Ahad, 18 April 2010

Pemuda PAS Mahu Polis Siasat Pembabitan Ejen Israel




Khamis, 15 April 2010 09:50 Hashim Abdullah




KUANTAN: Dewan Pemuda PAS negeri Pahang membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Kuantan, petang semalam berhubung pembabitan Apco Worldwide dan Asiasoftt yang ada kaitan dengan rejim zionis Israel kerana pembabitan mereka dalam memberikan perkhidmatan maklumat strategik telekomunikasi negara.


Laporan polis yang dibuat sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad mengesa sisatan dibuat secara menyeluruh, bersungguh dan berintergriti memandangkan isu tersebut adalah isu besar melibatkan kedudukan keselamatan negara.


Isu pembabitan syarikat yang ada hubungkait dengan zionis Israel itu hangat diperkatakan apabila Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendedahkannya pada persidangan Parlimen, baru-baru ini.


“Saya dengan ini ingin membuat laporan kepada pihak polis bagi memohon suatu penyiasatan dibuat oleh pihak polis berhubung kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada persidangan, baru-baru ini berhubung penglibatan syarikat Apco Worldwide yang ada hubungan kait dengan kerajaan Zionis Israel. Syarikat ini seperti dimaklumi telah dilantik oleh pihak kerajaan menjadi penasihat strategik dalam bidang telekomunasi termasuk pembabitan dalam memperkenalkan konsep I Malaysia.


“Kami juga ingin pihak polis menyiasat pembabitan Asiasoft (M) Sdn. Bhd yang merupakan perisik Zionis-Israel tetapi diberikan tugas membangunkan Sistem Laporan Polis (PRS), Bukit Aman.


“Oleh kerana perkara ini kami rasakan sangat serius kerana membabitkan isu keselamatan dan kedaulatan yang membolehkan berlakunya pembocoran maklumat negara ke tangan musuh, apa lagi kepada rejim zionis Israel yang negara kita Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengannya, maka kami memohoh suatu penyiasatan yang bersungguh-sungguh, telus dan berintergriti oleh pihak Tuan bagi menjaga kepentingan dan kedaulatan negara.


“Kami juga memohon suatu tindakan munasabah dibuat terhadap pihak yang cuba melakukan penghianatan terhadap kedaulatan dan keselamatan negara seperti yang terkandung dalam mana-mana peruntukan-peruntukan undang-undang yang sedia ada dan mereka itu hendaklah diseret ke muka pengadilan,”kata Suhaimi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan