Isnin, 11 Ogos 2008

Sejarah Kuala Lipis

Kuala Lipis terletak di pertemuan Sungai Lipis dan Sungai Jelai. Ia merupakan bandar tertua di Pahang dan pernah memainkan peranan sebagai ibu negeri Pahang sejak tahun 1898 menggantikan Pekan dipindahkan ke situ. Rekabentuk bandar ini adalah unik kerana lokasinya yang disempadani oleh Sungai Jelai di sebelah timur, landasan keretapi di sebelah barat dan kawasan berbukit di bahagian Utara dan Selatan. Secara tidak langsung, faktor semulajadi ini menjadi faktor kekangan kekal kepada perkembangan bandar ini. Oleh itu, fabrik bandar ini kekal dari dahulu hingga ke hari ini .

Nama “Lipis" adalah dipercayai diambil bersempena dengan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Serau Lipis ( Pavetta indica). Memandangkan lokasi bandar ini terletak di kuala Sungai Lipis, maka ia dinamakan Kuala Lipis. Penduduk awal di Kuala Lipis terdiri daripada golongan petani Melayu yang mengusahakan tanaman padi dan jagung. Elemen perhubungan utama pada waktu itu ialah Sungai Jelai yang turut menjadi faktor kepada perkembangan Kuala Lipis. Di samping itu, ia juga merupakan pusat perdagangan emas dan hasil-hasil hutan setelah penemuan emas di Raub.

Semasa pemerintahan British, landasan keretapi ke Pantai Timur Semenanjung dari Gemas telah dibina merentasi bandar ini ke Gua Musang, Kelantan. Menjelang tahun 1920-an , rumah-rumah kedai yang ada sekarang mula dibina di Jalan Besar dan Jalan Jelai dan sebahagiannya masih kekal hingga ke hari ini.

1 ulasan:

nakmarahmarahlah berkata...

Alahai...tak terbayang bagaimana nasib bekas ibu negeri Pahang ni ketinggalan berbanding daerah lain.

Bukanlah kita tagihkan semua arus pembangunan, tetapi biarlah setiap kawasan kampung di Lipis memiliki kemudahan asas sempurna....

Nampaknya Lipis sekadar hebat dengan gambaran sebagai bekas ibu negeri, memiliki nama besar seperti Tan Sri Ghazali Shafie, Siti Nurhaliza atau pahlawan2 terbilang sahaja. Rakyatnya masih ditakuk lama.

Nak tengok bagaimana PAS kawasan ini menyelami permasalahan rakyat terutama isu2 hangat seperti harga barangan kekal melambung tinggi di Lipis padahal kerajaan telah menurun harga minyak secara berperingkat. Ramai orang kampung menggeleng kepala memikirkannya.

Catat Ulasan