Rabu, 7 Julai 2010

Bebaskan Negara dari Kerajaan Tahi

0

1. Allah swt menyifatkan Judi dan sebahagian maksiat lain seperti arak sebagai najis atau kotoran yang jijik. Malah ia pula adalah "kerjaan" syaithan a'laihi laktullah. Menjadi tanggungjawab semua khasnya pemuda - pemuda Islam bangkit berjuang membebaskan diri dan masyarakat dari terus bergelumang dalam kubang najis atau tahi yang kotor lagi jijik .
2. Negara kita merupakan sebuah "Kubang Tahi" no 3 terbesar di dunia selepas Las Vegas di Amerika dan Macau di Hong Kong . Ianya sungguh memalukan . Malu pada Tuhan dan pada malu pada dunia . Sementara negara kita mempunyai lebih dari 10 orang mufti dan entah berapa ratus orang qadhi pula berapa ribu Imam di seluruh negara .
3. Sebahagiannya menjadi kuda kepang yang ditunggang oleh "Kerajaan Tahi" , menurut ke mana jua arah dipacu asal mulut terus dikekang dengan elaun dan gaji pokok yang lumayan . Rakyat tenggelam timbul dalam "kubang tahi" malah sebahagian mereka pula entah banyak mana yang telah tertelan tahi . Lebih malang , akibat terlalu lama bermukim di dalam kubang tahi ini , sebahagiannya mula berasa selesa dan lebih jijik apabila tahi pula dijadikan makanan rutin mereka .
4. Apa boleh buat , apabila mereka telah rasa selesa begitu . Namun sekurang - kurangnya ada usaha gigih daripada kita untuk menarik keluar insan yang terperangkap dalam kubang tahi yang besar ini . Benar apa yang diungkapkan oleh Sdr Suhaizan Kaiat bahawa kempen Membantah Judi yang digerakkan oleh Gerakan Rakyat Membantah Judi [ GMJ ] adalah suatu yang ditunggu - tunggu oleh anak - anak dan juga isteri - isteri yang sering menjadi mangsa sang ayah dan sang suami yang terjerat dalam kubang tahi ini .
5. Setelah Lesen Judi Sukan ditarik balik atau dibatalkan [ setakat ini oleh : Majlis tertinggi UMNO bukan Kabinet ] , GMJ meneruskan pula kempen Tak Nak Judi sebagai satu pendidikan berperingkat dan berterusan untuk rakyat dan negara membersihkan diri dari tahi yang jijik . Setelah 50 tahun berkubang dalam loji tahi yang besar ini , satu gerakan pendidikan Tak Nak Judi mesti digerakkan secara serius dan berkesan .
6. Malaysia mempunyai sekurang - kurang 11 Loji [ baca kubang ] Tahi yang besar .

a] Perjudian Cyber
b] Perjudian Atas Kapal [ Malaysia 2 buah kapal kasino mewah 6 tingkat ]
c] Kasino di Pekan Danok Bukit Kayu Hitam
d] Perjudian bergerak [ menggunakan van - van besar ]
e] Perjudian di Kedai - kedai kopi
f] Sindiket Judi
g] Casino de Genting
h] Judi Nombor Ekor
i] Lumba Kuda dan Perlawanan bola sepak [ judi sukan ]
j] Mesin Permainan Video
k] Judi kanak - kanak [ tikam - tikam , mesin slot dan pertaruhan turap

Sumber : Industri Judi di Malaysia
Teras pengupayaan Melayu

7. Industri Judi satu penindasan , yang kaya raya ialah tauke judi [ baca Tauke Tahi ] sementara pemain judi [ baca Pemain Tahi ] akan terus menderita papa kedana . Syarikat judi [ baca Syarikat Tahi ] akan terus mengaut keuntungan jutaan ringgit . Lihat sahaja rekod yang ada . Biarpun rekod lama , tetapi menunjukkan keuntungan yang mereka kaut . Sekurang - kurangnya negara kita mempunyai 7 syarikat besaryang memiliki "Kubang Tahi" ini :

a] Genting Berhad [ th 99' : untung bersih : RM 1, 101, 101,000 ]
b] Resort World Berhad [ th 99' : untung bersih : RM 645, 800, 000 ]
c] Magnum Corporation Bhd [ th 99' : untung bersih : RM 519, 304, 000 ]
d] Metroplex [ th 99' : untung bersih : RM 88, 980, 000 ]
e] Leisure Managment [ th 99' : untung bersih : 78, 958, 000 ]
f ] Berjaya Sport Toto Bhd [ th 2000 : untung bersih : RM 254, 474, 000 ]
g] Tanjung Public Limited Company [ th 99' : untung bersih : RM 185, 517, 000 ]

Sumber : Industri Judi di Malaysia
Teras Pengupayaan Melayu

8. Mungkin kita tidak bermain judi [ baca main tahi ] secara langsung , tetapi sebahagian ummat Islam dalam negara kita mahu tidak mahu terperangkap dalam menerima dan mengambil manafaat dari hasil judi negara [ baca hasil tahi negara ] . Ini berlaku melalui tindakan kerajaan yang melabur dalam syarikat - syarikat tahi yang besar ini . Sebagai contoh , merujuk kepada Laman Bursa Saham Kuala Lumpur [ KLSE - RIIAM Information System ] dicatat badan - badan yang mewakili kerajaan Malaysia menanam saham [ baca saham tahi ] dalam syarikat - syarikat judi .

a] KWSP : Jumlah saham : RM 7, 894, 800 [labur di Genting Highland & Resort World Bhd]
b] Lembaga Tabung Angkatan Tentera : RM 45, 162, 668 [ Resort World Berhad ]
c] Amanah Raya Berhad : RM 8, 828, 400 [ Metroplex ]
d] Kementerian Kewangan M'sia : RM 327,000 [ Metroplex ] & RM 20,000 [Berjaya Group]
9. Rakyat dipaksa makan hasil tahi . Lebih malang , syarikat - syarikat judi ini turut dimiliki atau dikuasai oleh orang - orang Islam yang pastinya memalukan nama baik Islam dan ummatnya. Namun ini realiti negara kita : [ rekod lama yang kita miliki dan sebahagiannya kekal sehingga sekarang ]

a] Genting Berhad : Tun Hanif Omar : Bekas Ketua Polis Negara sbg Deputy Chairman
b] Magnum Corp Bhd : Tan Sri Dato' Khir Johari : Bekas Menteri : Vice Chairman
c] Resort World Bhd : Tun Hanif Omar : Bekas Ketua Polis : Deputy Chairman
d] Berjaya Group : Dato' Sulaiman Mohd Noor : Director
e] Berjaya Sport Toto : Tan Sri Dato' Jaafar Abdul : Director
f] Leisure Managment Bhd : Tan Sri Dato' Khir Johari : Bekas Menteri : Director
10. Kerajaan didesak supaya ambil langkah berkesan dan bijak untuk membebaskan negara ini dari Industri Tahi agar kelak orang tidak panggil negara kita Negara Tahi !Seperti negara memerangi dadah yang disebut sebagai najis [ tahi ] malah diisytihar sebagai musuh no 1 negara. Jua sebagaimana kerajaan menangani rokok yang dilihat sebagai merbahaya kepada kesihatan . Kenapa judi tidak dilihat merbahaya kepada kesejahteraan negara dan rakyat . Judilah yang menyuburkan budaya gengster , Along , mafia dan akhirnya menelurkan pelbagai bentuk jenayah .
11. Sekurang - kurang kerajaan mempunyai plan berkesan untuk mengurangkan judi yang kian berleluasa di negara kita . Saya tertarik dengan gesaan yang pernah dibuat oleh Yb. Leong Ngah - Ngah Adun Triang dari DAP supaya kerajaan tidak lagi menyiarkan keputusan nombor ekor di dalam surat khabar berbahasa melayu sebagai salah satu usaha membendung pembelian nombor ekor dikalangan orang Islam .
12. Semua pihak mesti serius . Bermula dengan Kerajaan Persekutuan [ pusat ] , Kerajaan Negeri - negeri [ terutama negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat ] , Badan - badan politik , Ngo - Ngo dan orang perseorangan mestilah gigih berusaha untuk mengurangkan operasi judi yang berlesen atau tidak , justeru kesemuanya membawa kesan yang serupa .
13. Kita sasarkan 50 tahun akan datang , negara kita menjadi negara yang sifar judi . Meskipun tempoh ini panjang , namun usaha terancang dan berkesan termasuk menggunakan kuasa yang dimiliki serta kempen berterusan mestilah digerakkan . Sekurang - kurangnya negara kita beransur aman kerana kita juga memahami bahawa sukar untuk menghapuskan judi secara serentak setelah indusri ini dibina sejak 50 tahun yang lalu . Ianya telah mengakar dalam negara kita .
14. Selamatkanlah anak bangsa kita , generasi muda yang bakal memimpin negara dan seluruh rakyat yang tidak bersalah agar mereka tidak dipaksa menanggung akibat perbuatan manusia yang telah hilang kewarasan dan kewibaan kerana berada di bawah pengaruh ketagihan judi yang parah .
15. Insyaallah , sedikit masa lagi saya cadangkan agar GMJ menganjurkan Konvoi Tak Nak Judi ke Genting Highland sambil mengedar risalah mendidik rakyat supaya meninggalkan aktiviti yang tidak baik malah keji ini .
Kami mewakili seluruh rakyat prihatin menegaskan bahawa :
kami Tak Nak Judi ! walau apa jenis judi tersebut .

Ya Allah ! Selamatkan kami , negara kami , generasi kami bahkan seluruh rakyat dalam negara ini daripada terjebak dalam kancah perjudian . Ya Allah ! selamatkan kami dari kemurkaanMu dan kami berlepas diri dari perbuatan manusia - manusia fujur [ jahat ] yang telah mencetus kemurkaanMu Ya Allah !

Ya Allah ! Berikan kekuatan kepada kami untuk terus berjuang , menggerakkan kempen atau dakwah murni , mengajak manusia menghindarkan diri dari maksiat besar ini .

Ya Allah ! berilah petunjuk dan keredhaanMu kepada kami dan semua rakyat agar insaf dan sedar betapa judi dan maksiat - maksiat yang lain adalah suatu yang wajar dimansukh atau dibenteras dalam negara kita .

Ameen Ya Rabbal A'lamin .

Isnin, 5 Julai 2010

Shafie biadab tuduh PAS sesat

0

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 6 Julai: PAS menganggap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat, satu kenyataan yang biadab.
Beliau yang juga Naib Presiden Umno, dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kulaijaya, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mencabar Shafie atas dakwaan mengapa membuat kenyataan begitu.
“Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa?” soalnya dalam satu kenyataan.
Beliau menjelaskan, di dalam  Perlembagaan  PAS Fasal 3 “Dasar PAS ialah Islam” sementara Fasal 7 (1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta ijmak ulamak dan qias yang terang dan nyata.
“Umno pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya?” tanya beliau lagi. 
Secara sinis, katanya PAS tidak mahulah mengajak Shafie menerangkan apa maksud Islam, al-Quran, sunnah, ijmak dan qias yang diperjuangkan oleh PAS.
“Kita tahu kemampuan beliau berhubung kait dengan hal ehwal agama ini.  Jadi kalau beliau jahil berkenaan dengan dasar PAS, maka jangan membuat tuduhan yang liar terhadap satu juta ahli PAS,” kata Idris.
PAS, katanya beranggapan kenyataan yang biadab daripada seorang Naib Presiden Umno yang emosi dan mentah dalam hal ehwal agama sahaja yang sanggup mengeluarkan kenyataan begitu rupa.
Tambahnya, macam mana Shafie boleh menuduh PAS sesat sedangkan ianya didukung oleh Tuan Guru dan alim ulama.
Suatu ketika dahulu, katanya PAS pernah dituduh lebih merbahaya daripada komunis, walaupun dalam sejarah perjuangan parti itu tidak ada mereka yang menganut fahaman komunis yang memimpin PAS, sebaliknya pemimpin Umno yang ditangkap kerana menjadi ejen komunis dan ditahan di bawah ISA.
“PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab itu untuk memburukkkan perjuangan PAS di kalangan orang  Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS,” ujarnya lagi.
Baginya, Shafie cuba menakutkan orang ramai supaya jangan menyokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan  parti mereka, terutama lubuk emas Umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat.
Justeru, beliau menasihatkan Shafie sebelum hendak menuduh PAS sebagai ajaran sesat supaya melihat dahulu beberapa kenyataan pemimpin Umno yang menghina hukum Allah dan janggut Nabi s.a.w.
“PAS memberi amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik, kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yaasin dan solat hajat diilakukan oleh satu juta ahli PAS di seluruh negara,” tegasnya.

Ahad, 4 Julai 2010

Melayu Semakin Kuat Di Parlimen Bila Umno Kalah

0


Oleh Kickdefella
PARLIMEN Sheet1
Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004 menyaksikan Barisan Nasional menguasai 90.4% kerusi di Dewan Rakyat. Juaranya ialah UMNO walaupun tidak dapat mencatatkan rekod seratus peratus seperti beberapa parti komponen BN yang lain.
UMNO kecundang 7 kerusi kepada PAS dan juga 1 kerusi kepada Parti Keadilan (kini PKR). UMNO juga membantu parti-parti MCA, GERAKAN dan MIC menang dibeberapa kawasan majoriti Melayu dengan menumpaskan calon-calon Melayu daripada parti Pembangkang.
Kesan daripada tindakan UMNO ini, Kerajaan yang ditubuhkan dengan penguasaan lebih 90% di Dewan Rakyat itu hanyalah mengandungi 58.1% komposisi Melayunya. Manakala wakil rakyat bukan Melayu yang menang dibawah BN berjumlah 41.9%.
UMNO menang 109 kerusi didalam pilihanraya tersebut tetapi seorang wakil rakyatnya bukan dari keturunan Melayu.
Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 menyaksikan prestasi terburuk BN dan juga UMNO. BN masih menubuhkan Kerajaan dengan kemenangan 140 buah kerusi tetapi keadaan semasa hari ini, kerusi BN di Parlimen adalah 137 bila UMNO kehilangan satu kerusi kepada PAS didalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan kehilangan 2 kerusi apabila SAPP bertindak meninggalkan BN beberapa bulan selepas PRU ke 12.
BN kini mempunyai 61.7% wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat manakala 38.3% lagi merupakan gabungan wakil rakyat Pakatan Rakyat, SAPP dan Bebas yang menang di atas tiket PAS.
KOMPOSISI PARTI 2004
KOMPOSISI PARTI 2008
Ironinya, walaupun kerusi UMNO merosot sebanyak 31 kerusi tetapi dibantu dengan kerusi wakil Melayu dari PBB, BN hari menyaksikan peningkatan memberangsangkan penguasaan wakil rakyat Melayu berbanding dengan Bukan Melayu di dalam BN. Hari ini wakil rakyat Melayu adalah 62.8% iaitu peningkatan hampir 5%. Wakil Rakyat BN Bukan Melayu pula merosot dari 41.9% kepada 37.2%.
Wakil Rakyat Melayu dalam BN kini 35 orang lebih ramai dari wakil rakyat Bukan Melayu.
Mengapa UMNO mengatakan bahawa ketuanan Melayu didalam Kerajaan semakin merosot? Mengapa UMNO merasakan Melayu semakin lemah sedangkan orang Melayu yang peratusannya hanya 51% dari populasi rakyat Malaysia mempunyai suara hampir 63% dalam parti pemerintah.
Kita tinggalkan UMNO seketika kerana kita tentu yakin UMNO tidak buta statistik. Tetapi yang menggusarkan ialah mengapa beberapa pemimpin PAS seolah-olah rabun membaca statistik. Ini yang kita perlu risau.
MALAY GOV 2004
MALAY GOV 2008
Prestasi Pembangkang 2004 dan 2008
Pilihanraya Umum ke 11 menyaksikan PAS dan PKR kembali terdampar dipersada realiti politik Malaysia apabila kecermelangan mereka dalam pilihanraya 1999 berakhir dengan malang sekali.
PAS kehilangan Terengganu atau lebih enak disebut, Presiden PAS hilang jawatan Menteri Besarnya. Timbalan Presiden PAS juga hilang kerusi Parlimennya.
Di Kelantan, Mursyidul Am berjaya mempertahankan penguasaan PAS dengan berpaut kepada majoriti 2 kerusi sahaja. Lebih menggerunkan, dua kerusi mereka berpaut itupun kalau dicampur keseluruhan majoritinya tidak lebih daripada 50 undi.
Pada 2006, PAS Kelantan kehilangan lagi satu kerusi DUN menerusi pilihanraya kecil. Lantaran mereka mencatatkan rekod dunia sebagai kerajaan yang boleh bertahan paling lama dengan hanya majoriti 1 kerusi.
Di Parlimen, setelah persempadanan semula konstituensi pilihanraya di Semenanjung dan di Sabah pada tahun 2003 serta faktor ‘feel good’ Perdana Menteri baru Malaysia, peratusan wakil rakyat Pembangkang di dewan Rakyat menguncup kepada hanya 9.6%.
Daripada jumlah ini pula wakil rakyat Melayu dalam Pembangkang hanyalah 38.1% berbanding dengan 61.9% wakil rakyat Bukan Melayu.
Tetapi kedudukan semasa hari ini, Pembangkang menguasai 38.3% kerusi di Dewan Rakyat. Apa yang amat-amat signifikan ialah kedudukan wakil rakyat Melayu didalam pembangkang yang melonjak kepada 51.8% daripada 38.1% didalam tahun 2004. Wakil rakyat Bukan Melayu didalam Pembangkang pula ialah 48.2%.
MALAY OPPS 2004
MALAY OPPS 2008
Dalam erti kata lain, Melayu bukan sahaja mempunyai pengaruh yang besar didalam BN yang merupakan parti pemerintah, tetapi Melayu juga mempunyai pengaruh yang majoriti didalam Pembangkang.
Oleh itu apakah yang merisaukan orang-orang Melayu?
Apakah boleh dianggap Melayu berpecah semata-mata kerana satu pihak yang dulunya begitu dominan didalam politik Melayu kini sudah mula kehilangan taring?
Adakah kerana PKR dan PAS kini mempunyai jumlah wakil rakyat Melayu yang besar didalam gabungan Pembangkang maka itu tandanya Melayu berpecah?
Siapa Kata Hendak Selamatkan Melayu Sebenarnya Selamat UMNO
Sesetengah pihak bertungkus lumus membanting tulang mahu menyelamatkan Melayu. Persoalannya kenapa? Pengaruh Melayu terus hebat bahkan bertambah hebat. Melayu hari ini lebih dominan didalam BN dan begitu signifikan didalam Pembangkang. Kalau ada masanyanya Melayu ingin merasa bersyukur, inilah sebenar masa sebenarnya.
PAS dan PKR dilabelkan sebagai pengkhianat Melayu kerana bekerja sama dengan DAP. Tetapi apa yang peliknya, menerusi kerjasama dengan DAP, PAS dan PKR berjaya memperkasakan kedudukan Melayu di dalam Pembangkang.
Menerusi kerjasama dengan DAP, PAS dan PKR berjaya merampas sekurang-kurangnya 5 kerusi Parlimen daripada MCA, MIC dan Gerakan. Ini bererti lebih 5 wakil rakyat Melayu didalam Parlimen.
Semenjak pilihanraya 1955, UMNO mengajar orang Melayu memberikan kerusi majoriti Melayu kepada wakil rakyat Bukan Melayu. Sebab itulah berkali-kali pilihanraya pengundi-pengundi Melayu memberikan undi kepada MCA, MIC dan Gerakan walaupun mereka ini ditentang oleh calon Melayu dari PAS dan lain-lain parti.
OVERALL 2004
OVERALL 2008
Perjuangan Malaysia Dapat Memperkasakan Melayu
Ketidakseimbangan kekuatan Melayu dianggap sebagai satu masalah besar didalam gabungan Pakatan Rakyat. Ia menimbulkan ketidakselesaan orang-orang Melayu.
Ketidakseimbangan ini sebenarnya hanyalah ciptaan UMNO. Pakatan Rakyat berjaya menimbulkan keseimbangan itu.
Hari ini representasi Melayu didalam Kerajaan dan Pembangkang adalah refleksi sebenar populasi Malaysia. Lebih unik lagi keseimbangan itu dicapai bukan atas dasar perjuangan bersikap perkauman tetapi perjuangan berteraskan keadilan untuk semua kaum yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat sudah memperjuangkan formula untuk Malaysia yang sejahtera buat semua dan ia telah terbukti berjaya. Dan ia berjaya tanpa perlu slogan atau laungan atau kempen seperti 1 Malaysia. Ia berjaya kerana keikhlasan untuk memakmurkan negara ini untuk semua rakyatnya.