KUALA LIPIS: Buat pertama kalinya sepanjang bulan Ramadhan 1432 ini, tazkirah telah disampaikan antara solah sunat tarawih. Pada 18 Ramadhan 1432, selepas solah sunat tarawih 4 rakaat, Al Fadhil Tuan Kadhi daerah Lipis, Tuan Haji Mohd Fadhli Mat Saman telah menyampaikan tazkirah yang berkaitan kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan. Beliau menasihat dan menyeru para jemaah yang hadir supaya melipatgandakan amal ibadat pada 10 malam terakhir Ramadhan, rebutlah malam Lailatul qadar yang pahalanya melebihi 1000 bulan. Seterusnya mengingatkan para jemaah supaya sentiasa membaca al Quran, lebih-lebih lagi di bulan Ramdahan, cuba khatamkan. Sekiranya sibuk sebagaimana sekalipun, mesti membaca al Quran walaupu satu ayat sekalipun.
Seorang jemaah yang sempat ditemui, mengatakan program tazkirah antara solah tarawaih sangat baik, kerana kita sentiasa dingatkan supaya melakukan perkara-perkara yang di suruh, dan ditegah melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Tazkirah ini juga dapat memberi manfaat kepada jemaah, mereka bukan sahaja mendapat pahala solah sunat tarawih, malah mereka juga mendapat pahala menambah ilmu. Tazkirah antara tarawih ini perlu diteruskan pada masa-masa hadapan.
Kelantan pertama lancar kelab Jaringan IT Prihatin
-
*SEMINAR* Pengurusan dan Pentadbiran JSU-JIT Negeri Kelantan itu memberikan
kefahaman ICT terkini dan bidang tugas kepada Penyelaras IT Dun.