Khamis, 29 April 2010

PAS Hina Sultan atau Umno Yang Maki Sultan

0
 idrisahmad.wordpress.com
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Umno kini semakin terdesak untuk menarik perhatian rakyat dan Sultan khususnya di Kedah. Mereka mendendangkan lagu “PAS hina Sultan Kedah” hanya kerana mereka kini sudah ketandusan isu untuk menyerang Kerajaan Pakatan Kedah.

Adun PAS Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membangkitkan dua soalan dibawah ini dalam sidang Dun?

1. Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat?

2.Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?

Rakyat yang membaca soalan ini pasti akan ketawa melihat reaksi Umno yang begitu panik dan culas dalam membuat bantahan.

Soalan pertama jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah. Nasir membuat soalan ini selepas mendapat laporan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom mengunakan JAKIM untuk memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah mengadapnya dalam satu program di SP Inn pada 4 April 2010.

Jadi beliau mahu tahu sejauh manakah kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal ini berbanding kuasa Sultan yang menaungi segala program dan aktiviti keagamaan di negeri Kedah.

Soalan kedua jelas menunjukan bahawa beliau mahu satu penjelasan dari pihak Kerajaan berhubung bidang kuasa Kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dinegeri berkenaan sebagai memudahkan rakyat dikawasannya dan diseluruh negeri melihat kuasa-kuasa Kerajaan negeri dan Sultan dalam urusan berkaitan. Ini adalah satu cara untuk mendidik rakyat melihat hak pemimpin mereka ke atas agama dan diri mereka serta hak mereka terhadap pemimpin mereka.

Dalam kedua-dua soalan ini PAS tidak nampak sebarang unsur penghinaan kepada Sultan dan Umno jelas memutar belitkan fakta sebenar lantaran kedangkalan mereka sendiri.

Rakyat tidak lupa sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini;
Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.
Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.
Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.
Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.
Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai “Binatang” diarak dalam demontrasi itu.
Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.

Banyak lagi kisah-kisah penderhakaan Umno yang tidak pernah serik memaki hamun Sultan hingga ke hari ini. Ternyata sikap PAS dan Umno terhadap Istana begitu jauh berbeza.

Umno menganggap tindakan PAS yang bertanya secara baik dalam DUN sebagai menghina Sultan dan dalam masa yang sama mereka menganggap tindakan mereka memaki Sultan sebagai teguran kepada Istana.

Rakyat perlu melihat perkara ini dan memahami bahawa mereka bukanlah rakyat yang bodoh, yang tidak pandai membezakan soalan atau makian.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Rabu, 28 April 2010

BN bukan lagi parti masa depan - Mustafa Ali

0

Ditulis oleh Harakahdaily
TUESDAY, 27 APRIL 2010 07:43






KUALA LUMPUR, 27 April - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, Barisan Nasional (BN) bukan parti masa depan selepas hanya menang di kawasan terkawal seperti Felda dan kawasan miskin seperti Orang Asli.


Beliau turut menyifatkan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu hanya sebagai kemenangan sementara.

"Pengundi yang lebih celik dan tidak terikat dengan kerajaan mengundi PKR. Tapi pengundi yang terikat seperti Felda, Orang Asli dan di ladang-ladang, trendnya kepada BN.


"Kalau kita lihat masa depan negara yang kita harapkan lebih demokratik, rakyat lebih membaca dan mempunyai kesedaran, Umno/BN ini bukan parti untuk masa depan sebenarnya.


"Orang yang mempunyai kesedaran semacam sudah tidak percaya kepada Umno/BN tapi lebih percaya kepada komponen dalam Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.


Justeru, katanya angin perubahan yang dikatakan oleh pemimpin Umno/BN tidak berlaku pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.


Ini, ujarnya kerana tidak berlaku pengurangan undi kepada calon Pakatan Rakyat daripada PKR, Datuk Zaid Ibrahim.


"Walaupun kelihatan pimpinan BN gembira, namun bagi saya keputusan pilihanraya kecil ini tidak menggembirakan mereka. Mungkin gembira dalam gelisah.


"Kalau alasan yang mereka gunakan bahawa ini tanda satu angin perubahan rakyat Hulu Selangor kepada BN daripada Pakatan Rakyat, ia tidak berlaku sebenarnya. Ini kerana calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim tidak mengalami pengurangan undi berbanding tahun 2008," katanya.


Pada pilihan raya kecil itu, Zaid mendapat 23,272 undi berbanding 23,177 yang diperolehi allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada pilihan raya umum lalu, yang berjaya menewaskan Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi.


Beliau juga berkata, bantuan media arus perdana berkempen untuk BN termasuk menyerang peribadi Zaid, tidak menjejaskan undi kepada PKR seperti yang diharapkan mereka.


"Media memainkan peranan dalam isu lompat melompat dalam PKR di Hulu Selangor, tidak ada kesan sebenarnya. Fitnah terhadap Zaid pun tidak ada kesan. Yang ada kesan ialah faktor lain yang menaikkan undi kepada BN," katanya.


Menurut Mustafa, kempen BN yang begitu hebat kepada rakyat Hulu Selangor menyebabkan mereka dapat menawan kembali pengundi yang memprotes calon BN pada tahun 2008, G Palanivel.


"Tahun 2008 banyak undi rosak kerana ada orang Melayu dan India yang tidak begitu senang dengan calon BN, G Palanivel dan mereka tidak keluar mengundi dan merosakkan kertas undi.


"Kali ini mungkin dengan kempen yang begitu hebat, tiga tokoh utama BN, Najib, Mahathir dan Muhyiddin turun sekaligus berkempen ,bermaksud mereka begitu terdesak untuk memenangi pilihan raya kecil ini.


"Pertambahan 2,000 undi yang diperoleh BN kali ini datang daripada undi yang rosak itu, yang dulunya satu protes, mereka sebahagiannya balik semula kepada BN.


“Yang keduanya undi pos. Mereka memperoleh majoriti 600 undi pos. Yang selebihnya mereka menggerakkan pengundi luar yang komited kepada BN untuk balik mengundi,” ujarnya.


Selain itu katanya, BN memberikan tumpuan kepada kawasan Felda, kawasan Orang Asli dan orang India.


"BN menumpukan kepada kawasan tradisi iaitu Felda, boleh dikatakan seluruh Felda dimenangi oleh BN. Orang Asli pula dilonggokkan di satu kawasan. Saya fikir perubahan tempat mengundi yang dikeluarkan SPR bagi membolehkan BN mengawal undi mereka.


"Dengan kemiskinan yang dihadapi Orang Asli, sudah tentu mereka termakan dengan apa yang diberikan BN. Undi India juga majoriti berpihak kepada BN," katanya.

Jumaat, 23 April 2010

CERAMAH TERKINI: BERITA DARI HULU SELANGOR

0

ULASAN TERKINI DARI

DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN

PADA MALAM SELEPAS PENGUNDIAN DI HULU SELANGOR

25 APRIL 2010

RUMAH SDR HAMAT

KG MENTARA BARU

MERAPOH,KUALA LIPIS

DATANGLAH BERAMAI RAMAI

Khamis, 22 April 2010

Arak dan Judi : PAS seru Umno bertaubat

0
April 22, 2010

HermanSamsudeen



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana strategi Umno yang menyebarkan kisah calon PKR-Pakatan, Zaid Ibrahim minum arak dan berjudi ketika bersama parti itu dahulu kini secara tidak langsung telah membuka mata rakyat.

Rakyat yang dahulunya menganggap pemimpin Umno sebagai suci dan pejuang Islam, kini sudah mengetahui hakikat sebenar bahawa mereka telah ditipu hidup-hidup. Pengakuan Zaid yang kini sudah bertaubat telah turut mengheret kepada pembongkaran beberapa lagi pemimpin Umno yang turut dikategorikan sebagai pelanggan kepada minuman dan hiburan yang diharamkan itu.

Nama-nama dan gambar mereka kini bertebaran diinternet, dari Presiden, Ketua Pemuda dan ramai lagi sudah diketahui umum. Malah bukan sahaja menjadi pelanggan atau peminat minum keras dan judi, beberapa pemimpin serta ahli perniagaan Umno juga sudah dikenalpasti sebagai pemilik, pelabur dan pengarah syarikat-syarikat arak dan judi yang terkenal di rantau ini.

PAS sudah lama mengetahui hal ini, dan serangan Umno kepada Zaid akhirnya mengesahkan tuduhan PAS selama ini adalah benar. Arak dan judi bukanlah perkara baru dalam Umno. Ketika awal-awal ditubuhkan, Umno bergantung harap pada Loteri Kebajikan bagi mengumpulkan dana untuk menjana program serta menubuhkan pejabat-pejabat mereka. Malah, hingga ke hari ini ramai pihak mempersoalkan sumber duit yang digunakan bagi membina pejabat Umno di PWTC.

PAS berasakan sudah cukup lama Umno bergeluman dengan arak dan judi ini. Sudah sampai masanya mereka menuruti jalan Zaid iaitu bertaubat. Tidak guna mereka dedahkan kesilapan lampau Zaid sedangkan mereka yang masih duduk dalam Umno masih lagi bergelumang dengan arak dan judi.

Malanglah Ustaz-Ustaz yang duduk dalam Umno, kerana hanya mampu menjadi rakan kongsi dosa-dosa pemimpin mereka dan tidak mampu untuk menyatakan perkara yang haram dan halal secara bebas demi untuk menyelamatkan periuk nasi mereka. Bertaubatlah wahai pemimpin Umno!

Ust. Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat

Benda lucu setiap kali pilihan raya

0

 




sinar harian

Oleh - Abd Jalil Ali


Setiap kali ada pilihan raya kecil, kita melihat beberapa kelucuan. Adat orang berkempen, terutama dalam pilihan raya kecil, kalau boleh hendak didedahkan apa sahaja keburukan calon atau parti lawan – termasuk hal-hal dalam kain, dalam kelambu, hatta dalam seluar dalam – yang bersifat amat peribadi.

Walaupun peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan serangan peribadi ke atas mana-mana calon, pentas ceramah sepanjang kempen akan dihangatkan dengan sindiran, cemuhan dan maki-hamun terhadap batang tubuh calon.

Malah, sebahagian besar yang datang mendengar ceramah memang mengharapkan ada benda-benda dalam kain yang akan disingkap dan didedahkan. Mereka akan bertepuk tangan, bersorak, dan menjerit berapi-api. Soal betul atau tidak apa yang didedahkan, itu belakang kira!

Kalau kita perhatikan serangan demi serangan dalam kempen, kita melihat satu drama yang amat lucu. Setiap pihak mahu menuduh lawannya tidak betul, padahal pihak yang menuduh tahu dia sendiri pun tidak betul. Mengata dulang paku serpih, mengata orang sendiri yang lebih. Pilihan raya memang penuh kelucuan.

Di Hulu Selangor sejak hari penamaan calon minggu lalu, Datuk Zaid Ibrahim diserang secara peribadi habis-habisan. Semua perangai-perangai tidak baik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menjadi perencah yang digoreng dalam kebanyakan ceramah semasa kempen BN.

Calon PKR itu dikatakan berfikiran liberal, tidak berjiwa Melayu, kaki judi, kaki botol. Walaupun telah dinafikan dan dijelaskan oleh Zaid, benda-benda itu terus dibangkitkan dalam ceramah BN. Apabila Zaid kata dia telah bertaubat dan tidak minum lagi, ada pula yang menghujah apakah taubat Zaid diterima?

Arak dijadikan isu untuk menggambarkan calon PKR itu bukan orang baik. Memang, minum arak ditegah dalam Islam. Orang Melayu yang minum arak boleh dianggap tidak bermoral. Tetapi, ada sekian banyak orang dalam UMNO yang juga pernah – dan sesetengahnya masih – minum arak. Kalau tidak dibangkitkan oleh Lim Kit Siang dalam Parlimen pun orang boleh tahu siapa antara pemimpin UMNO yang kaki botol. Ertinya bukan Zaid seorang yang pernah minum arak.

Sama juga halnya dengan skandal. Ada risalah yang ditaburkan sepanjang tempoh kempen di Hulu Selangor, menunjukkan gambar Exco Selangor, Elizabeth Wong dalam pos yang agak mengghairahkan, di atas sofa dengan tubuh sedikit terbuka. Gambar itu pernah membangkitkan kontroversi kira-kira setahun lalu.

Risalah bergambar Elizabeth itu bertujuan memberitahu pengundi bahawa parti yang diwakili Zahid adalah tidak bersih sebab mengandungi orang yang berskandal seperti Elizabeth. Exco itu dulu telah mengakui beliau memang ada hubungan intim dengan seorang pemuda Melayu. Dalam pilihan raya kisah-kisah lama itu boleh dihidupkan semula untuk membangkitkan ‘ummph’ kempen.

Pada hal kalau hendak sebut skandal, apa bezanya Elizabeth dengan skandal orang lain dalam parti komponen BN? Apakah video seks Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak lebih teruk daripada gambar Elizabeth di atas sofa itu? Rakyat Malaysia yang melihat video itu boleh berpeluh dingin sambil menelan liur. Sama seperti Exco Selangor, bekas Menteri Kesihatan yang kini Presiden MCA itu juga pernah mengaku bahawa beliau ialah lelaki dalam video seks itu.

Apakah skandal hanya menjadi satu yang menjijikkan apabila dilakukan oleh Elizabeth, tetapi dianggap sebagai biasa sahaja jika yang melakukannya adalah seorang bekas menteri? Pilihan raya atau tidak, seks tetap seks! Orang PKR pun boleh mengedarkan risalah mengandungi gambar lucah pemimpin BN.

Satu lagi kelucuan yang biasa terjadi setiap kali pilihan raya ialah pada hari penamaan calon ada ramai yang datang untuk turut bertanding atas tiket bebas. Parti mendapati mereka tidak layak untuk dicalonkan tetapi mereka pula merasakan sudah cukup kuat untuk bertanding, kalau tidak menang pun boleh kacau undi.

Lucunya ialah apabila telah diisytiharkan sebagai calon, mereka mengumumkan pula untuk menarik diri. Biasalah, kalau tidak ditanya wartawan pun orang-orang ini akan berkata benda yang sama: “Saya menarik diri atas kerelaan, tanpa sebarang desakan daripada mana-mana pihak.” Dan diikuti satu lagi kenyataan stereotaip yang paling lucu: “Saya tidak dibeli, dan tidak menerima apa-apa habuan!” Kenapa perlu sebut itu?

Ada lagi kenyataan yang amat biasa setiap kali pilihan raya, termasuk di Hulu Selangor. Kata-kata dengan wajah sempoi di depan kamera TV itu lebih kurang begini bunyinya: “Saya telah bosan dengan pucuk pimpinan parti. Saya tidak sanggup lagi untuk digula-gulakan oleh pemimpin yang hanya mementingkan peribadi!”

Itu adalah kata-kata stereotaip lagi lucu daripada mereka yang meninggalkan setiap kali ada pilihan raya. Mereka sengaja memilih keluar parti musim pilihan raya, sebab pasti gambar boleh masuk TV dan surat khabar. Boleh popular sekelip mata, walaupun hanya sementara. Kerap juga mereka mengulangi kata-kata keramat yang stereotaip itu: “Saya tidak dibeli!”

Rabu, 21 April 2010

Paid kesan salah guna cara sembelih

0
sinar harian

KUALA LIPIS - Atas dasar maklumat dan aduan daripada orang awam berkaitan penyalahgunaan sijil penyembelihan milik orang lain, pihak Pejabat Agama Islam

Daerah (Paid) turun padang ke beberapa premis perniagaan dan pusat pe�nyembelihan ayam di daerah ini.


Kadi Daerah ini, Mohd Fadzli Mat Saman berkata, dalam tinjauan yang dilakukan oleh pihak Paid, mereka mendapati terdapat pihak tidak bertanggungjawab mengguna pakai sijil penyembelihan milik orang lain dan mengambil kesempatan mengaut untung.

Menurutnya, tukang sembelih ayam tersebut tidak menjalankan tugas membekalkan ayam kepada premis perniagaan di daerah ini dan merasa terkilan dengan sikap penyembelih lain yang mengambil kesempatan di atas sijil miliknya.

“Pihak kami menerima aduan sejak 26 Mac yang lalu dan Bahagian Penguat kuasa Agama Bahagian Penyelidikan Paid dan pegawai dari Majlis Daerah Lipis (MDL) sama-sama turun padang membuat pemeriksaan di premis berkenaan.:

“Dalam tinjauan tersebut, terdapat penyembelih dari luar yang diiktiraf menyalahgunakan sijil penyembelihan atas nama orang lain dan ini merupakan kes pertama yang berlaku di daerah ini,” katanya di sini baru-baru ini.

Mohd Fadzli berkata, dalam tinjauan tersebut juga pihaknya mendapati terdapat ayam yang disembelih tidak menurut hukum syarak dan haram untuk di makan oleh umat Islam.

“Dalam tinjauan di premis penyembelihan, pegawai kami turut menjumpai dua ekor ayam yang masing-masing mempunyai berat 1.9 kilogram dan 1.864 kilogram yang disembelih tidak ikut hukum syarak.

“Justeru, kami akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa ke premis perniagaan di sekitar daerah ini bagi memastikan perkara ini tidak berulang,” katanya.

Mohd Fadzli berkata, semua pihak terutama pihak penyembelih dan premis perniagaan yang terlibat supaya memperbaharui sijil penyembelihan agar tidak berlaku perkara yang mengelirukan sekiranya pihak Paid hadir melakukan operasi seperti itu.

“Saya berharap semua pihak mengambil tanggungjawab bersama dalam memastikan perkara berkaitan penyembelihan dilaksanakan mengikut hukum syarak dan sebagai pengguna, masyarakat harus peka terhadap perkara ini.

“Saya juga menasihati kepada premis perniagaan dan penyembelihan agar mementingkan tahap kebersihan di kawasan premis dan menjalankan perniagaan mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Orang Ramai Di Rayu Bantu Ibu Tunggal

0
 pahangkini.net
Selasa, 20 April 2010 16:05 Hashim Abdullah 


KUALA LIPIS: Orang ramai yang bersimpati diminta menghulurkan bantuan kepada ibu tunggal Puan Ainon binti Yusof yang tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi terpaksa menyara lima anak yang masih bersekolah.

Puan Ainon Yusof,40 yang berasal dari Kampung Petola, Padang Tengku kini tinggal bersama ibunya setelah berpisah dengan suaminya beberapa bulan yang lalu.

Dalam tinjauan Pahangkini.net bersama Timbalan yang Di Pertua PAS Kawasan Lipis, sdr Roslan Zainal al- Ahmadi dirumahnya mendapati kehidupan keluarga Ainon amat menyedihkan apabila terpaksa menjaga salah seorang anak lelakinya, Wan Ahmad Amiruladha bin Wan Mahzir, 11 tahun yang cacat setelah ditimpa kemalangan jalan raya ketika pulang daripada sekolah pada awal tahun ini.

Menurut Ainon anaknya mengalami kecederaan parah apabila sebelah kakinya digilis tayar treler yang menghimpit motosikal yang tungganginya.

“Kakinya kiri anak saya terpaksa dipotong di atas paras lutut dan dia masih dalam proses rawatan pemulihan,” katanya sayu.

Roslan dalam reaksinya menyeru orang ramai menghulurkan sumbangan samaada dalam bentuk wang ringgit atau lain keperluan bagi membantu membebaskan keluarga malang ini daripada kemiskinan yang dialaminya.

“Saya menyeru orang ramai menghulurkan sumbangan bagi membebaskan keluarga Puan Ainon daripada kemiskinan dan penderitaan hidupnya,” katanya.

Bagi yang ingin membantu bolehlah menyalurkan sumbangan ke dalam akaun bank Puan Ainon (Agro Bank: 2005181000019164) atau melalui akaun PAS Kawasan Lipis (Maybank: 556114200647) dengan menghantar sms makluman kemasukan wang ke talian 013-922 5143 untuk tujuan pengurusan.

Sumbangan dalam bentuk makanan dan lain-lain boleh disalurkan melalui PAS Kawasan Lipis di alamat: No.31-1, Lorong BBKL 2/2/1, Bandar Baru Kuala Lipis,27200 Kuala Lipis. Tel. / Faks: 09-312 4077.

Ahad, 18 April 2010

Masa silam Zaid Ibrahim tidak boleh diterima?

0

harakahdaily.net

Li Fook Gao

Kempen Hulu Selangor sudah pun bermula dengan ganasnya. Barisan Nasional memulakan kempen dengan cubaan melakukan perbunuhan karektor calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dengan memainkan isu arak.

Datuk Zaid telah pun menjawab bahawa dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.

Dipetik daripada Malaysiakini:


Zaid mengakui kepada pemberita bahawa pernah minum alkohol seperti yang didakwa oleh BN dalam kempen mereka. Tetapi katanya, perkara itu dilakukannya ketika masih muda dan beliau kini sudah insaf.


“Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t. Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah. Saya bukan seperti pemimpin Umno. Mereka hiprokit.Kalau orang tanya kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya menanglah, kalau tak layak, tak layaklah.”

Pengakuan Datuk Zaid menampakkan satu sifat yang jarang kelihatan di kalangan pemimpin UMNO – berani bercakap benar. Walaupun isu arak ini akan merosakkan imej seorang Muslim, namun Datuk Zaid tidak sanggup menipu rakyat Hulu Selangor dan Malaysia sepertimana UMNO-BN.

Bukankah ciri ini ciri yang terpenting dan hilang dari Parlimen negara kita hari ini? Sebagai orang Islam mahupun orang bukan Islam, keberanian mengaku silap dan bercakap benar di hadapan media perdana sepatutnya dikagumi dan dihayati bersama. Itulah yang layak digelar sebagai pemimpin!

Walaupun Datuk Zaid sudah menginsafi dan bertaubat kelakuan silamnya, namun serangan UMNO Barisan Nasional terhadapnya masih tidak putus-putus. Malah, UMNO cuba menggunakan isu arak ini untuk terus mendesak PAS berulang-kali bagi membuat pendirian terhadap masa silam Zaid dalam usahanya memecahkan jentera Pakatan Rakyat.

Kita semuanya hanya insan biasa, semuanya ada dosa masing-masing, namun bagi UMNO, perkara ini tetap tidak boleh diterima dan terus digunakan sebagai senjata kempennya di Hulu Selangor akibat kekurangan modal politik.

Baiklah jika UMNO ingin berkempen atas hal ini, marilah kita renungkan beberapa persoalan di bawah.

1. Jikalau dosa Datuk Zaid tidak boleh diterima, mengapa UMNO membenarkan beliau untuk bertanding pada pilihanraya 2004? Mengapa UMNO mendiamkan diri masa itu?

2. Jikalau dosa Datuk Zaid tidak boleh diterima, mengapa Pak Lah melantik beliau sebagai seorang senator dan Menteri pada zaman Islam Hadhari? Mengapa UMNO mendiamkan diri masa itu?

3. Mengapa UMNO menyerang Zaid hanya pada waktu beliau sudah menjadi calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor? Adakah betul-betul UMNO ikhlas dalam mempertahankan soal isu moral dan akhlak atau mereka ketandusan modal politik?

4. Jika ya, mengapa orang yang bermain politik wang masih menjadi ketua menteri di Melaka? Mengapa orang yang didapati bersalah bermain politik wang masih dicalonkan di Bagan Pinang? Mengapa orang yang bersalah bermain politik wang tidak didakwa oleh SPRM?

5. Sebagai seorang Muslim dan manusia yang beragama, apa sikap yang seharusnya diambil pada orang yang bertaubat? Bukankah kita harus gembira bahawa orang ini telah meninggalkan benda yang haram dan kembali ke landasan yang betul?

Mengapa kita harus dengki dengan orang yang bertaubat? Kemungkinan besar, orang UMNO BN dengki dan cemburu kepada Datuk Zaid kerana tarikan rasuah dan wang tidak memungkinkan mereka untuk bertaubat. Agaknya, dalam hati mereka, orang UMNO atau bekas UMNO mestilah dilihat sekotor mereka – itulah UMNO dulu, kini dan selamanya.

Wahai Muslimin dan Musliman sekalian,

Jika seorang bukan Muslim, yang dahulunya pernah berjudi, meminum arak dan makan khinzir akhirnya mendapat hidayah untuk memeluk Islam, dan anta sekalian boleh menerima dengan hati terbuka, mengapa tidak pada orang Muslim yang sudah bertaubat? Renungkanlah.

Wahai Rakyat Hulu Selangor,

Segala yang kita lakukan perlu ada niat yang baik – samada niat sembahyang, niat bertaubat ... dan lain-lain lagi.

Jikalau UMNO-BN dengan majoriti Parlimen 92% pada 2004, dan berkuasa selama 51 tahun di Selangor tidak ada sebarang "niat" untuk berubah dan mengubah hidup anda, lupakan sahaja slogan UMNO-BN bahawa “BN MAMPU BERUBAH” kerana sememangnya mereka tidak ingin berubah.

Ingatlah, dalam pilihanraya, perkara yang PALING MUSTAHAK ialah pilihlah calon yang pasti TIDAK akan makan-curi-seleweng DUIT RAKYAT; barulah duit rakyat boleh sampai ke tangan rakyat.

Untuk pengetahuan sekalian, isu pemberian hak milik tanah di Hulu Selangor oleh Kerajaan Selangor bukanlah gula-gula pilihanraya Pakatan Rakyat yang cuba di”spin”kan UMNO-BN.


Perkara ini sudah termaksud di dalam bajet Selangor 2010 pada perkara 132 di sini. http://bit.ly/afCbqF .


(132) Kerajaan Negeri amat prihatin dan memberi perhatian yang serius terhadap taraf sosioekonomi orang Asli di negeri Selangor yang seolah-olahnya tidak dibela oleh Kerajaan sebelum ini. Isu tanah pusaka Orang Asli merupakan isu pokok kepada masyarakat yang sekian lama diketepikan oleh pentadbiran Kerajaan Negeri yang lalu. Pada Tahun ini, Kerajaan Negeri telah menjalankan kajian secara mendalam berhubung dengan isu tanah pusaka Orang Asli dan justeru itu, pada tahun 2010 Kerajaan Negeri bersedia untuk memberi milik tanah-tanah pusaka itu kepada Orang Asli yang berhak.. Untuk itu, Kerajaan negeri juga telah menubuhkan Badan Bertindak Tanah Orang Asli yang diketuai dan dianggotai oleh wakil-wakilOrang Asli mereka sendiri, iaitu suatu jawatankuasa unik dan tidak pernah ditubuhkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Objektif Badan Bertindak ini adalah untuk memastikan bahawa masalah-masalah tanah yang sedang dihadapi oleh Orang Asli dapat diselesaikan melalui perbincangan dengan Kerajaan Negeri.


Jika tiada pilihanraya kecil Hulu Selangor, percayalah hak milik tanah ini tetap akan diberi dan tidak akan dipetik di media arus perdana. Segalanya yang ditohmahkan oleh Barisan Nasional adalah kerana hasrat dengki kerana mereka tidak mempunyai apa-apa modal politik untuk diutarakan selain terus memperbodohkan rakyat.

Adakah bajet negara 2010 mengandungi gula-gula yang ditawarkan oleh UMNO-BN di Hulu Selangor? Rakyat Hulu Selangor, jangan tertipu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Li Fook Gao berharap segalanya lancar buat Datuk Zaid Ibrahim di Hulu Selangor.

Ahad, 04 April 2010 13:47 Hashim Abdullah

pahangkini.net

KUALA LIPIS: PAS kawasan Lipis dalam Mesyuarat Agungnya kali ke 42, di Hotel Centerpoint meluluskan usul tergempar dengan pindaan yang mahu Pakatan Rakyat (PR) mengadakan mekanisma perundangan bagi mengawal wakil rakyat mereka daripada melakukan tindakan melompat parti.


Usul tergempar yang dibawa oleh Samsudin Idris daripada cawangan Permatang Seberang Jelai telah diterima sebuat suara mahukan isu lompat parti itu diselesaikan agar perbuatan yang tidak bermaruah itu diatasi dan rakyat tidak dibiarkan kecewa atas amanah yang telah diberikan.

“Menyedari perbuatan melompat parti oleh wakil rakyat adalah perbuatan tidak bermaruah dan mengecewakan rakyat saya mahu mengusulkan agar PAS dan PR mencari makenisma suatu aku janji dalam bentuk perundangan seperti membuat surat sumpah oleh Pesuruhjaya Sumpah atau perintah mahkamah yang jika wakil rakyat samaada dari Adun atau Ahli Parlimen melompat akan gugur wakil rakyatnya,,” katanya.

Usul tersebut kemudiannya diterima sebulat suara dan diserahkan kepada PAS kawasan Lipis untuk membuat penelitian dan tindakan susulan.

Pemuda PAS Mahu Polis Siasat Pembabitan Ejen Israel

0



Khamis, 15 April 2010 09:50 Hashim Abdullah




KUANTAN: Dewan Pemuda PAS negeri Pahang membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Kuantan, petang semalam berhubung pembabitan Apco Worldwide dan Asiasoftt yang ada kaitan dengan rejim zionis Israel kerana pembabitan mereka dalam memberikan perkhidmatan maklumat strategik telekomunikasi negara.


Laporan polis yang dibuat sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad mengesa sisatan dibuat secara menyeluruh, bersungguh dan berintergriti memandangkan isu tersebut adalah isu besar melibatkan kedudukan keselamatan negara.


Isu pembabitan syarikat yang ada hubungkait dengan zionis Israel itu hangat diperkatakan apabila Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendedahkannya pada persidangan Parlimen, baru-baru ini.


“Saya dengan ini ingin membuat laporan kepada pihak polis bagi memohon suatu penyiasatan dibuat oleh pihak polis berhubung kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada persidangan, baru-baru ini berhubung penglibatan syarikat Apco Worldwide yang ada hubungan kait dengan kerajaan Zionis Israel. Syarikat ini seperti dimaklumi telah dilantik oleh pihak kerajaan menjadi penasihat strategik dalam bidang telekomunasi termasuk pembabitan dalam memperkenalkan konsep I Malaysia.


“Kami juga ingin pihak polis menyiasat pembabitan Asiasoft (M) Sdn. Bhd yang merupakan perisik Zionis-Israel tetapi diberikan tugas membangunkan Sistem Laporan Polis (PRS), Bukit Aman.


“Oleh kerana perkara ini kami rasakan sangat serius kerana membabitkan isu keselamatan dan kedaulatan yang membolehkan berlakunya pembocoran maklumat negara ke tangan musuh, apa lagi kepada rejim zionis Israel yang negara kita Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengannya, maka kami memohoh suatu penyiasatan yang bersungguh-sungguh, telus dan berintergriti oleh pihak Tuan bagi menjaga kepentingan dan kedaulatan negara.


“Kami juga memohon suatu tindakan munasabah dibuat terhadap pihak yang cuba melakukan penghianatan terhadap kedaulatan dan keselamatan negara seperti yang terkandung dalam mana-mana peruntukan-peruntukan undang-undang yang sedia ada dan mereka itu hendaklah diseret ke muka pengadilan,”kata Suhaimi