sedekah untuk membiayai perjuangan jihad fi sabilillah” (Bukhari).

Aslam Abi Imran berkata, “Ketika perang Konstantinopel (Qusthanthiniyah) terjadi suatu peristiwa, seorang sahabat Muhajir langsung maju menyerang barisan orang-orang kafir sehingga dapat menembus dan mengucar-kacirkan barisan, sedang bersama kami Abu Ayyub al-Ansori. Tiba-tiba ada orang yang berkata kepada orang yang menyerbu itu, “Ia telah melemparkan dirinya dalam jurang binasa”.

Langsung Abu Ayyub berkata, “Kamilah yang lebih mengerti tentang tujuan ayat itu, sebab ayat itu turun mengenai diri kami, kami sahabat Ansar bersahabat dengan Rasulullah s.a.w dan mengikuti semua peperangannya, kemudian sesudah tersebar Islam dan ramai pengikutnya, kami berkumpul di kalangan kami lalu berkata, “Alhamdulillah, kami telah dimuliakan Allah dengan Islam dan bersahabat dengan Nabi-Nya serta membelanya sehingga tersebar dan ramai pengikutnya, sedang kami telah lama meninggalkan ladang kami, dan kini peperangan telah selesai, maka lebih baik kami kembali mengurus kebun ladang kami, dan tinggal sahaja bersama keluarga kami, tiba-tiba turun ayat 195 ini.

Berjuanglah terus fi sabilillah dan jangan melemparkan dirimu ke dalam jurang binasa. Yakni, jangan meninggalkan perjuangan untuk menegakkan agama Allah, sebab ia bererti binasa”. (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi & an-Nasai).

Ibnu Abbas mengatakan bahawa ayat 195 ini bukanlah mengenai jihad tetapi ancaman bagi orang yang bakhil, tidak suka membantu perjuangan menegakkan agama Allah. Seseorang bertanya kepada al-Baraa’ bin Azib, “Jika aku menyerang tentera musuh sendirian sehingga mereka membunuhku, apakah itu bererti aku telah melemparkan diriku dalam binasa?”. Jawab al_Baraa’, “Tidak, sebab Allah mewajibkan kepada setiap orang untuk berjuang sendiri, sedang ayat 195 ini mengenai derma, sedekah fi sabilillah.

Khamis, 7 Mei 2009

Lipis: Cukupkah sekadar bandar bersejarah ?

2
Kuala Lipis suatu waktu dulu memang telah memahat sejarah. Pernah menjadi ibu negeri Pahang sebelum bertukar ke Kuantan. Turut dijaja oleh Um-NO & Be End sebagai tempat kelahiran PM ke 6. Para pengunjung luar boleh menyingkap sejarah Lipis di Dataran Sejarah, Dataran Informasi dan beberapa monumen yang telah disediakan oleh MDL.

Namun, hakikatnya Lipis masih banyak kekurangan berbanding bandar-bandar lain di negeri ini. Harga barangan keperluan harian adalah mahal berbanding dengan Raub atau Jerantut. Di samping itu, banyak agensi yang tiada cawangannya di Lipis. Tiada JPJ, LHDN, KWSP & JTK di bandar ini. Jika mahukan perkhidmatan tersebut, perlu pergi ke Raub atau Bentong. Jika betul `rakyat diutamakan', perkara ini perlukan perhatian dan penambahbaikan.dataran11

Program kebajikan PAS membuahkan hasil

0
Kuala Lipis: Allahyarham Sahluddin Hassan baru sebulan menyertai Skim Takaful Kelompok kendalian Takaful Etiqa dengan kerjasama Perhubungan PAS Pahang. Namun, program kebajikan PAS tersebut sudah membuahkan hasil dan memberikan manfaat kepada ahli keluarga beliau. Pada tanggal 7 Mei 2009, waris beliau telah menerima bayaran awal wang khairat kematian berjumlah RM1000 di rumahnya di Taman Muhibah, Kuala Lipis. Bakinya, RM2000 akan menyusul selepas penyerahan salinan sijil kematian yang telah disahkan. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh YDP Kawasan Lipis, Tuan Hj. Ishak Sat. Mewakili saf pimpinan, kami mendoakan semoga roh al-marhum Sahluddin Hassan ditempatkan bersama golongan solihin. Amin !!!takaful1

Rabu, 29 April 2009

Teruskan Kemenangan ...

3
Syukor ke hadrat  Ilahi, PAS Lipis baru je selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 41 pada 18 April 2009.
Manisnya kali ini, mesyuarat dapat di adakan di pejabat PAS Kawasan Lipis yang baru bertempat di tingkat 1 di salah sebuah blok kedai.  Untuk mencarinya tak susah.
Selepas lampu isyarat menghala ke Bandar Baru, seberang sungai Jelai, sampai je di atas jambatan sudah terlihat lambang bulan penuh dengan kain warna hijau berkiibar megah di atas bukit. Itu lah pejabatnya.PJ Pas Lipis
Hari itu mesyuarat di rasmikan oleh Yang Berbahgia saudara Haji Mohamad Sabu (Naib Prasiden PAS). Kehadiran perwakilan daripada seluruh cawangan PAS dalam parlimen Lipis mencapai sasaran 100%. Tahniah kepada semua yang sama-sama perihatin dalam gerakan jemaah Islam ini.
Tahun ini tahun pemilihan pimpinan cawangan, kawasan dan pusat. PAS Lipis berjaya melaksanakannya. Gadingan pejuang-pejuang baru dan lama telah di pilih oleh perwakilan untuk menggemudi PAS Lipis ke Era Perubahan bagi meneruskan kemenangan 'Pakatan Rakyat - Untuk Kebajikan Rakyat'.
YDP     -  Ust. Haji Ishak Sat
TYDP  -  Sdr. Roslan Zainal
NYDP -  Ust. Abdul Hadi Md Taib
KUU    -  Ust. Hj. Mohd Mahyuddin Hj. Ghazali.
AJK     -  16 orang gandingan lama dan baru.

Selasa, 20 Januari 2009

Alhamdulillah..

6
MAHASUCI ALLAH..
SEGALA PUJIAN HANYA KEPADA ALLAH..
ALLAH YANG MAHA BESAR...


Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad saw.

PAS bersama Pakatan Rakyat di beri kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu (P036).

Pengalaman kita semasa bersama berjihad di Kuala Terengganu, melihatkan telatah dan gelagat pengampu-pengampu UMNO/BN.   Sedarlah kita selama ini bahawa kaum Melayu Pribumi masih terpinggir tampa pembelaan sewajarnya daripada pemerintahan kerajaan hari ini.

Rezeki yang Allah kurniakan kepada negeri yang mejoritinya Melayu/Islam melalui hasil minyak, tidak mendapat kebajikan kepada rakyatnya sendiri. Walau pun hasilnya No 2 terbanyak menyumbang kepada Negara, tapi rakyatnya No 2 termiskin dalam negara ini.

Pembangunan yang disogokkan oleh UMNO/BN hanya waktu Pilihan Raya. Itu pun untuk kroni je.
Jawatan yang diberikan oleh rakyat (YB) hanya untuk kemegahan bukan dipikul sebagai satu Tanggungjawab.
Jauh sekali mau merujuk kepada DOSA - PAHALA.

TAHNIAH KEPADA PENGUNDI KUALA TERENGGANU YANG MAUKAN PERUBAHAN..

PAS Lipis kembali merenung apa yang ada di LIPIS.

Walau pun sebagai Bandar yang dulunya Ibu Negeri Pahang !
Bagaimana prasarana Bandarannya?
Bagaimana perkembangan dan pertambahan penduduknya?
Bagaimana pembangunan kampung-kampung persekitarannya?

Tinjau-tinjau lah ke Jabatan Perancangan Bandar Negeri,
Tanyalah pegawai-pegawai perancang Ekonomi di Putra Jaya,

Berapa banyak projek-projek yang dikemukan oleh Lipis?
Setiap kali peruntukan Rancangan Malaysia.... benda apa yang Lipis dapat?

Rialitinya... anak-anak lipis yang berhijah ke luar selepas sekolah,
Balik ke Lipis setalah 30 tahun ke, 40 tahun ke, atau 50 tahun ke,
LIPIS MACAM TUUU JUGAK LE.
BEKU,
JUMUT,

ITU KEMAHUAN UMNO/BN.... SUPAYA RAKYAT MUDAH DIGULA-GULA SEWAKTU PILIHAN RAYA.